Salam buat teman-teman semua...
Hari ni saya berkesempatan mendengar pelbagai keluhan rakyat sewaktu sesi mengeteh. Bersembang dengan mereka secara santai rasa lebih dekat saya dengan mereka dan dapat menghilangkan rasa segan mereka untuk bercerita dengan saya. Sebenarnya program mengeteh ni memang sudah jadi amalan saya. Di Restoran, gerai dan warung lah pelbagai maklumat dapat saya perolehi secara spontan. Lagipun ramai kaki sembang di kedai kopi ni jarang yang mahu bersama-sama dalam program rasmi yang di adakan.
Pagi tadi saya bersarapan di Felda Jengka 5..lokasi saya hari ini di sebuah restoran yang terletak di Simpang masuk ke Jengka 5... setelah memaklumkan kepada Pengurus dan Tok Empat, saya dan Ja terus bergerak dari Bandar Pusat ke Jengka 5. Sampai saya disana,saya disambut oleh seorang gadis manis bernama Wani yang menjaga Restoran tersebut.. hmmm dalam hati saya berkata,patut lah kedai ni selalu ramai orang...ramai juga yang bersarapan disitu termasuk beberapa anak muda dan pakcik2 yang bersantai sambil membaca surat khabar. Dua jam bersama mereka, sambil menikmati milo panas dan dua keping roti canai (alamak?) banyak juga yang saya dapat sembangkan bersama mereka. Dari kisah belia nak buka kolam memancing, nak buat pertandingan video game PS2 hinggalah kepada masalah lembu berkeliaran yang pernah juga melanggar kereta saya sendiri dua tahun lalu... Kalau sebut pasal kemalangan tu,saya memang rasa ngeri dan lutut kiri saya masih lagi terasa akibat dari kemalangan maut yang telah meragut nyawa lembu terbabit ( hehehe).
Pokoknya,sesi ngeteh di Jengka 5 banyak juga merungkaikan beberapa isu sebelum ini. Wak Kasmungi juga nampaknya puashati apabila saya menalipon sendiri Pegawai TNB Jengka tentang masalah bekalan letrik ke kedainya yang low voltage. Sebelum saya balik, mereka sekali lagi meminta agar diadakan Dewan Orang Ramai Jengka 5. Saya minta mereka berdoa agar permohonan melalui surat kepada YAB PM dua hari lepas mendapat kelulusan.
Allah Maha Berkuasa, mungkin hari Jumaat yang berkah, saya menerima panggilan telefon dari Pejabat PM beberapa minit setelah saya sampai di rumah menyatakan bahawa permohonan membina dewan jengka 5 telah pun diluluskan. Terus pula saya menghubungi Pengurus minta diumumkan kepada orang ramai sewaktu solat jumaat nanti dan agar mereka semua dapat bersujud syukur atas hajat yang bakal direalisasi tidak lama lagi. Saya tersenyum puas...tak boleh saya gambarkan dengan kata-kata kepuasan yang dirasai apabila dapat memenuhi kehendak rakyat. kebetulan pula hari ini juga sama tarikh dengan hari pemergian Allahyarham Tun Razak kerahmatullah... saya bacakan Alfatihah kepada beliau dan bersyukur kerana beliau diberi ilham oleh Allah untuk mewujudkan Felda.
Di sebelah petang, saya memilih Felda Ulu Jempol pula untuk menjadi destinasi mengeteh. Warung abang Raja jadi pilihan saya. Bukan apa,selama ini saya belum pernah singgah ke warung abang Raja.. selalu hanya angkat tangan sahaja bila lalu. Saya lihat ramai betul anak muda di warung tersebut. Geng Motorcross rupanya. Mereka pernah bertemu saya sedikit masa lalu mohon sokongan untuk buat trek motorcross. Sedih juga saya kerana tuan punya tanah masih lagi belum memberi kebenaran. InsyaAllah Isnin nanti saya akan hubungi pihak pengurusan berkenaan perkara ini. Pakcik-pakcik yang bersantai disitu saya sapa. Semuanya senyum ceria seronok bercerita tentang harga sawit yang agak lumayan sekarang. Takda komplen, semuanya gembira. saya pun dek kerana gembira tak sedar habis sepinggan Bistik Ayam yang dimasak oleh anak teruna abang Raja.
Jam 7 petang saya meninggalkan Felda Ulu Jempol balik ke Bandar Jengka. Selepas maghrib, saya dapat khabar bahawa imam masjid Felda Jengka 1 pula meninggal dunia. Selepas Isyak, saya terus ke sana... insaf saya melihat jenazah beliau yang wajahnya sungguh bercahaya dan tidak sedikit pun menunjukkan wajah pucat atau pudar. Subhanallah... khabarnya Arwah sewaktu hayatnya sentiasa berada dalamkeadaan wuduk. Moga kita semua juga nanti mendapat husnul khatimah sewaktu meninggalkan alam fana ini.
4 ulasan:
satu pendekatan yang amat bermakna pada rakyat..bukan semua rakyat mahu buat perkara yang protokol..juma wakil rakyat di pusat khidmat..dan wakil rakyat sesekali turun ke kedai2 minum menjadikan mereka mudah menceritakan permasalahan dikwasan...bukan mudah mendekati rakyat dengan cara ini...sebagai wakil rakyat, Dato'tlah melakukannya dengan cemerlang..dan jangan Dato; lupa, golongan muda yang juga memerlukan wakil rakyat mendengar masalah mereka jua...tahniah Dato'..u;re a best leader...
terimakasih ratu mawar kerana sudi membaca coretan saya...insyaAllah saya juga mendekati pelbagai golongan tidak kira tua atau pun muda,bangsa,agama mahupun berbeza fahaman politiknya....
saya memang gemar membaca blog pemimpin rakyat..distulah saya belajar menjadi seorang pemimpin..thank u give me inspiration...
salam yb...yg penting jujur & ikhlas..Allah lg mengetahui
Catat Ulasan