20 April 2008

Suruhanjaya Kehakiman

Akhirnya Tun Salleh Abas dimaafkan. Peristiwa lebih 20 tahun lalu diungkit kembali atas dasar kebebasan kehakiman. Apa rasionalnya menjadi tandatanya orang awam. Namun, Suruhanjaya Kehakiman akhirnya diwujudkan untuk menjamin kebebasan institusi kehakiman. Ada teman seorang Peguam Melayu melahirkan kekecewaanya kerana Suruhanjaya ini menurutnya kelak akan menafikan kredibiliti para hakim Melayu untuk mejawat jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman. Apapun,rakan-rakan dalam institusi kehakiman dan perundangan harus mengambil positif dan memastikan jati diri mereka tetap utuh,meningkatkan integriti agar mereka dapat mendominasi sistem kehakiman. Saya bukan mahu bersikap perkauman tetapi kita mesti pertahankan apa yang menjadi hak kita. Saya sedang membaca buku tulisan Leon Comber tentang peristiwa 13 Mei,yang insyaallah akan saya kongsi bersama anda nanti,

3 ulasan:

pelangibaru berkata...

Salam YB Kak Sha,

Glad u're back.. Tahniah atas kemenangan. Jadilah YB yang bekerja kuat untuk rakyat & sama2kembalikan kepercayaan rakyat kpd BN & UMNO.

Kak Sha..
Agak tertekan dgn berita kucar-kacir ahli UMNO yang menguasi ruang berita media perdana since PRU12 berlalu....Semakin byk cerita, semakinlah pengundi atas pagar tak suka kita, mungkin juga jika melarat, org UMNO sendiri akan meluat...

Saya harap Kak Sha sebagai antara pemimpin UMNO di atas tu, tlg lah sama2 memohon pemimpin UMNO berubah..jika tidak, bah lah UMNO...

Pink Ants berkata...

akak setuju sangat dengan pandangan pelangibaru tu. Tak tahulah apa nak jadi dengan UMNO. Sebagai jenerasi pewaris parti yang memperjuangkan orang Melayu ini,kita semua kena bangkit berani menyuarakan pandangan kita.Apa kita nak takut?kita hanya mahu selamatkan UMNO..tetapi tak perlulah kita sebuk berkokok tanpa melakukan apa-apa.We must try our ver best to win back the people's mind and heart. Do not underestimate the opposition but we must double up our effot to regain the public's confidence.

pbb-j2 berkata...

Salaam YB ,

Haaaa ini bidang khas YB , tapi kata seorang kawan saya laaa ...

teruskan laa kerja yg baik tu ,janji harga buah sawit stabil dan tinggi .... hehehe.