07 Januari 2009

Kuala Terengganu dan blog baru

Kehangatan kempen di Kuala Terengganu kelihatan semakin rancak. Kali ini saya lihat Barisan Nasional (BN) tidak ketinggalan dari membuat perubahan dalam kaedah berkempen.

Pendekatan yang diguna pakai kelihatan lebih kemas dan teratur kali ini.

Malah yang membanggakan saya ialah jentera BN telah melancarkan sebuah blog khas untuk membolehkan golongan muda mengikuti perkembangan pilihanraya kecil itu melalui medium yang digemari dan mudah untuk mereka.

Alamat blog itu ialah http://www.gengmuda.my/

Marilah kita sama-sama menyokong kewujudan blog ini dan diharap ia akan membantu golongan muda membuat pilihan yang terbaik dalam pilihanraya kecil KT itu nanti.

Antara entri menarik hari ini ialah:

Saat ini undi kita, rakyat Kuala Terengganu amat lah berharga, kita perlu bijak memilih yang mana mampu memimpin kita. Pilih parti yang benar-benar layak untuk memperjuangkan nasib rakyat dan membela MARUAH, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.Kita di kurniakan akal untuk berfikir jadi gunalah akal yang dikurniakan itu untuk membuat pilihan yang tepat.” UNDI ANDA MENENTUKAN SEGALANYA” .

1 ulasan:

Awanama berkata...

tahniah kepada barisan hadapan BN yang mengadakan blog tersebut,,tapi harus ingat PAS sendiri pun ada blog mereka sendiri...