18 Januari 2009

Jangan dikenang apa yang sudah berlalu.

Untuk entry ini, saya ingin meminjam sebaris kata daripada seorang blogger yang berbunyi, "macam mana pun kita orang Islam, arah dan kiblat kita tetap sama walaupun bendera parti kita mungkin berbeza".

Sangat mendalam kata-kata ini sebenarnya dan memang tepat sekali mesejnya.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu sudah pun berakhir dan berlangsung dengan aman dan baik serta lancar.

Apa pun, Kuala Terengganu memperlihatkan majoriti penduduk orang Melayu sebelum ini berpecah kepada dua kumpulan iaitu penyokong UMNO dan PAS.

Saya berharap, perpecahan ini hanya bersifat sementara dan hanya dalam bidang politik sahaja.

Jika ada yang mana-mana pihak yang terguris atau termakan hati, marilah kita bersama bermaaf-maafan antara satu sama lain. Rapatkan Silaturahim kita kembali.

Cukuplah dengan poltik, hubungan kekeluargaan dan hubungan sesama manusia yang lebih afdal untuk dijaga.

Tidak ada gunanya jika sebarang rasa tidak puas hati politik hendak di simpan lama-lama.

Selaku salah seorang yang turut terbabit dalam kempen pilihan raya bagi pihak UMNO, saya pun sedih dengan hasil keputusan semalam.

Namun, biarlah. Itu adalah kehendak penduduk di Kuala Terengganu. Kita hormati hak mereka.

Cuma di pihak UMNO, saya rasa kita perlu melakukan post mortem yang benar-bear terbuka untuk mengetahui apakah punca sebenar kekalahan itu.

Apakah UMNO semakin ditolak orang Melayu walaupun ia berusaha untuk berubah, jika ya, apakah perubahan yang perlu dilakukan lagi?

Penyelesaian punca itu perlu dibincangkan secara terbuka dan tanpa berselindung sama sekali.

Saya yakin, masyarakat Melayu bukan menolak UMNO sepenuhnya. Mungkin ada beberapa kesilapan atau penyakit dalam parti ini yang mereka tidak gemarkan. Mungkin mereka mahu mendera UMNO ke satu peringkat bagi melihatnya berubah.

Justeru, marilah kita lihat, perhati, amati dan dengar apa yang mereka hendak itu.

Insya-Allah kita mungkin akan menemui penawarnya nanti.

13 ulasan:

NOBISHA berkata...

I wish it is as simple as what you have stated. However, please take a look at what ordinary people say about UMNO in my blog http://nobisha.blogspot.com

I am an UMNO member and a strong supporter. I am expecting no less than major reform in the party.

Lets give Dato Seri Najib a maximum of one year to carry out the necessary reform.

Thanks

p.s. I have listed your blog in my blogroll. TQ

Tanpa Nama berkata...

Salam Yb Dato'.....
saya setuju dgn pepatah diatas tapi harus diingat kita perlu mengenang perkara lepas untuk dijadikan pengajaran masa depan....

terus usaha ...

Tanpa Nama berkata...

post mortem perlu dibuat keatas jentera UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk sayap-sayap parti yang begitu ketara "HANCUR" adalah punca kepada kekalahan di KT..terima lah hakikat ini dan oleh kerana demikian maka UMNO perlu muhasabah diri..

Tanpa Nama berkata...

post mortem lagi

lagi lagi post mortem nak muntah lah wei...

cukup-cukuplah buat post motrem

Tuan Doktor UMNO selama 22 tahun dah beri sebab dah pasal apa UMNO di tolak rakyat.

PEMIMPIN PERASUAH tu ler sebabnya

Jika najib tak berani nak singkirkan pemimpin perasuah 2013 lingkuplah UMNO

dato berilah komen pasal LCCT labu nak dgr sgt dato komen isu yg penting...

takkan komen pasal MEREKALH PEJUANG SEJATI...aiyoo ini ke standar pemimpin puteri..malu lah wei..

drputera

Waris Pahang berkata...

Jangan Putus Asa

budakjengka berkata...

Kemenangan PAS di Kuala Terengganu menunjukkan kebenaran kerajaan dari segi pengundi hantu dan juga penipuan kertas undi itu adalah tidak benar belaka....

Tanpa Nama berkata...

Mana taknyer.. kebanyakan orang UMNO yang datang, lebih berminat utk berkempen. Cuit puteri sana, cuit puteri sini, minta kempen utk Mac nanti, (ingat x Dato'?).. Orang lain pun bertanding jugak Ketua Puteri, tapi masih boleh ketepikan agenda peribadi, utk pastikan agenda parti mendahului segalanya. Datang program orang lain, enterframe depan media,..Mmmm.. Lembu punya susu, sape le agaknyer dpt nama ye (tolong jawab Dato').. Nasib ler saya ni xde kepentingan dlm UMNO, boleh melihat semua calon / pemimpin umno dari segenap sudut. Sebenarnya,kan.. Yang nak bertanding ni, x layak bertanding ketua Puteri, depa layak bertanding kat festival filem jerk.. sume pandai berlakon, depan kamera lain, belakang jadi lain, bagi ucapan lain, tapi tangan dok meraba nak bagi duit kat perwakilan.. Yennadeyyy.. UMNO, UMNO, UMNO... Pening aku tgk gelagat depa...

ababina 328 berkata...

Sedih juga saya membaca blog Shahaniza Samsuddin, Jangan dikenang apa yang sudah berlalu dan UMNO Perlu Berubah

Dia tercari-cari bagaimanakah caranya untuk mengubati UMNO yang sakit tenat, puas sudah dukun menjampinya sampai penat-penat, pawang pun dah nak berehat, agaknya tak jumpa ubat .

Dicari pula tabib, juga tidak serasi, lalu di panggil pula Doktor gigi, dikerat sana dibedah sini, dicucuk sana, dikorek ari-ari, pesakit sampai terkencing berlari, tetapi penyakit tersebut tidak juga mahu pergi .

Sebenarnya wahai orang-orang UMNO, sesungguhnya sakit partimu itu, tak leh nak buak guano, semuo caro yee dicubo tidak berguno, kecuali........................ dibiarke kalah dulu baru ado makno .

Setelah beberapa tahun kalahnya, maka tiada lagi orang yang ingin bersamanya, pemimpin yang dulu rapat entah kemana, kerana UMNO tidak boleh memberi kesenangan kepadanya,
maka jauhkanlah diri darinya .

Diketika itu, barulah dicari pemimpin yang betul-betul ikhlas, yang berjuang bukan untuk dibalas, juga bukan untuk wang kertas, cuma mahu duduk diatas .

Tetapi memanglah bukan mudah untuk mendapatkan pemimpin yang sebegitu, kerana masing-masing yang ditawarkan akan membisu, almaklumlah bebannya berat seperti batu,
begitulah falsafah orang dulu-dulu .

Bukan seperti pemimpin sekarang, lambat ditawarkan masing-masing menyerang, supaya menarik perhatian orang, silap haribulan pecah tembelang, barulah duduk terawang-awang, mulalah menyalahkan orang .

Diketika itu kontraktor tidak mahu menjadi pemimpin UMNO lagi, kerana asyik menghitung untung atau rugi, masing-masing menolaknya atas alasan tersendiri, maklumlah tidak mahu keluarkan duit poket lagi .

Munkin guru-guru atau giri-giri boleh menabur bakti, menjadi pemimpin dengan seikhlas hati, supaya mudah untuk ahli mengikuti, tiadalah lagi perasan iri hati, barulah rakyat tidak akan rugi .

Maaflah saya bukan mengejek atau mengata, kerana saya pun orang melayu juga, kalau cubit paha kiri sakit, paha kanan pun turut terasa, barulah kita boleh pulihkan UMNO semula .

Eh, saya sudah terlupa, semua ini akibat alpa, sebenarnya jangan silap sangka, saya bukan penyokong UMNO seperti yang dikata, walaupun saya bukan musuh seperti yang dijangka.


Sekian terima kasih untuk kali ini, semoga kita boleh berjumpa lagi, kalau pun tidak setiap hari.

Pink Ants berkata...

Membaca komen-komen diatas,membuatkan saya tersenyum..nobisha dan dr putera misalnya jelas menaruh harapan yang tinggi kepada 'Puteri' secara amnya..terimakasih atas pandangan. Tetapi saya perlu juga menjawap sedikit tentangan komen anonymous tentang kononnya ada calon ketua puteri yang menjadikan ajenda peribadi mengatasi ajenda parti.Sebenarnya perkara ini tidak akan diperkatakan jika pilihanraya kecil KT tidak diadakan hampir dengan tarikh pemilihan UMNO.Itulah kita,banyak sangat buruk sangkanya.Kita lupa dalam pilihanraya kecil,semua program adalah program parti,bukan program orang itu atau orang ini..kita hadir menunjukkan sokongan dan ada ketikanya ia kebetulan mendapat liputan media..biasalah,orang kalau dah tak suka,setiap langkah akan dianggap salah.suka melabel orang salah selain dari sama-sama bermuhasabah untuk memperbaiki kelemahan.Kerja baik yang dibuat dibelakang tabir selama ini tidak lagi dinilai. Menegur sapa rakan-rakan pula dianggap melobi atau berkempen..semuanya serba tak kena dimata.Pemikiran sempit beginilah yang merosakkan parti.Pemilihan sepatutnya dilihat dan ditangani secara positif bagi memberi peluang kepada akar umbi untuk memilih kepimpinan..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha. Kelakar.. Memang puteri pandai bermain wayang. Memang dtg ke KT atas tiket parti, dan pemilihan pula hampir tarikhnya. Bukan berkempen dikatakan, siap ada puteri bawahan yang tak puas hati hingga mengeluarkan kata2 'maaf kak, saya tgh kerja, xde masa nk dgr pasal pemilihan'.. hehe, malu tau, ramai puteri2 dari bahagian lain tau psl citer nih.. xpelah.. x mengaku pun xpe, yg jelas, ramai dgr dan menjadi saksi peristiwa yg memang sgt mengaibkan tuh.. huhu.. agak2nya, skrg ni, 1 malaya dah tahu.. kisah benar, Dato'. Bukan mencari salah, atau menabur fitnah. Saya adalah pemerhati politik. X dpt apa2 kepentingan pun. Yg penting, gerakan sdg dijalankan, utk Mac ini. Pemimpin2 yg bergelumang dgn 'politik wang' semasa pemilihan lalu, akan kami 'telanjangkan' di hari pemilihan.. bersama dgn bahan bukti dan saksi2 yg hanya menunggu masa utk tampil semasa mesyuarat nanti. Tsunami UMNO akan berlaku kali ni, utk memberi pengajaran kpd hantu2 politik, jauhi UMNO skeiranya mereka hanya menjadi kulat dan parasit yg bakal membunuh UMNO. Kepada mereka yang berminat menyertai gerakan ini, sila tinggalkan email utk dihubungi. Tetapi ini hanya utk mrk yg tidak ada jawatan dan kepentingan dlm politik, yg mmg benar2 ikhlas utk mempertahankan kesucian UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, UMNO akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan UMNO akan kalah pada PRU 13. Selepas itu UMNO akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada UMNO kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.
- petikan penulisan Tun Dr. Mahathir.. memang benar apa yg Tun katakan. Tapi, katalah apa pun, mereka yg bergellumang dengan politik wang, tetap mengatakan mereka benar, tetap berpura2 seolah2 mereka tidak terlibat sama, mmg menjijikkan! Menjual maruah anak bangsa sendiri, menggadai masa depan anak bangsa! Mereka2 ini harus disumpah, agar keturunan mereka dilaknat Allah S.W.T.

Pink Ants berkata...

Wallahua'lam...hanya Allah taala yang Maha Mengetahui apa yang terkandung didalam hati hamba-hambaNya.

Malay Bodoh berkata...

masih rabun. tak nak bukak mata. tak tahu bukak mata. mata dan hati tak terbuka langsung.