Wanita berisiko tinggi menghadapi masalah tekanan jiwa.
Tinjauan Kementerian Kesihatan kali kedua pada 1996 mendapati, golongan wanita mencatatkan 1.5 kali ganda mengalami masalah tekanan mental berbanding lelaki.
Golongan yang menghadapi masalah tekanan mental ini lebih tinggi di kalangan wanita yang berumah tangga berbanding mereka yang belum berkahwin.
Selain itu, wanita berstatus janda juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan masalah seumpama ini.
Kematian suami dan bercerai juga antara punca yang menyebabkan seseorang wanita menghadapi tekanan mental.
Tekanan mental ini timbul ekoran konflik yang dihadapi akhirnya menimbulkan tekanan emosi.
Jika diteliti, antara faktor yang menyebabkan wanita menghadapi tekanan ialah bebanan kerja yang terpaksa dipikul sama ada di pejabat mahu pun di rumah.
Di rumah pula, bebanan yang dipikul ini timbul ekoran pengagihan tanggungjawab rumah tangga yang tidak seimbang antara suami dan isteri.
Cuba kita renungi, meskipun seseorang wanita bekerja, tetapi apabila pulang ke rumah, mereka terikat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Perlu diingat, meskipun suaminya berkemampuan untuk meringankan kerja-kerja rumah dengan menggajikan pembantu rumah, ini tidak bermakna tugas hakiki seorang wanita tamat di situ saja.
Adakah wajar tugas mendidik, membimbing dan mendisiplin anak perlu diserahkan kesemuanya kepada pembantu rumah?
Sama ada seseorang wanita itu bekerja atau sebaliknya, tanggungjawab mengurus suami, mendidik anak, pembina rumah tangga, memikul tugas di pejabat dan mengekalkan keharmonian rumah tangga bagaikan tugas mutlak wanita.
Justeru, bebanan yang berlebihan ini dilihat tidak adil kepada wanita.
Persoalannya, jika wanita mampu dan sanggup membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga dengan mengambil keputusan bekerja, mengapa lelaki tidak turut sama dalam membantu tugas mendidik anak-anak?
Tidak cukup dengan itu, fitrah semula jadi wanita yang mengalami proses biologinya turut berperanan sebagai faktor menyumbang tekanan.
Ini termasuklah perubahan hormon seperti pusingan haid, mengandung dan melahirkan anak.
Bagaimanapun, kesemua ini banyak bergantung kepada sikap suami yang kurang memberi sokongan dalam setiap usaha yang dilakukan isterinya.
Bertepatan dengan pepatah ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’ hanya suami yang benar-benar memahami dan menyelami senario ini tentu tidak akan membebankan pada pihak isteri sahaja.
Sebaliknya, mereka akan bertindak lebih adil dengan memikul tanggungjawab bersama-sama demi untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh isterinya.
Laporan berhubung masalah sosial dan keluarga bermasalah yang dirujuk kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mendapati golongan bapa yang tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dikenal pasti sebagai sebahagian punca utama masalah dan kepincangan dalam institusi kekeluargaan.
Tidak dinafikan, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada permasalahan ini seperti tekanan di tempat kerja, masalah kewangan, kebosanan dan sebagainya menyebabkan suami hilang pertimbangan.
Kesannya, mereka sanggup melepaskan geram atau perasaan marah kepada isteri hingga mencetuskan tekanan perasaan kepada isteri.
Lebih mendukacitakan, wanita tidak hanya menanggung penderitaan fizikal malah emosi ekoran timbul pelbagai masalah dalam keluarga yang membabitkan anak-anak.
Bagaimanapun, ulama Mesir terkenal, Allahyarham Sheikh Mahmud Shaltut dalam kitabnya; Islam Daripada Kacamata Akidah dan Syariah turut menjelaskan bahawa kewajipan suami dan isteri dalam pembentukan sesebuah keluarga Islam adalah sama.
Dalam menangani hal ini, setiap pihak haruslah memahami dan menyedari tanggungjawab dan peranan yang dipikul atas bahu masing-masing
4 ulasan:
hanya wanita saje bisa mengerti permasalahan dan perjuangan kaum wanita je....
Dato'
1.Sy setuju - fitrah biologi turut memberikan tekanan kepada wanita. Kerana ianya fitrah maka tidak perlulah ianya diungkit.
2.Tekanan dialami oleh wanita berstatus isteri dan juga janda. Bagaimana dengan yg. berstatus andartu? Tak ada tekanan ke?
inilah sebenarnya cuan yang telah ditinggalkan oleh orang-orang tua kita dahulu dalam mendidik anak-anak sejak daripada kecil. membezakan tugas lelaki dan perempuan. namun tugas itu kini sebenarnya tidak boleh dipisahkan bahawa itu kerja ... itu kerja perempuan... sebagai suamiiateri tanggungjawab harus dipikul bersama-sama. apa salahnya lelaki menyidai kain, membasuh pinggan, menukar lampin anak...
apapun saya percaya masih ramai lelaki yang masih mahu berkongsi masalah isteri.
nasihat saya didiklah suami sejak daripada kita mula kenal mereka.
Selamat Hari Lahir buat suami tercinta yang menyambut Hari Lahir Ke 39 semalam....moga terus sukses dunia dan akhirat.
Catat Ulasan