29 Januari 2009

Mengapa saya tidak bersetuju Puteri UMNO dibubarkan?



Tidak ada angin, tidak ada pokok bergoyang, tiba-tiba timbul cadangan agar Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta Biro Putera dimansuhkan kerana membawa kepada permasalahan politik wang?

Bagaimana dalam Putera yang tidak ada sebarang proses pemilihan boleh berlaku politik wang?Apakah pula rasional untuk Puteri UMNO dimansuhkan?
Dan bagaimana kewujudan Puteri menyumbang kepada politik wang?

Adakah ahli-ahli Puteri terlalu muda dan mereka tidak sepatutnya berpolitik dan sebaliknya hanya menumpukan kepada pelajaran semata-mata?

Atau politik hanya untuk golongan yang sudah berumur? Tidakkah ini merendahkan tahap pemikiran dan kemampuan ahli-ahli Puteri.

Ramai ahli poltik dan ahli Puteri hari ini adalah golongan muda profesional, i.e. mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Mereka mula meminati politik mungkin sejak zaman persekolahan lagi. Jadi tidak timbul la persoalan hanya perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata dan harus berada jauh dari politik.

Ramai yang berjaya dalam pelajaran walaupun bergelumang dengan politik.Berpolitik bukan sesuatu yang bersifat mandatori, ia adalah pilihan. Ramai yang memilih untuk berpolitik dan meneruskan pelajaran dan akhirnya berjaya.

Pada hemat saya, jika seseorang itu terkandas dalam pelajaran kerana terlalu aktif berpolitk, maka individu itu adalah seorang yang memang tidak pandai merancang hala tuju hidupnya dan mungkin akan tetap gagal dalam pelajaran walaupun tidak aktif berpolitik.

Soal politik wang pula, rasanya Puteri paling sedikit dikatakan terbabit dalam isu politik wang. Selama ini isu itu banyak dilihat berkaitan dengan pemilihan di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi.

Bila wujud persoalan Puteri perlu dibubarkan kerana politik wang, ia memberikan gambaran seolah-olah akar umbi segala permasalahan politik wang dalam UMNO adalah oleh Pergerakan Puteri.

Tidakkan ini boleh ditafsir sebagai cuba melarikan diri daripada isu yang sebenar? Memindahkan kesalahan ke bahu orang lain?

Selama ini juga kita diajar bahawa pengkhususan adalah satu kaedah terbaik untuk memajukan perniagaan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Melalui kaedah pengkhususan, maka sesuatu aspek atau perkara itu boleh diberikan penumpuan yang sepenuhnya. Ia memahirkan dan memperkayakan pengalaman dalam sesuatu perkara itu.

Justeru, tidakkah kita melihat kewujudan Puteri dan Putera atau Wanita dan Pemuda adalah satu bentuk pengkhususan.

Tidakah ini menjadikan UMNO secara tidak langsung peka dan mewujudkan satu bentuk mekanisme yang membolehkannya memberikan penumpuan kepada semua lapisan dan segmen ahli dalam parti.

UMNO mewujudkan pengkhususan bagi memastikkan semua lapisan ahli diwakili secara saksama. Tidak ada mana-mana kelompok yang tertinggal.

Melalui pengkhususan ini, program-program atau pendekatan yang bersesuaian dengan usia dan kehendak jiwa setiap kelompok ahli dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh serta lebih kerap.

Mana yang lebih baik, bergerak dan memberikan perhatian dengan kaedah pengkhususan atau secara longgok.

Dan tidakkah kewujudan Putera dan Puteri juga secara tidak langsung memberikan penghormatan dan mewujudkan platform yang kukuh kepada golongan belia di negara ini.

Bukankah ini antara kaedah terbaik untuk mengetengahkan kedudukan serta bakat-bakat belia. Jika ini pun dirampas, semakin kecil platform belia di negara ini.

Apa pun, Puteri UMNO hari ini mewakili golongan muda yang benar-benar yakin dengan perjuangan UMNO.Puteri UMNO bukan budak hingusan yang tidak matang dalam berpolitik.

Aspirasi dan suara orang muda yang diwakili Puteri telah memberi impak serta satu fenomena baru kepada politik tanah air.

Membubarkan Puteri UMNO bukanlah cara untuk membanteras politik wang malah ia akan menjauhkan lagi golongan muda dari bersama-sama dalam perjuangan UMNO.

Puteri harus terus diberi semangat dan kepercayaan oleh pucuk pimpinan dan bukannya dimansuhkan setelah kami membuktikan komitmen kami kepada parti sejak dari awal penubuhan lagi.

Kami mahu bertindak selaku pelapis kepimpinan kepada parti UMNO ini.

Mungkin Pengerusi Lembaga Disiplin serius mahu melihat pembubaran ini, mungkin juga beliau hanya mahu mengingatkan para generasi muda agar menjauhkan diri daripada politik wang.

11 ulasan:

toksetiu berkata...

tak patut cadangan tersebut..UMNO jangan mudah menari dengan gendang Perang dan Ugutan kosong pembangkang sehingga sanggup membunuh anak sendiri'

from toksetiu. blogspot. com

Tanpa Nama berkata...

YB... Saya bersetuju juga dengan pandangan YB.. Ya putri masih muda dan majoritinya lepasan sekolah perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari para senior..masalahnya akan timbul pabila salah didikan dan panduan dari mentor mereka.. Apa pun terpulanglah kepada pemimpin kita semua demi untuk memulihkan parti umno yang semangkin bercelaru ni....Tapi pandangan YM Tg Ridthaudin pun perlu diambil kira, di pertimbangkan dan di bincangkan dengan panjang lebar juga...... Cuba think outside the box... mungkin ada hikmahnya..

Tanpa Nama berkata...

Salam,
bacalah juga posting terbaru saya. saya yang kecewa kepada UMNO yang sedang tenat..
SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT
http://spu-bloggers.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

spu-blogger.. Saya sgt setuju dgn pandangan tuan tetapi utk keluar parti jgn sekali-kali. Saya juga terlibat secara langsong dalam pemilehan Bahagian baru-baru ni.. Betul lah umno sungguh teruk, tapi Jgn marahkan tayar pancit, nak dibakarnya kereta.. Masih ada ruang utk umno berubah, masih ada lagi pemimpin yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Konsep ini perlu di pertunjukkan dengan jelas oleh pimpinan Putri kepada ahlinya supaya tidak timbul isu putri yang setahun jagong juga terlibat dalam isu-isu yang mengecewakan. Putri senang di bentuk kerana rebung masih muda, dan tidak banyak onaknya. Cadangan untuk bubarkan sayap adalah kerana persepsi rakyat kepada umno sangat negatif termasuk putri. Justru itu tanggung jawap amat berat pada pemimpin putri menangkis persepsi buruk ini

Tanpa Nama berkata...

Mantapkan lagi UMNO sebelum lesu bertukar lebur. UMNO perlu terus mantap!Dan di dalam proses pemantapan ini janganlah dikorbankan Puteri & Putera UMNO yang seolah cuba dijadikan "kambing hitam" bg sesetengah pihak yg gagal mencari punca kenapa sokongan terhadap UMNO kian merudum..

Tanpa Nama berkata...

Salam, kak sha. Apa pendapat kak sha tentang cadangan baru2 ini agar calon2 yg bertanding berkompromi? Saya tidak menyebelahi mana2 pihak yg ingin bertanding, kerana pada pandangan saya, setiap calon ada kekuatan dan kelebihan masing2. Cuma, bukankah YB Rosnah dan kak sha telah mempunyai jawatan di dalam kerajaan? Bukan saya ingin menafikan ketidakupayaan akak2 berdua, tetapi di dalam situasi sekarang ini, di mana UMNO dan Puteri itu sendiri, memerlukan seorang ketua ynag benar2 boleh memberi tumpuan dan komitmen 100% utk menerajui puteri, bagi mengembalikan integriti dan menyuntik semula semangat jati diri dalam setiap ahli Puteri. Bukankah lebih molek kalau sekiranya ada yg memberi laluan kepada mereka yg tidak mempunyai apa2 jawatan di dalam kerajaan agar tumpuan dpt difokuskan hanya utk menjenamakan semula dan membantu usaha sayap2 lain bagi membaik pulih UMNO? Rasanya kita semua org UMNO tahu, ramalan menjelang PRU 13 kita akan 'habis'. Bukanlah maksud saya menyerah kalah sebelum mencuba. Tetapi, hakikatnya, dlm UMNO, suka menafikan kenyataan. Kita lebih suka bercakap yg indah2 daripada berbincang yang hak dan batil, yg fakta sedang berlaku. Mungkin kelebihan akak berdua mampu membahagikan masa utk 2 tugas, tetapi sekiranya (ini pandangan peribadi saya sahaja, bukan utk mempengaruhi, tapi tolong renung dan fikir2kan utk masa depan puteri) akak2 berdua benar2 sayangkan umno, memang ingin melihat puteri kembali disegani, diakui kehadirannya, pasti akak berdua sanggup mengetepikan agenda peribadi demi parti. Itu kalaulah.. Tetapi kalau akak merasakan, memang tiada jalan lain, teruskan jer hasrat utk bertanding. Rasanya kalau akak berdua berkompromi dan menyatakan akan memberi sokongan kepada bakal ketua akan datang, akak berdua akan lebih dikenang sebagai pejuang, yang sanggup mengorbankan agenda sendiri demi parti. Bukan bermaksud bila akak tidak mempunyai jawatan di dalam puteri, sumbangan idea, kerjasama akak tidak diperlukan. Saya adalah salah seorang yg tidak dan memang takkan menerima sebarang jawatan dalam Puteri. Tetapi, saya antara orang yang akan dipanggil utk membantu jentera pilihanraya setiap kalai ada bi-election / PRU, di peringkat bahagian saya antara yg aktif mengadakan prog utk pu3 bahagian & cawangan, dan saya antara orang yg terlibat dlm pu3 sejak dari zaman penaja lagi. Saya lebih suka memerhati senario sambil membuat kerja. Walaupun saya tidak popular, tidak dikenali dgn jawatan, tetapi ada segelintir yg menghargai saya di dalam pu3, cukup utk saya.Tepuk dada, tanya selera. Saya cuma nak tahu pandangan dan pendapat kak sha shj. Maaf kalau ada yg menyinggung. Wassalam.

Pink Ants berkata...

Salam,saya sedikitpun tidak tersinggung dengan pandangan diatas.Nampak ikhlasnya tetapi alangkah baiknya jika penulis diatas lebih berani dalam bersuara,tidak berselindung dibalik tabir tak bernama.Bagaimana kita dapat dilihat mantap dan dihormati oleh kawan jauh sekali untuk digeruni oleh lawan sekiranya kita suka bersikap lempar batu sembunyi tangan.Saudari mesti berani berdepan dalam menyuarakan sesuatu pandangan.Pemimpin yang baik,harus mendengar dengan berlapang dada dan tidak perlu berasa tersinggung.Bagi diri saya,saya tegaskan saya tidak menawarkan diri kerana agenda peribadi tetapi mengambil tanggungjawab atas kepercayaan rakan-rakan yang percaya saya boleh membawa Puteri kembali ke acuan yang asal.Yang penting kita memberi peluang kepada akar umbi memilih yang terbaik dikalangan yang terbaik.Dalam kepimpinan,tidak timbul isu sesorang itu perlu tumpu 24jam sehari 7 hari seminggu..kepimpinan ialah sesuatu yang dilahirkan secara semulajadi,tidak boleh dibua-buat,menjadi cahaya dalam kegelapan.Seorang yang ada sepenuh masa mungki boleh jadi pengurus yang baik tetapi tidak dalam soal kepimpinan.WE dont manage people but we lead.Apapun,terimaksih kepada saudari yang tidak bernama,saya doakan saudari sukses dan lebih berani dalam perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

tima kasih utk jawapan kak sha. Jelas dan nyta. Buan saya berselindung, jgn cepat buat tuduhan / anggapan melulu, x bagus utk kesihatan menjadi ketua, harus diingat tu. Cuma saya x rajin nak daftar2 nama kat blog mana2.. kak sha pun tau, byk sgt blog kt internet ni, saya suka ikuti perkembangan semua yg berkaitan dgn politik. Kalau nak kenal saya lebih dekat, ni email say :hardlin1978@yahoo.com. Kalau letak no tepon kang, jadi lain plak. Saya agak bz skit, mengikuti perkembangan politik perak. Nanti kita sambung lagi sembang panjang2 yea.. ok, tq

Tanpa Nama berkata...

suka-suka hati je suruh bubarkan. siapa yang ajar politik wang ni kalau tidak mereka yang terdahulu. zaman tan sri dulu pun dah ada cuma tak diperbesarkan oleh media. marah kat nyamuk, nyamuk la yang dibakar. nak bakar kelambu buat apa? mereka yang terlibat, jangan risau. di dunia ni lagi tak kan selamat. sekarang ni ramai dah kena tahan dan dibicarakan kerana rasuah. belum cerita akhirat. rileks la tupai akan tersembam juga ke bumi.

saya tak setuju dibubarkan. sebulat suara???

Pink Ants berkata...

:-) terimakasih hardlin1978..haa...sekurang-kurangnya ada pengenalan diri..kak sha pun bukan nak menuduh melulu tapi sekadar menasehat dan mengingatkan kerana kita ni orang melayu,orang islam..dituntut beri bertaaruf sesama kita....moga hardlin1978 terus mengikuti blog ini...

Tanpa Nama berkata...

yea..dont worry.. saya takde mewakili kumpulan sape / mana2.. itu bukan agenda perjuangan saya. saya lebih selesa underground.. mana yg saya rasa jadi isu di kalangan rakyat, saya suarakan. utk kebaikan umno, x kira le pemimpin tu sape pun, kalau salah, atau tersilap langkah, kita kena tegur, tanya, kan.. semua ni utk kebaikan umno. pemimpin dtg dan pergi, tapi UMNO tetap akan berdiri sehingga berkurun lamanya. Saya x nak jadi org yg kecewa dlm umno, kerana saya tetap sygkan umno, apa pun terjadi. Utk kak sha, teruskan perjuangan, apa pun terjadi, jangan sekali2 rasa sedih hati. Itu adat dlm perjuangan. Yg penting, usaha mesti lbh.. ok?