27 April 2008

Isu Keris dan Pemuda UMNO

Hmm..bukanlah niat saya hendak campurtangan dalam isu Pemuda UMNO dengan keris panca warisan.Tetapi sebagai rakan seperjuangan,saya terpanggil juga untuk memperkatakan isu ini. Peristiwa Datuk Sri Hisham menghunus dan mengucup keris sewaktu persidangan agung pemuda umno 2 tahun yang lalu telah menjadi isu hangat sebelum dan semasa PRU 12 yang lalu.

Entah apa yang disensitifkan sangat,saya pun tak faham.Rakan-rakan dalam MCA begitu sensitif dan kaum Cina menjadikan salah satu alasan untuk tidak menyokong BN kali ini. Yang untungnya geng pembangkang jugak. Isu keris tidak sepatutnya diperbesarkan.salahkah kita memuliakan simbol adat resam dan perjuangan orang Melayu? Perlukah Datuk Hisham diletakkan kesalahan hanya kerana mengucup sebilah keris yang menjadi lambang kepada kuasa orang Melayu?Seolah-olah Datuk Hisham telah melakukan satu dosa besar kepada bangsa sehingga terpaksa pula semalam meminta maaf secara terbuka?

Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Najib hari ini...'sebenarnya maruah orang melayu bukan terletak pada keris,sebaliknya ia akan terbela jika orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang'. Secara peribadi,saya berpendapat Datuk Hisham tidak perlu meminta maaf.Tidak ada salahnya menghormati adat resam dan budaya kita kerana sudah termaktub dalam kontrak sosial sebelum merdeka bahawa semua kaum berhak menjalankan adat resam dan budaya kaum masing-masing. Mereka yang tidak faham dengan budaya Melayulah yang perlu meminta maaf kerana memperbesarkan perkara ini. Kita begitu bertolak ansur dan tidak pernah mempertikaikan adat resam dan budaya kaum lain..kenapa pula isu kecil mengucup keris,perlu dijadikan alasan kebencian kepada pemimpin UMNO.

Kita tidak pernah mengatakan bahawa keujudan Sekolah cina akan merosakkan perpaduan kaum.Kita sentiasa berusaha kearah membena kesepakatan dan perpaduan antara kaum tetapi kita tetap dituduh sebagai perkauman dan hanya memperjuangkan hak-hak orang Melayu.Lim Guan Eng memuji permohonan maaf Datuk Hisham tetapi bagi saya pujian itu ada udang disebalik mee....DAP hanya mahu kita tunduk kepada mereka tetapi lihatlah bagaimana Karpal Singh menentang PAS daripada menjadi parti tunjang kepada Pakatan Rakyat. Siapa kata kita parti perkauman?Lupakah mereka kerana sifat tolak ansur orang Melayulah mereka semua mendapat hak kerakyatan di bumi yang pernah digelar Semenanjung Tanah Melayu ini?Kita bukan mengungkit,tetapi kita mahukan rakan-rakan bangsa lain turut bertolak ansur dan tidak memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya. Jangan pula nanti upacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Undangan Negeri,Rakyat dan Negara yang dimulakan dengan ucapan Bismillah oleh mereka yang muslim turut dipertikai dan dianggap menghina penganut agama lain.....

8 ulasan:

faziehana mn berkata...

Hmm..saya bersetuju sebenarnya dalam hal ini dato' hisham x perlu untuk merendah diri memohon maaf kepada benda yang tidak perlu..adat dijunjung bangsa disayangi..tidak ada salahnya menyanjungi dan menyayangi warisan nenek moyang..

Lebih banyak hal lain yang perlu diberi perhatian ..bukannya hal remeh temeh yang cuba dipolitikkan dan diperbesar menjadi isu perkauman..hmm..kenapa kita perlu berlembut sedang mereka diluar sana
sering memperolokkan dan turut mengajak bangsa kita untuk turut memperkotak katikkan bangsa kita sendiri..

Diharap pemimpin kita lebih berusaha untuk memartabatkan bangsa dan negara dari memikir dan melayani isu yang entah apa2..

Tanpa Nama berkata...

"mana melayu yang kuat melayu nya"

adakalanya melayu kian lupa bagaimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung...

keris?? sebagai perlambangan untuk adat melayu..tapi sayang melayu hari ini makin layu akibat perbuatan diantara sesama mereka...

renung2kan bersama..

pelangibaru berkata...

Saya juga berpendapat, dato' hisham tak perlu minta maaf.. ianya hanyalah satu simbolik bangsa, bukan nak membunuh bangsa lain pun..ntah lah..semakin kacau semangat BN kita nie kan..

TPJ berkata...

YB Dato',

Dato'Sri Hishammuddin tidak silap mengeluarkan keris dan terus menciumnya, tetapi Dato' Sri Hishammuddin TETAP bersalah kerana memohon maaf diatas suatu adat yang sudah lama diamalkan wa'imah di dalam pertabalan DYMM SPB YDP Agongpun.

Perlu di beritahu, mungkin diatas kegagalan Dato' Sri Hishammuddin mempertahankan perbuatannya itu sehingga satu negara khususnya rakyat kaum Cina membesar2kan isu ini, buat pertama kalinya ketika pertabalan Baginda yg baru ini Keris DiRaja Malaysia tidak di keluarkan dari sarungnya untuk dicium sebagaimana yang di amalkan oleh Duli2 YMM yang sebelum ini.

Di cadangkan Dato' Sri Hishammuddin tidak menawarkan diri untuk mana-mana kedudukan tinggi di dalam UMNO selepas ini kerana bagaimana beliau hendak mempertahankan hak keistimewaan bangsa Melayu sedangkan Keris Panca Warisanpun beliau tidak mampu untuk bela?

YB Dato', janganlah YB terasa seolah-olah mencampuri hal Pemuda UMNO kerana budaya atau adat yang diamalkan itu adalah adat Melayu, pesaka Bangsa dan wajib ditegur jika ianya tidak dipertahankan dengan sempurna.

Sila layari blog saya di
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com/ yang juga ada menyentuh tentang Keris Panca Warisan. Terima Kasih kerana sudi mengundang saya ke sini.

Salam Perjuangan.

samsara1226 berkata...

saya bersetuju dengan pendapat rakan2 di atas..

melayu ni lemah sangat lah!lupakah kita bahawa semasa nak merdeka dulu, kita bangsa melayu lah yang beria-ia sangat nak jadikan tanah air ni merdeka dari penjajah..bangsa lain ada yang bergolok bergadai ke?hampeh la...

banyak dah kita bertolak ansur dengan depa ni sume..skang diorang jadikan alasan keris utk tidak menyokong BN dalam PRU12..lama2 nanti entah2 cokmar yang diusung semasa istiadat dengan raja2 melayu pon diorang buat isu untuk mansuhkan.. mana identiti kita sebagai org melayu?mana?mana? bangkitlah wahai semua melayu..

semutapi berkata...

Asslamualaikum...

Rasa terpanggil utk join sekali dlm topik ini...saya juga setuju dgn pendpt kwn-kwn...melayu dh semakin x dihormati di tanah air sendiri...

shanghaigeisha berkata...

orang cina kata Me'layuuuu........
mungkin betul..

dindingoren berkata...

saya memenag tertarik dgn pendapat2 di atas. saya turut tidak setuju dengan permohonan maaf dato hisham. pemuda macam dah hilang kejantanan dan kepahlawannannya bila dato hisham buat macam tu...
saya juga setuju yg melayu dilihat makin lemah... kepada yang mengakui hal ini, tanyalah pada diri sendiri- apakah yg perlu dilakukan oleh melayu untuk memperkasakan melayu semula dan apakah yang boleh dilakukan oleh DIRI KITA SENDRI agar melayu lebih dihormati. moga bertemu jawapannya dan melaksanakan apa yang perlu...