24 Januari 2009

SiKudung Mendapat Cincin

Antara yang menjadi perhatian dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini ialah PKR membidas Lim Guan Eng yang tidak berunding terlebih dahulu dengan rakan-rakan pembangkang sebelum mengisi jawatan penting dalam anak syarikat Kerajaan Negeri dan pengakuan Khalid Ibrahim MB Selangor yang menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimennya Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.

Nampak sangat DAP tidak hormat lansung kepada rakan-rakannya sendiri.kalau kita benarkan mereka ini memerintah Negara,pelbagai kecelaruan akan timbul.Itu belum lagi dengan Karpal Singh yang akan bermatian menentang hasrat PAS untuk laksanakan hukum hudud.Saya percaya PR di Selangor pasti bengang kerana duit Kerajaan Negeri digunakan untuk kawasan Parlimen di Negeri lain.Nampak gayanya mereka ini umpama sikudung mendapat cincin.

Apa yang Kerajaan BN buat,semuanya dianggap tidak betul.Di Felda,adalagi segelintir yang tidak puashati dengan Felda.Sedangkan Felda telah terbukti berjaya membawa keluar beribu-ribu keluarga Melayu dari paras kemiskinan.Bukan nak mengungkit,tetapi sebagai cucu kepada peneroka felda,saya melihat sendiri usaha felda membantu dengan tidak pernah jemu.Kini,sebagai wakil rakyat kepada lebih 5000 keluarga peneroka,saya terlibat secara lansung dengan pehak pengurusan felda untuk mempastikan para peneroka berjaya.Tetapi masih ada juga lagi yang menganggap felda umpama Israel yang menzalimi mereka.Kalau Felda sudah diumpamakan sebagai Israel,bermakna sudah tiada lagi perasaan syukur dalam diri mereka.Eloknya mereka keluar dari tanah rancangan Felda dan beri peluang kepada lebih ramai generasi muda menjadi peneroka.Mereka yang tidak bersyukur ini juga bolehla disamakan umpama kudung mendapat cincin juga.Tidak tahu menghargai apa yang mereka ada.

Sememangnyalah adat dunia,kita hanya akan menyedari sesuatu itu amat berharga apabila kita telah kehilangannya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepimpinan PR memang macam tu..sblum dapat kuasa mahu buat itu mahu buat ini...dah dapat kuasa lupa daratan....pulangkan hak kami sebagai rakyar selangor..

Tanpa Nama berkata...

kepimpinan PR memang teruk...

Tanpa Nama berkata...

Dato'
Posting ini hanya setakat untuk buat perbandingan dan pernyataan bahawa pembangkang pun melakukan kesalahan, tetapi harus diingat bahawa dalam membawa perubahan kepada UMNO jangan sesekali kita berfikir bahawa kelemahan mereka akan kita jadikan kekuatan kepada kita.

Kita harus terus fokus kepada apa yg akan kita lakukan untuk mengubah dan perbaiki UMNO tanpa mengira apa yg berlaku kepada pembangkang kerana jika kita memikir tentang kelemahan mereka dan menganggap kita akan mendapat faedah dari itu, ini akan membuat kita rasa selesa dan mengurangkan usaha untuk berubah dan akhirnya kita merasa kita berubah tetapi sebenarnya kita tidak. Perjalanan untuk UMNO masih jauh-tetapi waktu untuk berubah semakin singkat.

Semoga kita berjaya.

Pink Ants berkata...

saya setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh beranihati diatas.Kita perlu bekerja keras untuk terus mendapat keyakinan rakyat.Saya juga mengingatkan diri saya untuk bekerja lebih kuat.Moga pengorbanan dan perjuangan kita semua diberkati Allah.