Hari ini rakan-rakan berbangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina.Tahun ini tahun Lembu yang menurut seorang rakan saya,tahun Ong. Harap-harapnya begitulah.Saya tidak melepaskan peluang berkunjung ke rumah pemimpin masyarakat Cina dalam kawasan saya.Rumah pertama yang saya kunjungi ialah rumah Ketua Kg Sungai Jerik.Seluruh anggota keluarga Tok Empat Lim berpakaian serba merah.Sungguh meriah sekali tetapi saya lihat mereka lebih besederhana dalam persiapan menyambut Tahun Baru. Yang menarik perhatian saya ialah frame-frame gambar yang memenuhi dinding. Beberapa keratan akhbar berbahasa cina yang saya fahami adalah ucapan tahniah kepada Mr Lim kerana dianugerahkan PJK beberapa tahun lalu.Begitu sekali beliau menghargai pingat yang pada sesetengah orang hanya pingat kecil yang tidak perlu diwar-warkan penerimaannya.
Sewaktu saya mula-mula jadi wakil rakyat,Tok Empat Lim pada saya seorang yang agak sukar difahami.Saya selalu bertengkar kecil dengan beliau tentang pembangunan di kg Sg Jerik.Tetapi sekarang,kami saling memahami dan menghormati.Bagi saya yang paling penting ialah perpaduan antara kaum yang tinggal di Sg Jerik.Kalau dulu,saya geram kerana kemudahan untuk orang Melayu yang merupakan minoriti sangat kurang,tetapi alhamdulillah kini hasil dari kerjasama tok empat dan saya,surau kg sg jerik sedang dalam proses pembesaran.
Rumah Ketua Wanita dan Ketua Pemuda MCA juga saya kunjungi..tiada menjadi masalah kepada saya kerana mereka juga sudah agak terikut dengan budaya kita orang Melayu.Kueh-mueh yang dihidang ada diantaranya di tempah dari jiran-jiran berbangsa melayu.Kami turut berbincang tentang majlis sambutan Tahun Baru Cina yang akan diadakan 3hb Februari nanti.46 warga emas berusia atas 70 tahun telahpun dikenal pasti untuk menerima angpau.Persembahan kebudayaan dari semua kaum juga dirancang.Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan perpaduan antara kaum di Sg Jerik akan terus dapat dikekalkan.
Kepada semua rakan berbangsa Cina,saya ucapkan Selamat Tahun Baru dan Marilah kita bersama-sama mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara sepertimana semangat yang terkandung didalam Kontrak Sosial yang telah dipersetujui dan diperakui oleh nenek moyang kita dahulu.
3 ulasan:
Assalamualaikum YB..kami mencadangkan untuk mengadakan Seminar Beladiri Wanita kepada Pu3 Umno.Dikendalikan oleh bekas juara silat dunia Master Ruzaidi Abd Rahman. Mudah dan berkesan. Kami juga menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional.Harap dapat bekerjasama. Layari ruzaidiabdulrahman.blogspot.com.
TA Rithaudden minta puteri dibubarkan krn menjadi punca politik wang. Tak kan berdiam diri sahaja/ Baca posting dalam blog saya. Salam
bolehkah orang-orang politik tidak terlalu politiking sesama mereka dalam parti? yang berlaku ketika ini adalah politiking yang keterlaluan. P036 salah satu sebab kekalahan adalah 'cah keting'
politikus tidak menyenangi sesama sendiri kerana kepentingan diri melebihi kepentingan parti. jika mereka ini tidak sayangkan umno, haruskah kita ahli biasa ini menyayangi umno lagi?
kenapa perebutan jawatan dalam bahagian menjadikan permusuhan yang abadi antara tokoh politik itu. ini berlaku di serata bahagian. jadi, jika pemimpin sendiri tidak sayangkan parti janganlah mengajak kami menyayanginya lagi. mungkin ini akhir untuk hayat umno.
Catat Ulasan