13 Januari 2011

Nasib Che Su

Che Su seorang ibu tunggal yang menetap di Felda Jengka 1. Suaminya seorang peneroka telah kembali kerahmatullah beberapa tahun yang lepas. Ladang 10 ekar dan tapak rumah seluas suku ekar yang diwarisi ternyata tidak dapat mengubah hidup Che Su. Siapakah yang patut dipersalahkan akan kedaifan hidup Che Su? Adakah pihak Felda tidak ambil peduli atau tiada lansung insan yang perihatin?

Nak jadikan cerita, sewaktu mengutip buah relai di ladang beberapa minggu lepas, Che Su di serang Stroke. Saya berkesempatan untuk menziarahi Che Su tengahari tadi. Tatkala sampai ke halaman rumah beliau,hati saya tersentap kerana kenapa masih ada lagi peneroka Felda yang rumahnya daif sebegitu? Rumah Che Su didepannya masih rumah asal.. bilik pun takda... pening juga saya memikirkan macamana Che Su tinggal di rumah itu bersama dengan anak menantu. Dapurnya hanya ada dinding batu yang terbengkalai pembinaan.. atap pun takda.

Saya menoleh kepada Tuan Pengurus dan Ketua Wanita mencari jawapan tentang Che Su. Rupa-rupanya, Che Su hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana ladangnya telah dipajak oleh Arwah suami untuk 15 tahun dengan harga hanya RM 15k... sejak itu, Che Su sekeluarga hilang punca pendapatan. Bukannya jiran sekampung tak membantu tetapi Che Su seakan tidak serik.. bila beberapa tahun lalu tempoh pajakan tamat, jiran nasehatkan Che Su supaya serahkan ladang kepada Felda untuk diusahakan tetapi Che Su tak endahkan. Ladang tersebut dipajak sekali lagi kepada pihak ketiga..wang pajakan habis begitu sahaja.

Saya menasihatkan Che Su supaya selepas ini supaya serahkan Ladang untuk diusahakan Felda. Kalau ladang diusaha Felda dari dulu,tentu nasib Che Su tak jadi macam ni. Felda boleh keluarkan pinjaman untuk baiki rumah yang daif tu. Apa nak buat, itulah padahnya memajakkan ladang kepada pihak ketiga yang hanya tahu mengaut keuntungan.

Sebelum pulang,saya sempat menghulur sumbangan peribadi buat Che Su. Dan minta dia berjanji untuk bincang dengan Pengurus tentang pengambilan semula Ladang beliau dari Pemajak yang katanya akan tamat hujung tahun ini. Saya harap Che Su insaf selepas ini dan tidak lagi mensia-siakan nikmat yang telah diberi. Sempat juga saya mengambil butir peribadi Che Su untuk dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Che Su kelihatan menangis sewaktu saya melangkah turun dari tangga rumahnya yang sudah reput.

Itulah antara kisah rakyat yang saya temui hari ini. Nasib Che Su tidak sebaik jiran sebelah rumahnya yang saya ziarahi sebelum itu.

Puan Shamsiah isteri seorang peneroka menerima cek sebanyak RM 8000 dari Tabung Kebajikan Peneroka Felda kerana mengidap kanser servik. Suaminya Encik Nordin memang dari awal mengusahakan ladangnya bersama Felda. Sekarang hidupnya sudah senang dengan hasil jualan sawit yang mencecah RM700-800 se tan, rumah asal pun sudah jadi rumah batu dan anak-anak sudah keluar universiti semuanya dengan biayaan Felda.

Che Su hanyalah satu contoh ratusan Peneroka Felda yang kini masih daif bukan lah kerana mereka ditipu atau ditindas oleh mana-mana pihak tetapi oleh kejahilan dan ketamakan diri mereka sendiri. Saya akan terus meminta pihak Felda untuk memikirkan jalan terbaik dalam membantu mereka ini keluar dari kemelut kehidupan yang daif itu.

Wassalam...

4 ulasan:

ahmadsofianali berkata...

inilah punca2nya orang peneroka cakap kerajaan @ felda zalim. yang ada ladang pergi pajak, pengurusan felda pulak tidak memberi khidmat nasihat kepada peneroka. saya cadangkan felda menubuhkan satu dana pajakkan kepada felda sendiri bagi menjamin kehidupan peneroka semua. jika mereka tidak dapat tebus semula, sekurang2nya felda dapat memberi wang ehsan kepada peneroka2 terlibat.

Tanpa Nama berkata...

salam yb... sbnarnya yb hanya mndgar sblah pihak sahaja. btulah mnunding jari pada chesu mmg mudah.. tapi adakah yb tahu bgaimana trjadi nya rmai peneroka felda yg memajakkan tanh ladang mereka. saya nk bg tau yb pada mula sawit ditebang di jengka 1, org yg ngeliling yb ketika yb datang ke jgka 1 lah yang (geng mat ujung) yg mngajak semua peneroka jengka 1 supaya keluar dari felda dan tak trus kan tanam dengan felda selepas 2 tahun tanam semuala dijalankan. pada masa ini mereka ini lah merangkap geng ketua kampung begitu bgga mgistiharkan felda jengka 1 sebagai kampung anggerik sehingga ramaiyang menukar alamat kad pengenalan dari felda anggerik kepada kampung anggerik.

yb, tahu apa jadi lepas tu? felda telah tarik semua pegawainya dari jengka satu yang tinggal hanya seorg pembantu felda yang berbansga sing tak silap nama dia mohan sing. pada waktu inilah jgka satu diabaikan seabai-abainya! dan pada masa ini lah harga sawit jatuh hingga ke tahap RM30 setan. cuba yb pikir pada waktu ni dalam keadaan serba kekurangan ramai yang memajak kerana tak mampu bertahan. Geng2 mat ujung ni mcm biasa la buat bodo je.. dan pada waktu inilah mereka yg berduittreus buat duit dan yang tak berduit dan kurang matang terus miskin macam che su...

hari ini org yg merosakan semua ni lah yg mgiringi yb bila ke jengka 1, mereka ini lah yg memaki dan mgutuk org2 mcm che su ni sbb? mereka trus masyuk... tak caya yb semak btul2 berapa org peneroka yg kaya raya sbb pajak tanah mereka yg senasib che su...

akhirnya yb, saya minta yb tgkatkan kemudahan di jengka 1, paling saya harap simpang masuk ke jengka satu dilebarkan dan dipasang lampu jalan. dah bayk simpang tu meragut nyawa yb.saya anak peneroka jengka satu tapi saya lihat dalam Dun kuala sentul jengka 1 la yg paling ketinggalan dari felda-felada lain di dun ini.

Saya yb akan megambil perhatian permohonan saya ini.

azalan, damansara.

SAYASYGJ01 berkata...

assalamualaikum..salam 1Malaysia,.salam 1Anggerik...sy sbgi ank felda jengka 1,mgkin terlalu muda untuk berckp ttg isu pajak memajak,soal itu sy serahkan pd yg lebih arif..utk ulasan kali ini,sy hanya bersetuju dgn ulasan di atas,mengenai kemunduran j01 nih..di mna silapnya???dan siapa harus dipersalahkan??..skrg,bkn msa utk kita menuding jari pd ssipa,tp tunggak pimpinan utama yang perlu bangkit dahulu seterusnya warga j01,..mmg btol..sedih rsa bila msuk j01,brbnding felda2 lain,.HAMBAR DAN SURAM...itu yg boleh sy katakan...sy rsa dr dlu smpai skrg,sma je keadaanya....mksud sy di sini,dr segi keindahan kg kita..ada tak,sblm nih AJK tertggi kg,berkumpul dan berbincang bgaimana nak "upgrade" lg j01,spya mnjd petempatan yg lebih indah dan mnarik...sy bersyukur sgt jd kelahiran j01,tp sy sedih klau 10 20thn lg,j01 ttp sma mcm nih....idea sy...dr smpg masuk j01 shhgalah blok2 perumahan ditatarias,mgkin smpai 1 tahap kta adakan pertndingan blok tercntik atau rumah terbersih..pelbagai aspek boleh dikira,sy lihat,melalui kaedah ini,bkn shja j01 cntik,bersih,indah,ttp ikatn/hbng sesama pnduduk jgk akn lebih erat dgn aktiviti spt nih..klu terus menerus keadaan spt ini,adakan tampuk pimpinan jgka 01 perlu diubah 100%???..

Tanpa Nama berkata...

sudah terang lagi bersuluh...
itulah hakikat sbnr dlm j01..
nmpk tp xleh wat ape2 pun...
krn pmimpin lam j01 org yg sama dr dulu smpai skrg...
xde apa pun prubahan lam j01 ni..
klu bab mengampu tu serah jer pd diaorng tau ler depa wat kje..
klu bab harta duniawi ni serah jer pd depa...
orng lain x merasa la...
nak lg klu time2 kat mengundi..
org2 muda kat j01 rasanyer majoriti besarnya dah tawar hati.. bnda yg sama ttp berulang xde yg berubah