21 September 2008

Politik Anwar yang terdesak dan celaru

Kita semua sedia maklum DSAI gagal menubuhkan kerajaan seperti yang diuar-uarkan pada 16 September lalu dan ia pastinya akan berterusan menjadi angan-angan mat jenin yang tidak akan menjadi kenyataan dan ia boleh diumpamakan sebagai satu bahan perencah yang digunakan untuk menyedapkan lagi drama politik yang ditimbulkan oleh beliau sendiri.

Sememangnya DSAI memang seorang ahli politik yang hebat namun kehebatan beliau berpolitik digunakan untuk menjadikan keadaan politik negara semakin huru-hara sehingga menjejaskan suasana ekonomi dan politik negara. Beliau bertindak hanya untuk memenuhi nafsu serakahnya yang terlalu ingin berkuasa tanpa mempedulikan kesannya terhadap rakyat dan negara tercinta ini.

Jika satu ketika dulu sekurang-kurangnya beliau jelas dalam perjuangannya ketika masih dalam UMNO iaitu memperjuangkan bangsa melayu dan Islam seperti mana wadah dan matlamat perjuangan yang telah termaktub dalam UMNO itu sendiri.Namun kini perjuangan beliau semakin bercelaru dan caca merba tidak tentu arah tanpa hala tuju yang jelas. DSAI sengaja memainkan sentimen kaum Cina dan India bagi meruntuhkan keharmonian dan kemakmuran yang telah dibina oleh kerajaan sejak sekian lama.

Matlamat beliau dalam memperjuangkan bangsa melayu dan keutuhan Islam sebagai agama rasmi negara ini kini seolah-olah bukan lagi keutamaannya malah boleh dikatakan tidak lagi wujud. Jika dulu Islam dan semangat melayu dikatakan selalu menjadi tajuk utama ucapan dan syarahan politik beliau namun kini itu semua tidak lagi menjadi pegangan utamanya.

Malah beliau sanggup memecah belahkan parti sekutu beliau dalam pakatan rakyat iaitu Pas yang kini telah berpecah kepada dua puak iaitu mereka yang masih menyokong kepimpinan ulama dan orang lama dan golongan yang inginkan pembaharuan yang dikenali sebagai puak Erdogan. Malah Presiden Pas sendiri jelas dengan pendirian dan menolak peralihan kuasa pembangkang tidak akan menjadi kenyataan kerana tidak mahu matlamat perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam terhalang kerana hanya mahu memberi laluan kepada seorang pemimpin yang terlalu ingin berkuasa seperti DSAI.

DSAI sanggup melakukan apa saja termasuklah melakukan spekulasi politik semata-mata mahu menarik sokongan masyarakat Cina dan India. Kini seolah-olah wujud satu keadaan tawar-menawar antara beliau dengan masyarakat Cina serta India dan ini merupakan satu langkah yang amat berbahaya kerana ia akan mengakibatkan wujud salah tanggapan interpretasi mengenai hak kaum-kaum di negara ini. Beliau dilihat sangat menyebelahi pandangan dan hak-hak masyarakat ini dan semakin meminggirkan hak dan pandangan mereka yang sebangsa dan seagama dengannya.

Kita semua harus faham semua kaum di negara ini seharusnya memahami hak mereka seperti yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui semasa negara mahu mencapai kemerdekaan. Rakyat kini perlu kembali semula kepada semangat kerjasama antara kaum yang pernah dipupuk sewaktu Perlembagaan Persekutuan digubal. Kita tidak boleh pinda Perlembagaan mengikut alunan turun naik ombak kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan kestabilan negara sendiri.

Namun apa yang lebih jelas DSAI kini semakin hilang arah dalam memperjuangkan impiannya untuk menjadi perdana menteri malah sanggup menikam sahabat sendiri dalam pakatan yang ditubuhkannya untuk memperoleh kuasa. Pastinya kita sendiri boleh menilai apakah orang seperti ini yang kita inginkan untuk menjadi pemimpin negara ini. Pastinya kita tidak mahu orang yang bersekongkol dan sanggup menjadi tali barut barat akan terus menghamburkan janji dan madu kepada rakyat Malaysia.

Fikir-fikirkanlah apa sebenarnya yang terbaik untuk bangsa, agama dan tanah air tercinta ini dan bukannya hanya bertindak mangikut nafsu dan marah semata-mata..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aii datuk..mcm nk pancing undi utk pemilihan puteri jek.. gurau je..

sy simpulkan..datuk still bias..dan datuk tak kenal PAS

Tanpa Nama berkata...

Anonymous atas ni, saya nak tanya macam mana awak boleh kata dtk tak kenal Pas. Bahagian mana dalam tulisan dia yang menunjukkan dia tak kenal Pas? Dari yang saya baca Dtk menulis pasal perkembangan terkini Pas dan memang benar Pas berpecah masa ini. Satu kumpulan Hadi dan satu kumpulan Nik Aziz. Perpecahan ini sangat nyata hinggakan kenyataan dari Tuan Guru kepada Harakah baru-baru ini tidak disiarkan. Apa yang datuk cuba sampaikan ni sebenarnya murni. Cuma Datuk lupa sebut bahawa perpecahan juga berlaku UMNO. Anwar ni memang jahat, dia pecahkan negara ikut kaum. Lepas tu dia pecah-belahkan UMNO. Pas pun dia dah pecah belahkan. Perasan atau tidak, yang paling banyak dia cuba musnahkan adalah Melayu. UMNO wakili Melayu dan Pas pun wakili Melayu. Banyak asay nak luakan sebenarnya, tetapi malaslah. Yang membaca dengan hati UMNO akan sokong UMNO yang membaca dengan hati PKR akan baca ikut kehendak PKR dan begitulah. Tulis banyak mana pun tidak guna

Tanpa Nama berkata...

bleh bgtau apa beza hadi dgn nik aziz?sy xnampak beza nik aziz dgn hadi...maybe sy lalai..

ye sy stuju tulis byk mn pn xguna..lebih berguna jika berdebat live..

datuk..dgr khabar pertandingan wanita kt tasik gelugur(btol ke tmpt ni) tgh panas skrg..siap ada kes langgar lari lg..btol ke datuk?

Pink Ants berkata...

salam..terimaksih atas komen anda.Tentang PAS ni,saya nak cerita,saya kenal sangatlah.Walaupun tidak pernah jadi anggota PAS tetapi dari kecil saya bergaul dengan orang PAS.Masa saya kecil dulu, saya mengaji dengan Ustaz Hj Mohd Baki yang pernah jadi Yang DiPertua PAS Pahang.Beka Ketua Muslimat Pas Malaysia,Ustazah Azizah Khatib Ali pula ada pertalian saudara dengan saya,tidak malu juga untuk mengaku bahawa Mertua saya juga dulunya orang PAS,teman sekuliah masa di Universiti juga pernah jadi calon PAS dalam PRU yang lepas di Perlis..Pendekata,PAS dan perjuangannya bukan asing kepada diri saya.Waktu di KIK juga,kebanyakan kawan-kawan saya anak orang PAS.Saya telah menilai dan menyelidik perjuangan PAS dan saya tetap menyatakan bahawa UMNO adalah yang terbaik.Walaubagaimanapun,saya menghormati mereka itu dan tidaklah bermakna berlainan ideologi membuatkan saya bermusuhan dengan mereka.Baru-baru ini,anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim kelolaan Ustazah Azizah,saya raikan dalam majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuantan..bagi saya,kita sebangsa,seagama...silaturrahim perlu diteruskan...

Tanpa Nama berkata...

datuk ada rupanya..igtkn bz terlampau(tp mmg btol datuk bz pn)..sbb byk jg pertanyaan dr pelawat2 dlm post2 datuk yg lps2 datuk tak jwb..maybe datuk ada alasan sendiri..

alhamdulillah datuk terbuka orgnye..tp syg umno(krjn bn) pd peringkat pusat masih tidak terbuka menerima kepelbagaian ideologi politik..

sy hormat penilaian datuk pd pas..
mungkin pemahaman dan penghayatan perjuangan umno dan pas antara datuk dan sy berbeza..