07 September 2008

Minta Maaf Ya....

Dua,Tiga hari ni,isu minta maaf ni mula diperkatakan.Minta Maaf salah,tak minta maaf pun salah. Ironinya,isu ini timbul di bulan Ramadhan,bulan yang dikatakan sebagai bulan kemaafan.Ramai yang mengeluh kepada saya,apa perlunya TPM minta maaf atas kenyataan Datuk Ahmad Ismail.Kenapa tidak ada seorang pun pemimpin Cina yang minta maaf kepada kita atas kebiadapan seorang budak Cina mempersenda lagu Negaraku.Tiada juga seorang pun pemimpin India memohon maaf atas hingar-bingar yang dicetuskan oleh Hindraf..balik-balik kita....kata seorang teman.

Apa yang diperkatakan ada benarnya tetapi walau pun saya sendiri secara peribadi turut rasa tersinggung namun saya percaya,kita semua perlu mengambil langkah yang bijak sana jika mahu negara ini terus aman dan sentosa.Mahu tidak mahu,perkara yang lepas telahpun menjadi sejarah.Kita telahpun menerima bangsa-bangsa lain menjadi sebahagian dari kita.Yang ruginya kita.Sebab kita terlalu baiklah,sebab kita terlalu percaya kepada semangat setiakawanlah,banyak perkara yang menjadi milik kita telah terlepas ketangan orang lain.

Saya tidak menafikan hakikat bahawa ramai generasi muda hari ini tidak lagi mahu membicarakan tentang politik yang berasaskan kepada kaum.Tetapi mereka lupa bahawa asas kepada diri kita adalah bangsa kita sendiri.Sejak sekian lama kita menjadi contoh kepada negara lain tentang perpaduan kaum tetapi kini ianya semakin dilupakan.Oleh kerana mahukan 'kesamarataan' lah,sikap toleransi dan menghormati kaum lain kian pudar. Atas sebab itulah juga agaknya ada yang akan menerima cadangan supaya masjid-masjid dan surau memperlahankan azan subuh atau hanya melaungkan azan tanpa pembesar suara seperti di Singapura. Atas nama itulah juga nanti,ada yang akan cadangkan supaya perkahwinan campur antara agama seperti di Indonesia dibenarkan.nauzubillah...

Sebenarnya apa yang cuba dipertahankan hari ini bukanlah hanya kepentingan kaum Melayu sahaja tetapi juga hak sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini.Saya pernah menjadi panel program Debat Perdana RTM 1 tiga tahun yang lalu.Turut sama menjadi panel ialah seorang pemimpin pemuda DAP. Beria-ia mahukan konsep Bangsa Malaysia disegerakan tetapi bila kita cadangkan supaya semua kaum hanya bertutur dan belajar di Sekolah Kebangsaan dalam bahasa rasmi,bahasa Malaysia..beliau menolak.

Mintak maaflah ya..bukan la nak emosi dalam isu ini tetapi kita kena fikir betul-betul.Jangan hanya ikut trend sepertimana PKR. Saya pernah bekerja di firma guaman milik Cina selama 2 tahun sewaktu mula-mula jadi Peguam dulu,memang bagus persekitarannya yang sentiasa wujudkan budaya saing antara pekerja,tetapi mereka masih ada persepsi negatif terhadap bangsa kita,gaji saya dengan gaji seorang lagi peguam yang junior 2 bulan dari saya,bezanya banyak.Gaji Mr Tee lebih tinggi dari saya,walaupun bidang tugas saya lebih banyak dari dia.Gaji permulaan kerani juga berbeza antara Cina,Melayu dan India. Tetapi bila saya bekerja di firma milik Melayu staf berbangsa cina kita layan samarata macam bangsa lain juga. Bila saya ada firma sendiri,nak dapat kerja dari Pemaju Hartanah Cina,memang susah,kalau dapat pun,yuran guaman dipotong sesuka hati mereka hingga kadang-kadang cecah 50%.

Ada orang kata,kita tidak boleh hidup tanpa sokongan bangsa lain.Ramailah orang kita yang buat bisnes Ali Baba.Tetapi ramai juga orang kita yang mampu berdikari dan mencipta kejayaan. Datanglah ke Bandar Jengka,disini bandarnya 100% milik Bumiputera. Bangga melihat kejayaan anak bangsa yang mampu menjadi jutawan hasil titik peluh mereka.Bandar Jengka yang menjadi nadi kepada 24 tanah Rancangan Felda Wilayah Jengka,sepatutnya lah menjadi Bandar Contoh kepada bangsa kita.Yang penting ada kemahuan.

Walaupun ada orang kata,orang yang memaaf lebih baik dari yang meminta maaf,tetapi bagi saya,bukan sekadar kemaafan yang diberi atau diterima tetapi sesuatu yang drastik perlu dilakukan untuk memulihkan semula perasaan hormat menghormati antara kaum yang telah kita nikmati selama ini. Kalau kita boleh menerima wujudnya tokong atau kuil di kampung kita,janganlah pula ada yang merungut bila azan subuh dilaungkan di taman-taman perumahan!

2 ulasan:

Awanama berkata...

Pasal gaji tu memang saya setuju sangat...kalau kerja syarikat Cina, walaupun kita buat kerja yang sama atau lebih, gaji akan jauh kurang daripada anak Cina yang baru masuk kerja.
Sebalik, korporat-korporat Melayu suka sangat ambik Cina kerja dan bayar gaji mahal. Orang Cina bukanlah hebat mana pun...yang hebat kat dunia ni bangsa mat salleh (bukan mentaliti saya dijajah) sebab diaorang yang hasilan pelbagai produk baru dan pasarkan ke sekitar dunia. Semua syarikat2 utama dunia dikuasai bangsa ni. Cina hebat dalam retail aje...yakni jual balik barang yang mat salleh reka dan pasarkan dari kilang ke peringakt runcit. Bukan satu bangsa yang pandai mencipta.
So, pengajarannya ialah korporat Melayu tak payahlah ghairah sangat ambik Cina kerja...baik ambik Melayu dan bayar gaji lebih...tengoklah hasil kerja nanti...jauh bagus Melayu dari Cina...

TPJ berkata...

YB Dato',
Salam Ramadhan.

Insha'Allah apabila YB Dato' menjadi Ketua UMNO Puteri Malaysia nanti, ingatlah pengalaman YB Dato' di syarikat guaman Cina itu. Jangan pula apabila seorang pemimpin seperti Dato' Sri Najib memohon maaf tidak tentu fasal, YB Dato' turut ikut pandangan beliau kerana sudah menjadi pemimpin atasan nanti.

Saya ingatkan saya sahaja ahli UMNO yang tidak rela di wakili oleh Dato' Sri Najib apabila beliau memohon maaf kepada kaum Cina bagi pihak seluruh UMNO, tetapi ada lebih dari 50,000 lagi di Pualau Pinang rupa2nya.

Semalam sahaja di Johor Bahru, ramai dari pemimpin2 atasan UMNO bahagian yang tidak bersamanya untuk berbuka puasa, yang ramai itu adalah ketua2 cawangan yang berhampiran sahaja. Mereka juga kecewa dengan budaya melutut setiap kali kuam lain menjerit.

Semoga pemimpin2 yang tulen sahaja di pilih dibulan Disember ini. Insha'Allah.

Wasallam
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com