27 April 2008

Kalau Roboh Kota Melaka

Kalau roboh Kota Melaka

papan di Jawa kami dirikan

Kalau sungguh bagai dikata

jiwa dan raga kami korbankan



Agaknya begitulah juga semangat juang dalam diri Puteri-puteri Kota Melaka.Berbeza dengan kunjungan saya ke Kedah tempohari,kunjungan saya ke Kota Melaka memenuhi jemputan Puteri Kota Melaka disambut dengan wajah-wajah ceria Puteri-puteri yang berpakaian tema pink dan putih.Majlis dibuat di tengah-tengah bandar Melaka,ala-ala garden party menunjukkan betapa berbezanya program yang dibuat ditempat yang mana kita memegang kuasanya.



Sebelum itu,sewaktu tiba di tol air keroh,saya diberi kejutan sambutan yang sungguh mengharukan.20 biji motor berkuasa besar dari Persatuan Big Bikers Melaka mengiringi saya hingga ke tempat program..hmm..ala-ala menteri la pulak..he he he....segan pula saya kerana hanya datang dengan sebuah kereta. Rasa penat yang tak terhingga kerana perjalanan jauh dari Pahang,terus hilang berganti dengan perasaan teruja. Maklumlah,pulang sahaja dari Kedah,subuh-subuh semalam sudah pulang ke kawasan merasmikan Seminar Keibubapaan anjuran BTN dan PIBG S.K Kuala Sentol,kemudian singgah sekejap di rumah ibu bapa saya di Chenor.Orang tua saya nak ke Mekah,buat kenduri doa selamat,tapi anaknya ni,dapat singgah sekejap sahaja...nasib baiklah diaorang faham dan tidak berkecil hati.Dengar kabarnya Dato Noraini bersama beberapa rakan exco yang lain berada di Pekan,tapi tak sempat saya nak bersama kerana sudah berjanji dengan Puteri di Kota Melaka.



Apa yang menarik perhatian saya selain dari sambutan dan majlis yang diatur meriah ialah ucapan Ketua Puteri Bahagian dan Ketua Puteri Negeri yang masih lagi bersemangat dan peka dengan perkembangan politik semasa. Mereka nampaknya tidaklah berasa complacent dengan kemenangan dan telahpun mengatur dan merancang strategi untuk terus memperkukuhkan parti. Penghargaan kepada ahli-ahli Puteri yang pada tahun ini akan berhijrah ke wanita,memang patut dipuji.Sekurang-kurangnya,selepas ini,jikapun mereka tidak berpeluang untuk aktif lagi tetapi mereka tahu bahawa UMNO khususnya Puteri tetap menghargai peranan serta sumbangan yang telah diberikan.



Syabas kepada Yati dan Emi...terutamanya Yati yang baru mendapat tawaran menjadi Pegawai Parlimen kepada Dato Sri Syed Hamid Albar...jalankan tugas sebaik-baiknya dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan..All the best my dear!



Keseluruhannya,meriah dan berjaya,walaupun Ketua Bahagian sampai lewat,dan saya hanya dapat bergerak pulang pada jam 12.30 malam..saya rasa gembira kerana ketua Bahagian dan Ketua Pemuda juga telah berjanji akan terus bersama-sama membantu Puteri di Kota Melaka.Cuma ada sedikit kecacatan...lagu yang saya sumbangkan..memanglah sumbang dan sumbing,sorry ye...

3 ulasan:

AZANA berkata...

ok la tu YB... harap-harap nanti lepas ni, YB betul-betul jadi menteri...
biar deme tahu Pergerakan Puteri ditubuhkan bukan sekadar membantu dlm perjuangan, tetapi turut melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa.
now kak pidah dah out of the picture, kak sha pulak le yang enter frame...
i'm sure ramai ahli pu3 yg menyokong..!
papepun, ALL THE BEST SIS!
;D

faziehana mn berkata...

Napa Dato'..pitching lari ke..he..he..gali ..dato' gali..

anti-hipokrit berkata...

suke ye org sambut cmtu? berangan la sekejap jd KPUM or menteri.Kedah program negeri kak oii..kota melaka tu bhgn.mana boleh banding..at least kedah antara negeri awal buat program dari negeri2 yg kalah ni..bagi la support bukan kondem kak oii.macam mana nak jadi KPUM ni?