Sudah beberapa hari saya tidak menulis diruangan ini. Banyak sekali sebenarnya yang ingin saya perkatakan dan kongsi bersama dengan anda semua... tetapi bukan kerana sekadar kekangan waktu tetapi dek kerana minda yang kepenatan memikirkan pelbagai masalah rakyat.
Setiap kali menatap wajah sendiri di cermin, saya sering teringat cerita dongeng kanak-kanak, Snow White. Ibu tiri Snow White yang kejam sering bertanya kepada cermin ajaibnya tentang siapakah yang paling cantik didunia. Tetapi lain halnya dengan saya. Saya tidak bertanya soalan yang sama. Lagipun cermin saya bukanlah cermin ajaib. Hanya sebuah cermin biasa yang kadangkala saya rasa seolah-olah mengejek saya. Setiap kali menatap wajah di cermin, hati saya akan berdetik dengan pertanyaan.. "mirror, mirror on the wall.. will I be able to put on a smile today?"
Ya, seorang wakil rakyat mesti sentiasa senyum tatkala bertemu rakyat. Tiada istilah sedih, marah, kecewa atau indikasi emosi selain ceria dan tersenyum sentiasa. Wakil rakyat semestinya seorang yang dikira boleh menyelesaikan setiap perkara, isu dan masalah hingga kadang-kadang ramai yang terlupa bahawa mereka juga insan biasa.
Setiap perkara yang dilakukan, adalah untuk rakyat. Rakyat mesti didahulukan dan keluarga sendiri perlu berkorban untuk rakyat. Sayu hati kadang-kadang bila anak-anak terpaksa saya tinggalkan demi tugas. Sampaikan si Aeen yang baru berusia 5 tahun sudah tahu komplen tentang uminya yang asyik sebuk pagi dan petang. Saya cuma berdoa agar Allah taala membalas keikhlasan saya dengan memelihara dan mengasihani anak-anak saya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ada saja yang tidak kena dimata sesetengah pihak walaupun kita telah cuba melakukan yang terbaik. Ramai yang mahukan kita mendengar kata mereka dan mengambil hati mereka tanpa memperduli dan mengambil kira keadaan kita. Kadang-kadang serba salah juga dibuatnya. Namun, saya cekalkan hati dalam terus menggalas amanah yang dipikul ini.
"Mirror.. mirror on the wall... please remind me to always be patient with them all... to be always love them with all my heart, my soul and my life."
Salam sayang untuk anda semua dimana saja anda berada...
7 ulasan:
sentiasa mohon pertolongan ALLAH. DIA lah sebaik2 Penolong.. bila hati bersedih sentiasa berzikir supaya kita berlapang dada.. Jgn lupa ALLAH; ALLAH tak kan lupa kita
Tq zue..u always being such a gud friend....:-)
Dato'..saya sentiasa tahu masalah yang dialami oelh seorang pemimpin rakyat.YB saya juga bettu..dia juga seorang perempuan..pengorbanan yang dilalui memang berat...tetapi demi negara dan rakyat, dicekalkan hati jua....Dato', jasamu hanya Tuhan berhak membalasnya..anak2mu dibawah peliharaanNYA...setiap kebaikan ada balasan...Dato'yang penting, tangan yang menghayun buaian , juga bisa mengoncang dunia...U'RE GREAT WOMAN....kata pepatah, luka ditangan, orang nampak, luka dihati, Tuhan sahja yang tahu..betulkan? Dato'setiap pengorbanan yang baik, ada balaan yang baik...we love u..
Menggalas tugas sebagai YB bermakna
menjadi hamba kepada rakyat..
Teringat kata2 seorang hakim
"kehidupan seorang hakim adalah dunia
kesunyian"...ianya mencerminkan faktor kerja dan kehidupan pribadi yg terhad.
Smile alwalys....they say
"A man without a smile face must not open the shop"....
Ratu Mawar : tkasih ats kata2 peransang anda...bkn lah niat saya disini untuk mengeluh ttg perjalanan hidup yg nyata adlh pilihan saya sendiri cuma saya rasa org lain juga perlu memahami...
Abadi Romeo : betul kata tuan....kami adalh hamba kpd rakyat tetapi saya rasa tidak lah pula segala kata mereka mesti dikota....kita juga adlh pemimpin..dlm memberikn perkhidmatan yang terbaik,kita juga bertanggungjawab untuk mendidik rakyat ke arah bkn shj kualiti hidup yg lebih baik tetapi juga mempunyai mentaliti serta sikap yang betul sebagai rakyat...peace..
kritikan akan terus di terima.. terutama dari pihak2 yg kerja nya hanya mengkritik.. berfikir secara positif.. dan jadikan kritikan sebagai modal utk lebih berjaya..
kpd yb...sabar & tabah selalu, yg penting jujur & ikhlas dlm memikul amanah sebagai pemimpin..gud luck!
Catat Ulasan