Nampak gayanya,sehingga 16 hb Januari ni,tumpuan kita semua akan berfokus kepada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.Saya sendiri sudah dua kali berulang alik dari maran Ke KT sejak seminggu yang lalu.Maklum lah,kawasan saya juga dilanda banjir baru-baru ini.
Semalam,proses penamaan calon telah berlansung dengan baik.Calon BN YB SEnator Datuk Wan Farid nampaknya begitu bersemangat sekali.Peluang untuk menang sangat cerah.Ditambah pula dengan kehadiran ribuan jentera BN yang hadir dari seluruh negara.Puteri UMNO dibawah kepimpinan Dato Noraini juga telah memulakan gerakerja untuk pastikan kemenangan BN kali ini.
Menariknya,pilihanraya kali ini menyaksikan pemimpin UMNO bersatu dan berpadu tenaga untuk memenangkan BN.Walaupun pemilihan UMNO menjelang tiba tetapi selaras dengan nasehat YAB TImbalan Presiden,Tok Najib yang mahu semua calon bertanding berehat seketika dari berkempen untuk pemilihan UMNO.
Calon PAS Ustaz Wahid Endut cuba memanipulasi isu pemilihan UMNO apabila mengeluarkan kenyataan akhbar semalam mengatakan bahawa perahu UMNOkini sudah retak.Herannya,kalau beliau tidak pernah naik perahu UMNO,macamana pulak nampak ada retak?Biasalah,Pas nampaknya telah ketandusan modal.Isu yang dimainkan,tentang harga minyak dah basi dan tak laku apabila Kerajaan BN telah berjaya turunkan harga minyak.Semalam pulak,Anwar Ibrahim cuba pertahan kemelut dalam Pakatan Rakyat apabila pertahankan bahawa DAP tidak kata tidak mahu laksana hukum hudud sebaliknya hanya mahukan penjelasan dari PAS. Sedangkan kita semua tahu bahawa Karpal Singh sendiri yang kata 'over my dead body!'...jika PAS nak laksanakan hukum hudud di Malaysia.
Apapun,saya harap kempen di Kuala Trengganu akan berjalan lancar dan selamat.Dan semoga BN menang dengan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan