14 November 2008

dilema Shanum, wanita 'dua' suami



Shanum memulakan alam perkahwinan seawal usia 19 tahun dengan Amir Affandy dan setelah mereka dikurniakan enam orang anak, pasangan bercerai dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 1997.

Bagaimanapun, selepas perceraian kedua mereka, Amir Affandy menganggap beliau telah merujuk kembali dengan Shanum berdasarkan surat rujuk bertarikh 27 Okt 1997 yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Baling.

Namun begitu, Shanum enggan menerima semula Amir Affandy kerana telah serik untuk hidup bersama suaminya itu. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Rawa di sini manakala keenamenam anaknya diambil oleh suaminya.

Setelah lapan tahun mereka tinggal berasingan, Shanum menganggap dirinya sebagai ibu tunggal dan berkahwin dengan lelaki lain.

Shanum berkata setelah berkalikali berulang alik ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan surat cerai, akhirnya seorang pegawai di situ memberitahunya surat cerainya mungkin telah hilang akibat banjir.

Kerana menganggap dirinya sudah diceraikan, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk bernikah dengan Syarif di Thailand, dan hasil perkongsian hidup dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan yang kini berusia dua tahun dan setahun.

Apabila Amir Affendy, yang juga telah berkahwin lain, mengetahui bahawa Shanum berkahwin lain, beliau mengambil tindakan undangundang untuk mengisytiharkan perkahiwanan Shanum sebagai tidak sah kerana wanita itu masih lagi isterinya yang sah.

Beliau kemudiannya membawa kes tuntutan untuk membatalkan perkahwinan Shanum dengan Syarif itu di Mahkamah Syariah Sungai Petani tetapi mahkamah itu menolak permohonan itu.

Amir Affandy kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah di Alor Star dengan mengemukakan surat rujuk oleh Mahkamah Syariah Baling. Mahkamah itu kemudiannya memutuskan bahawa daftar rujuk itu adalah sah.

Dimanakah silapnya Shanum?

Secara teknikalnya Shanum melakukan kesilapan kerana tidak membuat tuntutan fasakh terhadap Amir Affandy sebelum beliau berkahwin lain tetapi beliau mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak berbuat demikian.

Shanum berkata, selama lapan tahun beliau tidak pernah mendapat sebarang surat atau keterangan mengatakan bahawa beliau telah dirujuk kali kedua.

"Saya kesal kerana Pejabat Agama Daerah Baling tidak memaklumkan kepada saya atau imam Masjid Sedim bahawa saya telah dirujuk kembali selepas bercerai kali kedua," katanya.

Shanum berkata beliau terkejut kerana, selepas bernikah dengan Syarif berwalikan abangnya sendiri, tiba-tiba keluar berita dalam akhbar kononnya beliau masih isteri orang.

Shanum berkata bahawa setelah meneliti surat rujuk yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Baling yang diberikan kepadanya barubaru ini, beliau mendapati ia tidak mempunyai tandatangannya.

Dalam keadaan sekarang, apakah yang harus dilakukan oleh Shanum?

Shanum berkata beliau kebingungan dan rasa bersalah terhadap Syarif dan dua anak mereka yang masih kecil.

"Buat masa ini, saya terpaksa akur dengan perintah Mahkamah, dan suami saya juga begitu tertekan dan sedih kerana terpaksa berpisah," katanya.

Shanum dan Syarif membuat keputusan untuk menggunakan khidmat peguam supaya perkahwinan mereka diiktiraf sah bagi membela masa depan anak-anak yang tidak bersalah.

"Saya juga bercadang mengambil tindakan undang undang terhadap Pejabat Agama Daerah Baling dan Majlis Agama Islam negeri Kedah yang menjadi punca saya didakwa bersuami dua," katanya.

Syarif berharap bahawa daripada apa yang berlaku kepada mereka, semua pihak dapat mengambil iktibar bahawa soal nikah dan cerai tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak termasuk Pejabat Agama Islam sendiri. BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu dilema wanita dua suami...apa pulak perjuangan YB Dato terhadap ahli-ahli Puteri UMNO atau golongan wanita yang masih berhempas pulas mencari satu je suami tetapi belum2 jumpe..apa kah ada kaitan kes dan persoalan diatas ada kaitan nye?

dindingoren berkata...

anon.... mmg ramai ahli puteri yg belum bertemu calon suami... tapi inikan soal jodoh.. jodoh kan di tangan tuhan.. ye kita boleh berusaha ke arahnya.. tetapi perjuangan utama pergerakan puteri ialah untuk memastikan hak wanita di negara kita ni dihormati dan menghapuskan segala jenis double standard terhadap wanita. pada saya tak relevant la soalan anon ni.. jgn marah ye...

sy berharap pihak berkuasa mempercepatkan usaha meleraikan kebuntuan shahnum ni. eloknya sahkan aje penceraian beliau dgn first hubby dan iktirafkan her second marriage.. pd pandangan sy le..

Tanpa Nama berkata...

dindingoren yang memang oren orangnye..samada relevant atau tidak soalan berkaitan jodoh dn pertemuan yang disuarakan oleh anon kena la dinilai dengan teliti sebelum memberi pandangan..yelah mcm kes shahnum ni sebenarnya kena kaji jgk mengapa beliau terlibat dalam permasalahan ini?Allah tu maha adil lagi mengetahui akan nasib hamba-hambanye..Agama Islam itu bukanlah agama yg memberatkan umat-umatnya akan tetapi kalau umat-umatnya tidak pernah nak ambil berat tentang hukum dan diri sendir i macam mana?siapa nak jawab?setiap kejadian ke atas setiap individu ada hikmah bagi dirinya dan juga orang-orang di sekeliling. jadi fikir2 kan lah..soal jodoh mmg di tangan tuhan kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi kalau ikut kan statistik jumlah lelaki sekarang berkurangan, wanita bertambah jadi relevant atau tidak persoalan anom dgn kes shahnum ni fikir lah sendiri dindingoren!!!!