20 April 2008

Pencen Umur 60?

Pencen pada usia 60 adalah antara 5 tuntutan cuepacs kepada kerajaan. Bagi diri saya,ianya tuntutan yang tidak rasional. Jika dibenarkan,makinlah ramai yang kat bawah tu terpaksa menunggu masa yang lama untuk kenaikan pangkat.Sudahlah jenerasi muda hari ini sukar mendapat peluang pekerjaan,yang sedang berkhidmat pula terpaksa menunggu warga emas ini melepaskan kerusi empuk mereka. Masa sudah berubah, Hari ini,jenerasi muda perlu diberi lebih ruang dan peluang untuk memacu negara kearah kecemerlangan. Dalam keadaan dunia yang semakin terdesak beban kewangannya,kita memahami masalah kakitangan awam tetapi janganlah sehingga melupakan pucuk-pucuk yang baru hendak bertunas ni. Harga minyak dunia telah naik hingga RM367 setong. Alamatnya,esok lusa barang akan melambung naik lagi. Kita tenguklah macamana pemimpin kita mencari formula yang terbaik. Kita selama ini telah mengorbankan berbilion ringgit memberi subsidi minyak kepada rakyat. Pakatan Rakyat pula kononnya ada formula untuk menurunkan harga minyak...kita tunggulah,kot kita yang kat pahang ni boleh pegi selangor,perak,kedah dan kelantan untuk isi minyak dengan harga yang murah? Takut yang ditunggu tak kunjung tiba...kuasa kita juga yang makin terhakis dan tergadai.

2 ulasan:

pbb-j2 berkata...

Salaam Yb,
Bab yg ini saya tak setuju dgn Yb, bagi saya biarlah umur tu di lanjutkan tetapi dgn syarat ia berdasarkan rekod perkhidmatan yang baik samada melalui sokongan jabatan atau orang ramai.
cuma yang perlu di ambil kesempatan sekarang ialah untuk "brainwash" kakitangan ini supaya mereka tidak menganggap kerja dgn "gomen" ini :
1- untuk makan gaji buta @ membuta
2- untuk makan angin sambil pergi kursus yg tak berkualiti.
3- untuk memperbodohkan orang terutamanya orang kampung
4- untuk kumpul harta dan rasuah.

Terima kasih.

shahaniza berkata...

tq my dear friend for ur good comment. we may have different views n opinions but its good for our friendship?