Tengahari semalam saya dihubungi Mariam,seorang wartawan dari akhbar Utusan Malaysia. Diarahkan oleh ibu pejabat Utusan di Kuala Lumpur untuk meminta komen saya tentang kemungkinan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. pada mulanya saya enggan memberi sebarang komen tetapi setelah dipujuk berkali-kali oleh Yam,saya memberikan jawapan ringkas, "Jadi calon atau tidak,bukanlah faktor untuk saya memberikan khidmat kepada masyarakat". Tak disangka pula jawapan saya yang pendek telah diulas dalam artikel khas untuk saya.
Seorang Timbalan Menteri adalah yang terawal menghantar sms kepada saya. Saya menerima pelbagai respon terhadap kenyataan saya itu. Kebanyakan yang memberi respon menganggap saya telah memberikan jawapan selamat. Walau apapun persepsi atau terjemahan yang dibuat, saya ingin menegaskan bahawa itulah jawapan yang lahir dari hati saya. Saya telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Daerah Maran sejak tahun 2000 iaitu sebelum Puteri UMNO sendiri diwujudkan. Dalam tempoh itu,saya telah memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawab saya dengan sebaiknya. Tidak ramai yang tahu,elaun mesyuarat pun tidak dapat menampung wang tol apatah lagi kos minyak kereta dari Kuala Lumpur ke Maran, tetapi saya menganggap itu hanyalah sumbangan kecil saya kepada masyarakat.
Bagi saya,yang penting adalah nawaitu kita. Sebab itu saya cukup tidak bersetuju jika ada sesiapa yang menganggap bahawa jadi wakil rakyat adalah segala-galanya dalam politik. Setiap dari kita mempunyai keistimewaan dan boleh memainkan peranan menurut keupayaan masing-masing. Namun, saya berharap pihak media massa menghentikan cerita tentang spekulasi calon kerana pada hemat saya ia tidak akan menguntungkan BN.
Spekulasi calon hanya akan menimbulkan polemik dalaman sedangkan kita sepatutnya pada masa ini,merancang strategi menumpaskan parti pembangkang. Sepatutnya menjelang pilihanraya, lebih banyak kesah-kesah "feel good" diketengahkan oleh pehak akhbar.Muslihat dan kelemahan pembangkang sepatutnya didedahkan.Akhir-akhir ini nampaknya kita lebih banyak bersikap defensif.
4 ulasan:
sokong dgn idea dato' supaya interview mereka jdi calon atau x tidak di highlightkan lelebih dlm media. YAB Timb Perdana Menteri pon dah "sound" aritu...
Apa yg lebih penting persiapan jentera pilihnraya puteri diperingkat cawangn, bahagian n negeri! bg puteri, sy rasa... asal ada lambang dacing.. mmg mereka sokong. sbb kita dlm politik ni x der musuh! n mmg ada pun dikalangn puteri yg x kenal calon... betul x?
so... keje keje keje...
to all pu3 kelantan! work harder... we wish u all the best! moga dpt tawan kelantan!!!!!
***kputeri negeri kena make sure selain jentera, kelengkapan pong kena ready gaks..! komputer n printer jgn x dpt lakss... huhuhu...
karier terakhir bagi mrk yg berpolitik adalah menjadi ahli DUN atau Parlimen. if not, xkan berebut-rebut nk kekalkan jawatan dlm parti. bohong la klu kata xnk jadi YB. cuma kita xtunjukkan dgn jelas je supaya tak backfire pd kita smula klu tak tercalon.
pd Dato' Sha, klu dicalonkan menjadi YB, ini la masa utk dato' betul2 berkhidmat utk rakyat selain membanggakan ahli Puteri, dato' berhak dicalon klu dah memang rezeki. selagi dato' ikhlas, kerusi tu tetap utk dato' duduk, jgn risau.
TAHNIAH YB DATO SHAHANIZA SHAMSUDIN! Selamat bertugas! ...Moga kareer politik dato lebih bersinar.
dato'.....
update lah blog nie .... + tukar gambar baju biru ke baju pink... BAKAL kpum lah katakan..
Catat Ulasan