Salam ceria di pagi Tahun Baru 2011.
Pastinya kita semua malam tadi telahpun memperbaharui azam masing-masing kan? Ye lah.. umur makin bertambah,pastinya komitmen dan tanggungjawab masing-masing juga telah bertambah. Jiwa kena lebih bersemangat dan kental untuk menghadapi hari-hari mendatang. Segala suka duka yang berlaku ditahun 2010 kita jadikan sahaja kenangan, tauladan dan sempadan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Hari terakhir di tahun 2010 (semalam) pasti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kan? saya terbaca di facebook sahabat saya Adun Sungai Tiang, Kedah (YB Suraya) membuat kelainan dengan menyambut tahun baru di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star meraikan bayi-bayi yang lahir pada detik Tahun Baru 2011.
Saya pula pada sebelah pagi,bersama suami menghantar anak kami yang ke empat Amzar Almarzuqy mendaftar di Tahun Satu SK Bandar Pusat, Jengka. Kehadiran saya di sambut Tuan Guru Besar tapi beliau kini sudah faham dengan keinginan saya untuk di layan sepertimana ibu-bapa pelajar lain setiap kali saya menghadiri program sekolah. Walaupun saya wakil rakyat,tetapi biarlah anak-anak dapat berbangga dengan kehadiran saya adalah semata-mata kerana saya ibu mereka..tiada bezanya dengan ibu orang lain. saya mahu anak-anak saya membesar dan mempunyai kenangan zaman kanak-kanak mereka sama seperti orang lain.Sesi orientasi Amzar di sekolah berjalan lancar. Amzar nampak sangat teruja. Masuk kelas terus duduk di depan dan dilantik pula menjadi Ketua Darjah. Lega hati saya bila melihat Amzar dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan persekitaran yang baru. Di sudut hati kecil saya,saya berterimakasih kepada guru-gurunya sewaktu di tadika Kemas dulu. Mereka telah berjaya mendidik Amzar menjadi seorang anak kecil yang berani dan berkeyakinan. Amzar nampak gaya, ada peluang menyambung tradisi keluarga saya... jadi ahli politik... apa tidaknya, saya mengandungkan Amzar sewaktu saya menjadi Ketua Puteri UMNO Pahang. Walaupun saya alah teruk sewaktu mengandung,dengan perut terboyot-boyot saya menjelajah ke seluruh Negeri Pahang sewaktu kempen Pilihanraya Umum 2004. Selepas itu pula,menjelajah ke seluruh negara dalam siri kempen Pemilihan UMNO 2004, ketika itu saya menawarkan diri bertanding sebagai Naib Ketua Puteri Malaysia. Melalui kompromi,saya kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.
Amzar dilahirkan secara caesarean di Kuantan Medical Center pada 2hb September, 2004, 3 minggu sebelum tarikh Perhimpunan Agung UMNO. Dan pada usia 21 hari, Amzar saya bawa ke PWTC untuk mengikuti Perhimpunan Agung UMNO. Semalam,saya membuka fail lama dan terjumpa keratan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan saya dan Amzar ketika itu. Tak sedar airmata saya mengalir kerana rasa sungguh terharu kerana anak kecil itu kini telah membesar dan mula bersekolah.
Tahun ini, kehidupan kami sekeluarga pastinya berubah lagi. Munzir anak yang sulong akan meneruskan persekolahan di Tingkatan 4, Sek Men Agama Kuala Lumpur.. walaupun keputusan PMR nya agak cemerlang (8A 1B) tapi saya tidak berhajat untuk menghantar dia kesekolah lain. Ammar anak kedua saya pula mendapat tawaran ke Tingkatan 1 di Sek Men Alam Shah di Putrajaya, Ateef naik ke Darjah 5, Amzar masuk Darjah 1 dan si kecil Aeen pula akan ke tadika Kemas. Anak-anak semakin membesar, dan sebagai seorang ibu, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Malam tadi, kami sekeluarga sempat berhimpun dirumah ibubapa saya di Chenor. Abang-abang saya semua pulang dengan anak isteri masing-masing. Gembira sungguh hati mak dan ayah saya kiranya kerana kesemua 3 orang anak dan 14 cucu dapat bersama. Cucu yang sulong (anak abang saya yang sulung kini pelajar perubatan di Univ Sumatera Utara) dan cucu yang bongsu pula adalah sikecil aeen. Selesai solat maghbrib dan hajat berjemaah,Ayah memberikan perutusan khas yang mengingatkan supaya kami sering mengeratkan silaturrahim. Banyak lagi pesanan Ayah yang disampaikan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan. Sesungguhnya, tidak dapat saya nafikan bahawa kejayaan kami sekeluarga adalah berkat doa dan hasil didikan Ayah dan Mak juga. Ya Allah, Kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihani aku... Ameen.
6 ulasan:
alhamdulillah ... great to hear all the success story besides the last victory we lost. kegagalan mengajar kita erti kedewasaan. selamat tahun 2011
salam tahun baru... cuti sekolah pun dah habis.. anak anak akan balik ke kolej masing masing.. alang akan ke rawang kena buat praktikal.. kakak balik ke shah alam.. tinggal la bertiga balik.. hehe
zue: kita tak pernah tewas sebenarnya....the real trophy is friendship n loves in our heart...
zino: tu laa..anak saya yg sulong pun dah balik asrama tadi..sunyi dah rasa....
hmm akak, macam2 dah akak lalui....sampai la ke tahap ni,huhuhh....wish im strong as u...btw, tak sangka ada jugak yang terselit sama......(terselit apa?) eh terselit story lah..ahaks.....
great sangat...Dato'bukan sahaja ibu dan isteri yang berjaya, malah pemimpin yang berjaya..Dato'seorang pemimpin yang sangat baik dan cemerlang...u a're my inspiration dato...gud luck
bukan mudah untuk meneruskanperjuangan dan menjadi pemimpin yang baik serta ibu dan isteri yang baik..namun kecekalan hati dan ketabahan jiwa mengatasi segalanya..congratulations..u're great
Catat Ulasan