08 November 2008

Pemilihan Puteri UMNO Malaysia: Fasa Ke-2 Bermula

Sebentar tadi,lima bahagian terakhir telah selesai mengadakan Persidangan Puteri UMNO Bahagian masing-masing.Saya mendapat tiga lagi pencalonan iaitu dari Bahagian Larut,Pengkalan Chepa dan Seremban menjadikan jumlah keseluruhan 65.Itu pun tertakluk kepada pengesahan Persidangan-persidangan tersebut oleh Ibu Pejabat Puteri UMNO Malaysia. Yang penting,saya telah melepasi kelayakan untuk bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia. Secara tidak rasmi juga,6 calon lain turut melayakkan diri bertanding iaitu sahabat saya YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin,Datin Ismalina Ismail,Bibi Sharliza Mohd Khalid,Ida Rohayu dan Sarah ali Bashah.

Selain Ida Rahayu dan Sarah,calon-calon lain adalah rakan-rakan saya dalam barisan exco Puteri UMNO Malaysia dibawah pimpinan YB Datuk Noraini Ahmad. YB Datuk Rosnah dan Bibi pula saya kenali seawal usia Puteri ditubuhkan lagi.Sewaktu saya menjadi Ketua Puteri (penaja) Puteri UMNO Pahang,Datuk Rosnah menjadi Ketua Puteri penaja di Sabah dan Bibi pula di Negeri Sembilan. Datin Ismalina pula menang sebagai exco sewaktu pemilihan tahun 2004.Kami semua bersahabat dan saya yakin pertandingan kali ini akan berjalan dalam semangat setiakawan dan masing-masing akan bersikap profesional.Semuanya layak dan berkaliber,cuma kita mahu perwakilan kelak memilih yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Adat pertandingan,lebih-lebih lagi dalam dunia politik,pelbagai cerita akan timbul.Saya menyeru semua pehak terutamanya penyokong saya untuk mengutamakan kepentingan parti.Elakkan perpecahan. Jangan membuat serangan peribadi. Jadilah seperti sebuah pohon yang lebat berbuah,orang baling dengan kayu tetapi digugurkan buah yang enak. Sebab itulah saya bila dikatakan seorang yang suka memburukkan peribadi orang lain,menggunakan duit untuk beli pencalonan,tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan dikatakan tidak sesuai menjadi Ketua Puteri kerana seorang yang sangat politikal,saya hanya tersenyum mendengarnya.bagi saya,itu kerja orang yang dangkal pemikiran dan terdesak. Saya ikhlas,jika diberi kepercayaan kelak,jawatan itu wajib saya pikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab.Jika tidak,saya wajib menerima dengan berjiwa besar dan berlapang dada serta menyokong sesiapa sahaja yang diberi mandat oleh para perwakilan kelak.

Sebab itulah tidak ada sebab bagi saya untuk berkecil hati dengan mana-mana Bahagian yang tidak mencalonkan saya. Saya memahami kadang-kadang mereka harus juga menghormati pandangan pehak-pehak tertentu.Namun,kita juga tidak boleh menafikan hak mereka untuk berpendirian tegas dalam soal menentukan calon pilihan mereka. Yang penting,kita sekarang membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan diperingkat nasional bukan negeri mahupun bahagian.Penilaian yang matang mesti dibuat kerana ianya akan menentukan bukan sahaja hala tuju Puteri UMNO,tetapi juga hala tuju Parti kita dan seterusnya nasib bangsa kita dimasa akan datang.

Selamat Maju Jaya kepada semua yang bertanding dan marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi dari segala malapetaka. Sekiranya dalam fasa kedua ini kita tersua dimana-mana,moga ada ruang untuk menikmati teh tarik bersama-sama....selamat berjuang!

18 ulasan:

emy berkata...

tahniah kak sha atas pencalonan yang diterima. tapi saya tak dapat nak mengikuti keseluruhan pencalonan kawan yang lain...refer to puteri.net.my (sebagaimana sumber dari pjbt pu3 msia)pulak jumlah pencalonan yang diterima oleh calon2 nampak nya bila dicampurkan melebihi jumlah bahagian yang sedia ada dalam puteri. Phening kepala ana la!!

apapun...
all the best to u. Banyak yang perlu dihadapi selepas ini. Apapun, sukalah kita ingat-mengingatkan kengkawan lain appaun yang berlaku..semangat Parti lebih utama, begitu jua dengan setiakawan. Tanggungjawab kita kepada ahli parti & masyarakat pun harapo jgn dilupa..dek disebabkan hal pertandingan ini. JAdilah dan buatlah yang terbaik..

Saya yakin dengan kebolehan kak sha menangani segala isu, masalah dan juga rintangan di luar sana.

Don't give up!!

Tanpa Nama berkata...

Harap jgn cakap tak serupa bikin dah le dato...

Jgn asyik melaungkan semangat setiakawan di blog ini dan media2 je tapi hakikatnya di luar kawan makan kawan....

shahaniza berkata...

Terimakasih atas pandangan dan nasehat amy dan juga rakan yang tidak dikenali diatas.Insyaallah,saya akan kotakan apa yang dikata.Berani kerana benar dan teringat saya kata-kata Dato Aza diawal penubuhan Puteri dulu,kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai,kalau kalau takut hadapi cabaran,jangan gelar diri pejuang.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum. Saya adalah orang yang melihat

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum. Saya adalah orang yang melihat

Tanpa Nama berkata...

sorry tadi tiba elektrik terputus. saya sambung yek. saya adalah orang yang melihat dan mengenali Dato sha dari kecik sampai ke usia sekarang. dan saya sangat mengenali beliau. Kepribadian dan sikap beliau sangat boleh dibanggakan.Walau dimana beliau berada, beliau tidak pernah melupakan siapa dia dan saya ingin berpesan kepada org yang tak bernama janganlah beranggapan begitu. Bagi saya Dato Sha adalah seorang pemimpin puteri yang paling layak menerajui puteri kerana jiwa dan perjuangannya sama dengan kekuatan perjuangan Dato Aza.

Tanpa Nama berkata...

aikk kak sha..kenapa nama kak azlina mehtab langsung tak disebut..bukan sahaja kak mehtab layak bertanding dgn 11 pencalonan malah dia secara tidak langsung telah menyuarakan niatnya untuk turut bertanding..takkan nak kena buat announcement baru kira nak bertanding kut..esh..esh..esh..cakap siang pandang-pandang kak sha..bukan kah kak mehtab pun kawan kak sha sejak awal penubuhan puteri dan sama-sama dalam barisan exco pergerakan puteri umno malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Kat atas ni mesti balaci azlina mentab yang tak pernah jawab telefon bila dihubungi. Suruh dia jangan bertanding ketua puteri boleh tak, telefon pun tak pernah nak jawab, macam mana nak ambik tahu hal rakyat. Suruh dia balik jaga adik dia ex budak UIA tu yang kerjanya merosakkan anak dara orang aje.

Tanpa Nama berkata...

alaaah kata org balaci..awak tu apa kurang..balaci juga laaaaa..hahaha..aku tanya kat kak sha, bukan kat ko laaa...kak sha laa yg jawab..

Tanpa Nama berkata...

Tanya kat tempat terbuka yang semua orang boleh baca dan respon, so salah ke kalau aku jawab? Kalau inilah tahap IQ orang-orang Azlina kah kah kah, tolonglah.... apa yang bos kau tu boleh bawak perubahan dalam Puteri? setakat ini satu visi pun tak nampak...hah hah hah

Tanpa Nama berkata...

oooooooo lupa...ko duk kat ulu banat, mana nak ada paper tu tak tau apa2 pun..sekurang2nya sekarang paham ler aku, org2 shahaniza nie pandai kutuk jar..walaupun shahaniza tu kata bertanding jangan kutuk atau burukkan org lain..tahniah tahniah krn tidak merealisasikan kata2 shahaniza..biarkan si luncai terjun dgn labunya..biarkan..biarkan..biarkan..

Tanpa Nama berkata...

apa tiba-tiba cerita pasal paper lak....bodoh ke apa ni?

tinta maya berkata...

kah kah kah.. lawak tul bila baca komen dua org yg tak bernama ni... bagi Cik Ida tak salah la kalau Tak Bernama no.1 tu tanya kat YB Shahaniza pesal tak sebut pun nama lagi sorang calon yang bertanding KAPUM a.k.a Azlina Mehtab. Itu bermaksud Tak Bernama no.1 tu prihatin dengan artikel YB Shahaniza. Teguran tu supaya nanti takde la org prasangka yang Shahaniza tak berkawan dgn Azlina sebab nama dia tak disebut dalam artikel YB Shahaniza. Mungkin juga YB Shahaniza terlupa kot nak sebut. Yang Cik Ida sedihnya, Tak Bernama No.2 bagi komen secara terang-terangan menyerang peribadi orang, respon yang tak menepati soalan tapi lebih kepada pencemaran imej puteri.. hmm tak abih2 lg rupanya budaya canang-mencanang hal org dalam puteri ni.. Camner la nak cantik pergerakan, harapkan cantik kosmetik jer.. tak cukup dengan kosmetik, gambar pun leh touch-up gak bg lagi cantik dari realiti. OOpss terlebey sudah.. kikikiki

Teringin jugak Cik Ida nak tau, Tak bernama no.2 tu ada masalah ke dengan Azlina Mehtab sampai marah mcm tu sekali, dan kalaulah Tak Bernama no.2 tu penyokong YB Shahaniza dan sayangkan YB Shahaniza, janganlah sampai menjatuhkan org lain, sedih nanti YB Shaniza kalau tgk penyokong dia mencalarkan imej dia sebagai pemimpin puteri yang sentiasa bersifat terbuka.. Dont play2.. kerana jari yang menaip, boleh hilang undi dan kepercayaan kat pemimpin yang kita sanjungi tau

Cik Ida :- Tertunggu2 jugak respon YB Shaniza.. hehehe Pelik dan hairan bila sang gajah yang berlawan, naper semut pulak yg sibuk2 lebih.. kang nanti kena pijak, gajah jugak yg disalahkan.. lalalalalala

Tanpa Nama berkata...

org yang kata org lain bodoh, dia tu lah yang bodoh....heh heh...

tinta maya berkata...

mana lebih afdal, dikatakan sebagai bodoh atau membodohkan diri sendiri? lalalalala

Tanpa Nama berkata...

tolak aku...lain semua bodoh...kah kah kah

qalamberbisa berkata...

salam, tak perlulah isu bodoh membodohkan antara sesama kita dalam blog ini..paling penting Mac 2008 masa utk kita memilih pemimpin yang benar2 pemimpin..

macam budak2 laa..

qalamberbisa berkata...

salam, tak perlulah isu bodoh membodohkan antara sesama kita dalam blog ini..paling penting Mac 2008 masa utk kita memilih pemimpin yang benar2 pemimpin..

macam budak2 laa..

(pembetulan artikel - MAC 2009)