28 Januari 2008

Puteri Jangan Melobi

Itulah pendirian konsisten Dato Noraini,Ketua Puteri UMNO Malaysia apabila ditanya oleh mana-mana pehak. Pendirian tersebut mengundang pelbagai reaksi. Namun, bagi saya secara peribadi,ia mestilah disambut baik oleh semua ahli Puteri diseluruh negara. Matlamat sebenar Puteri UMNO ditubuhkan 6 tahun yang lalu,ialah untuk menarik golongan wanita melayu muda menyertai politik. Kewujudan Puteri telah memberi impak yang sangat besar,bukan sahaja terhadap UMNO,malah kepada keseluruhan perkembangan politik tanahair. Pembangkang turut mengikut jejak Puteri,apatah lagi rakan parti komponen dengan bangga turut menjadikan warna merah jambu sebagai warna gerakan mereka.

Namun,akhir-akhir ini ramai diantara kita yang telah mula keliru dengan objektif sebenar penubuhan. Kita hanya dilihat sebagai sebuah pertubuhan popular yang diwakili oleh wanita muda yang cantik jelita. Kebijaksanaan mengatur strategi dan program yang berkesan tidak lagi menjadi keutamaan. Ramai juga yang masih keliru dengan peranan yang hendak dimainkan dalam Pilihanraya umum nanti.

Jawapan saya mudah.Tugas utama kita,ialah untuk memenangkan pilihanraya. Untuk pastikan golongan muda mengundi BN. Cara dan bagaimana untuk mencapainya,terpulang kepada strategi masing-masing. Tanggungjawab besar yang dipikul oleh kita semua bukan sekadar menjadi jentera IT di peti-peti undi tetapi memastikan sesiapa sahaja calon BN menang dalam pilihanraya.

Tidak perlu timbul spekulasi mana-mana ahli Puteri akan merajuk atau kecewa jika tidak terpilih jadi calon wakil rakyat. Kita semua masuk UMNO kerana niat yang satu,iaitu untuk memperjuangkan nasib anak bangsa. Menjadi wakil rakyat bukanlah segala-galanya. Kita perlu ukur baju dibadan sendiri samada kita layak serta mampu untuk melaksanakannya.

Pilihanraya 2004 menyaksikan 4 orang ahli Puteri ketika itu dipilih menjadi wakil rakyat. Walaupun nama saya turut disebut-sebut,namun saya bersyukur tidak terpilih pada ketika itu. Saya sudah tentu tidak dapat melaksanakan tugas saya dengan baik kerana pada ketika itu, saya mengandung 4 bulan dan masih dalam keadaan mabuk-mabuk. Ada yang menuduh saya kecewa tetapi hanya Allah jua yang tahu isi hati hambaNya. Banyak hikmah yang tersembunyi yang kita tidak ketahui. Apa yang tertulis dan ditentukan,adalah yang terbaik untuk kita semua.

walaupun tiada jawatan,saya masih berkhidmat kepada masyarakat melalui parti. satu kepuasan yanbg tidak dapat diucapkan apabila kita berjaya membantu orang lain. Fitnah memang menjadi perkara biasa,tetapi kita kena gagahkan diri dalam menempuhi apa jua kata nesta yang diberi. Menjelang Pilihanraya 2004 saya pernah ditohmah melalui surat layang yang menyatakan saya menggunakan wang tabung Puteri Pahang untuk mengubati anak saya yang ketika itu mengidap lukimia. Bukan saya sahaja yang menangis,ada seorang teman dari kalangan Ketua Pemuda Bahagian turut menangis bersama isterinya apabila membaca surat layang yang ditulis oleh orang yang tidak berperasaan itu. Sehingga kini saya tidak tahu ianya angjara siapa tetapi saya percaya orang itu mesti telahpun menerima pembalasan dari Allah taala kerana doa orang yang teraniaya itu makbul.

Kali ini,saya dtuduh sebagai orang yang akan merosakkan UMNO. Berdosa sesiapa yang mengangkat saya menjadi pemimpin. Walaupun kali ini saya tidak menangis lagi tetapi saya tetap berdoa agar orang yang menuduh saya itu,diberi petunjuk dan hidayah olehNya. Apapun, semangat dan nawaitu kita tidak boleh lari dari matlamat asal perjuangan.

Walaupun kita dilarang melobi, saya tetap melobi untuk mengekalkan tempat rakan-rakan saya yang telah bergelar Yang Berhormat. Suraya, Bibi dan Rosnah telah membanggakan seluruh pergerakan Puteri dan wajar sekiranya mereka dikekalkan bagi membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat. Kepada rakan-rakan lain, Selamat Maju Jaya,jika dipilih,muhasabahlah diri bahawa tanggungjawab itu amat berat dan laksanakan ia dengan sebaik-baiknya.Jika tidak terpilih,bersyukurlah kerana mungkin ianya adalah yang terbaik untuk kita.

4 ulasan:

h.h berkata...

PUTERI JANGAN MELOBI!

puteri jgn melobi ini adalah suatu larangan bukan?! tp ni adalah larangan "boleh ubah" aku rasa! huhuhu... :D

setuju ke x?! tau x napa?.. baca nie..

sbb .... memetik statement dato shahaniza:


"Walaupun kita dilarang melobi, saya tetap melobi untuk mengekalkan tempat rakan-rakan saya yang telah bergelar Yang Berhormat. Suraya, Bibi dan Rosnah telah membanggakan seluruh pergerakan Puteri dan wajar sekiranya mereka dikekalkan bagi membolehkan mereka terus berkhidmat kepada rakyat...."

maknanya, puteri dilarang mengundi untuk diri sendiri... tp kalau melobi utk kawan2 xper! dibenarkan! dan aku sokong statement dato shahaniza ni .. supaya dikekalkn kerusi YB kpd calon lama (rosnah, bibi n suraya) dan kerusi YB dikalangan puteri juga MESTI DITAMBAH! zmn dtk seri azalina, ada 4 seat, zmn tok noraini?! x kan 3 jek?! so pasni...kalau kengkawan nampak memana exco2 puteri gi melobi tu... "positif thinking" lah yer.. mereka tu lobi utk kengkawan! bukan untuk diri sendiri!!! :P

aku doakan moga dato shahaniza jd YB kali ni!... aku ndak lobi utk Dato shahaniza... jom kengkawan join lobi?!

Tanpa Nama berkata...

dato'..
usah putus semangat..biar lah aper org nk kata..dan pd saya org yg berkata berdosa pilih dato' sbg pemimpin tue jumud pemikiran die...sian kat org camnie, sy pk org pas jer yg mempunyai pemikiran sedemikian...semoga dato' kental dan tabah utk berjuang demi agama, bangsa dan negara..

semoga dato' terpilih sebagai salah seorg calon YB pd election kali nie dan akan bertmbh laa para pemimpin dikalangan PUTERI UMNO !!!

faziehana berkata...

Nampaknya walaupun tiada tarikh tertentu pilihanraya dinyatakan tetapi bahangnya kian terasa..seolah-olah begitu hampir benar..walau apapun jawapan standard yang pasti ialah...MENANTI ILHAM..emmm terkadang nyampah pula rasenya..

Anyway berdasarkan petunjuk semasa (cehh..macam nujum Pak Belalang la pulakk..) memang dalam masa yang tersangat dekat ini lah tuuu..

Bercakap pasal lobi melobi cantas mencantas..rasenya itu sudah menjadi adat resam politik..hari ini kawan besok mungkin jadi lawan..hari ini baik, wangi dan tip top besok bertukar jadi kudis yang mengbusung..hamis .. hancing..dan berkarat.

Jadi buat Dato' Scha..semoga tabah dalam mengharungi dunia politik . Mereka yang berkaliber , talented , tahu bekerja dan disayangi rakyat wajar dikekalkan..dan alangkah bagusnya jika pemimpin yang sudah ala..ala tu berfikir sendiri dan mengundur diri tanpa disuruh..(ada ke..takut jadi macam Tok Guru Nik Aziz.serta sekutunya...beriya2 "melobi" dan "menyeru" Tun Mahathir agar meletakkan jawatan..dengan alasan ageing factor..sudah2nya Tun Dah turun dia masih lagi dok berkokok di situ..emm..mengata dulang paku serpih mengata orang dia lak yang lebih-lebih..

Berbalik pada Dato' scha..saya juga amat berharap moga Pemimpin atasan kita melihat kredebiliti beliau utk ditonjolkan dengan lebih baik lagi di peringkat nasional..ada personaliti , beridea dan ada kekuatan untuk bersuara..malah jika diberi peluang saya yakin beliau akan lebih lantang dan menyerlah..dalam menyuarakan perkara yang akan membawa kebaikan kepada generasi muda..Saya kira PUTERI perlu lebih vokal dalam sesetengah hal yang melibatkan kepentingan generasi muda...

Semoga Dato' Scha diberikan peluang tersebut..

Tanpa Nama berkata...

salam perjuangan,

puteri jangan melobi...

memang betul puteri jangan melobi..tapi kalau bagi peluang amek..jangan tak amek...