17 November 2008

Politik wang : Perlu Pendekatan Baru




Sejak kebelakangan ini, banyak sangat yang diperkatakan mengani politik wang dan sudah ramai yang diambil tindakan serta masih banyak kes yang perlu disiasat.

Lembaga Disiplin kata mereka sudah menerima lebih 900 aduan sehingga kini. Banyak sekali jumlah itu bukan.

Namun, tindakan demi tindakan nyata tidak meredakan perkara itu.

Oleh itu, saya merasakan Lembaga Disiplin UMNO perlu menjalankan lebih banyak usaha-usaha pencegahan pula mulai kini.

Usaha pencegahan itu termasuk tindakan seperti kempen kesedaran bagi mengelak politik wang dari terus berlaku.

Situasi dalaman UMNO kini memperlihatkan pendekatan untuk menghalang politik wang tidak hanya boleh terhad kepada melakukan siasatan dan menjatuhkan hukuman semata-mata.

Saya lihat pendekatan mencegah dari mengubati perlu dijadikan sebahagian daripada usaha menyeluruh menangani politik wang.

Dalam hal ini, MT dan Lembaga Disiplin perlu berkerjasama dengan membawa idea-idea dan pendekatan baru ke arah memastikan permasalahan itu dapat diatasi.

Saya yakin usaha seperti ini akan memperlihatkan kepada masyarakat akan kesungguhan UMNO untuk kembali releven di mata masyarakat.

Kesungguhan seperti itu juga mampu menarik lebih banyak minat terutama dari kalangan generasi muda untuk menyertai UMNO.

Tindakan menjatuhkan hukuman hendaklah bersifat sebagai perkara kedua sebaliknya kesedaran hendaklah menjadi elemen utama bagi memastikan poltik wang tidak berterusan.

Kalau hanya berdasarkan hukuman, dikhuatiri satu masa nanti Lembaga Disiplin umpama tidak cukup tangan untuk menyelesaikan semua aduan yang diterima.

Sudah terlalu lama politik wang dalam UMNO berlaku dan mungkin sudah tiba masanya pendekatan-pendekatan baru pula diamalkan.

Sebelum masyarakat menjadi terlalu muak dengan kita, maka langkah-langkah yang betul-betul padu dan tepat hendaklah dilaksanakan segera.

Parti UMNO parti Melayu, parti orang Islam, amat buruk jika ia dibelenggu perkara-perkara yang begitu nyata bertentangan dengan ajaran agama suci itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap perbuatan atau tindakan berpunca dari niat dan sikap yang akan merencanakan tindakan selepas itu jadi walau apa pun pendekatan atau tindakan yang diambil tidak akan berkesan kalau setiap ahli UMNO lupa tentang jati diri..mungkin lagu Sudirman "penyu menangis siapa yang tahu" dapat di gambarkan betapa menangis nya hati ini dengan gelisah yang tak sudah bila memikirkan nasib bangsa Melayu yang semakin hari di biarkan tunduk oleh bangsa sendiri.."keruntuhan tamadun sesuatu bangsa adalah disebabkan bangsa itu sendiri" bak kata Pendeta Zaaba "Perangai Bergantung kepada diri sendiri" ini lah wasiat peninggalan beliau yang harus kita anak-anak MELAYU generasi pewaris harus renungkan dan berbuat la sesuatu!!!!!!

TPJ berkata...

Salam YB.

Nampaknya Lembaga Disiplin hanya berguna untuk mengishtiharkan jumlah aduan-aduan sahaja.

Dimanakah tindakan yang diambil? Adakah mereka mempunyai kuasa yang mutlak atau perlu dirujuk kembali kepada MKT utnuk memilih siapa yang boleh didakwa dan siapa yang harus diselamatkan?

Seharusnya jumlah aduan tidak boleh diuar-uarkan tetapi tindakan tegas diambil. Yang paling menyakitkan hati saya dan ahli-ahli akar umbi adalah pemimpin2 yang inginkan publisiti murahan turut menghebahkan berapa banyak aduan yang telah dilaporkan sekaligus menampakkan UMNO dan bangsa Melayu ini sudah kronik dengan penyakit rasuah.

BPR dibawa masuk tetapi sampai sekarang, kaedah tindakan yang akan diambil masih lagi kabur.

Adakah mereka yang terbukti akan didakwa di mahkamah? Adakah mereka akan dilayani seperti perasuah umum dijabatan2 kerajaan?

Kalau asasnya sahaja tidak kukuh dan jelas, bagaimanakah ianya akan berjaya dibenteras?

Dari itu, ada lagi baik Tengku Rithaudeen tutup mulutnya tentang jumlah aduan yang sedia ada, dan lebih baik jika beliau mengadakan press conference memberitahu bagaimana pesalah2 ini akan ditangani, samada didakwa dimahkamah dan dipenjarakan (kerana pengelibatan BPR) atau di lucutkan keahlian dan jawatan didalam parti sampai mati. Kalau setakat digantung selama tiga tahun kemudian dilantik pula sebagai Bendahari Agong UMNO Malaysia, seperti yang ada sekarang ini, maka ia terbukti bahawa pucuk pimpinan tidak serious didalam menangani masalah disiplin didalam parti.

Terima kasih.
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Apa yang pasti, kalau tidak ada langkah-langkah tegas atau baru, ada kemungkinan besar UMNO akan terhapus terus. Yang menjadi punca kepada perkara tersebut adalah ahli-ahli UMNO sendiri.

Da Real Deal berkata...

Anonymous,

Bukan sahaja ahli2 UMNO, tetapi yg lebih berat, puncanya datang dari pemimpin2 kita ia itu tangan yang menghulur, dan mulut yang banyak cakap tentang hulurannya hingga menghina parti sendiri.

Nyahkan sahaja ahli2 MKT yang sedia ada dan isikan dengan muka2 baru yang menawarkan diri.

Kita sering complain tentang keadaan semasa UMNO tetapi kita pilih juga orang2 yang sama yang menjadi punca kepada wabak sedia ada.

Renungkanlah bersama dan buatlah perubahan.

Wasallam.