25 Januari 2009

Pengkhianat Yang Bernama Nasarudin Hashim

(Petikan : http://malaysia-instinct.com/english)

Oleh SHARIFAH ANAMARHAEN

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini adalah satu bentuk penipuan dan pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan

Ia memperlihatkan kepada rakyat tentang keikhlasan sesetengah orang yang mendakwa mereka adalah pemimpin.

Keyakinan kepada perjuangan parti sebenarnya tidak ada pada diri pemimpin jenis ini.

Yang wujud cuma kecenderungan untuk melihat politik tidak lebih sebagai alat bagi menjayakan kepentingan peribadi.

Nasaruddin baru-baru ini tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi FELCRA serta tewas dan pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 beliau diturunkan bertanding kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.

Tindakan Nasarudin yang mengkhianati UMNO dam BN perlu dijadikan satu keazaman untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN adalah institusi politik yang tidak memberi tempat kepada golongan yang tidak setia.

Penulis percaya rakyat akan menolak pemimpin yang bergiat semata-mata untuk keuntungan sendiri.

Pemimpin seperti itu bukan sahaja tidak dapat diterima tetapi tanda tanya kini timbul mengenai matlamat sebenar penglibatan mereka dalam politik selama ini.

Rakyat harus memahami bahawa pucuk pimpinan BN tidak dapat memuaskan hati semua orang. Ini adalah lumrah.

Namun, mana-mana wakil rakyat yang bertanding dengan menggunakan tiket BN dan kemudian melompat ke parti lain, itu perbuatan yang mengkhianati BN

Nasarudin perlu sedar bahawa faktor kemenangannya dalam pilihan raya lalu kerana bertanding dengan menggunakan tiket BN.

Disebabkan itu, tindakan 'melompat' ke parti lawan itu bukan sahaja mengecewakan BN, malah rakyat yang memilih dirinya.

Lompat parti adalah satu perbuatan berpaling tadah - mulanya menyokong sesebuah parti politik dan kemudian sokongan tersebut bertukar arah dan lebih parah lagi, menentang parti asal.

Sekiranya ramai ahli parti bertukar arah, maka dibimbangi jumlah majoriti mengecil atau langsung hilang.

Akibatnya ialah, sesebuah parti politik itu akan hilang jumlah majoriti, yang seterusnya akan mengakibatkan kehilangan mandat atau kepercayaan di dalam Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri

Tindakan melompat parti setelah memenangi pilihan raya bukan sesuatu yang sihat dan patut disokong.

Ini kerana seseorang yang telah dipilih oleh rakyat bukan semuanya atas kapasiti individu tersebut, tetapi sebahagian besar memenangi kerusi tersebut atas kepercayaan atau mandat rakyat terhadap parti politik yang diwakilinya.

Tiket yang diberikan oleh rakyat untuk mewakili mereka tidak harus dipindah milik secara sewenang-wenangnya tanpa persetujuan rakyat.

Walaupun mungkin Parlimen tidak dapat menghalang perbuatan lompat parti, ia merupakan satu pengkhianatan atau pembelotan terhadap rakyat dan satu perbuatan tidak bermaruah.

Yang pasti, Nasarudin perlu jawab di atas segala bentuk pengkhinatan ini!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika parti itu terus dan berterusan menyimpang dari perjuangan, kenapa mesti disokong dan disembah..

raja adil raja disembah,
raja zalim raja disanggah...

saya tidak kata umno zalim, tetapi secara ikhlas, umno sudah lari dari perjuangann melayu....

Tanpa Nama berkata...

hantar je nasarudin tu kat israel...pengkianat bangsa

Pink Ants berkata...

Secara peribadi,saya amat terkejut dengan keputusan YB Nasarudin.Apabila saja membaca berita beliau masuk PKR saya terus menghantar sms bertanyakan kenapa tetapi hingga kini tidak berjawab.Saya harap YB Nasarudin tidak membuat keputusan itu atas dasar kecewa kerana kalah dalam pemilihan Bahagian yang lepas.Mungkin YB Nasa ada alasan yang tersendiri tetapi yang pasti,ianya pasti lebih bersifat peribadi.Saya harap YB Nasa yang saya kenali sebagai seorang yang berperibadi tinggi dapat berlaku adil kepada penduduk dikawasannya Bota yang telah mengundi BN waktu PRU 12 yang lalu.

cekodokmasin berkata...

Salam,
UMNo ni dia orang buat macam pergi makan kat kedai mamak jer. Lepas makan, sendawa, bayar terus balik. Bukan nak ambil tahu makanan tadi bersih ker..? Oh ya.. masuk PKR tu biar senang dapat lembu free selangor ke?

Tanpa Nama berkata...

Secara peribadi, lebih2 lagi dlm keadaan dan situasi sekarang, umno yg memerlukan penjenamaan semula, saya sokong tindakan nasharuddin tu. Cuba pikir, sekurang2nya, dia terus terang menunjukkan pegangan dia. Dia dah mungkin tak mahu lagi membuat 'camouflage' dlm umno. Bayangkan, berapa ribu lagi pemimpin dlm UMNO, yg masih x sedar diri, yg masih x reti2 bahasa, yg masih giler memburu kuasa, yg masih terus-terusan menjadi kulat dlm UMNO, yg bakal menghancurkan UMNO? Bagus, syabas kpd nasharuddin. Biarlah.. org2 UMNO kononnya akan memanggil dia sbg pengkhianat banagsa, tetapi depa yg giler kuasa, bertanding pada mac ni atas sebab kepentingan diri, gilerkan jawatan, lebih teruk dan hina dari nasharuddin kerana terus-terusan menggadai masa depan UMNO, menggadai masa depan anak bangsa sendiri. Sekurang2nya kita tau, apa tujuan dia, mana hala tuju dia. tapi hantu2 yg masih berkeliaran dlm UMNO, terus bertopengkan manusia di dlm UMNO, siapa yg tahu? Dlm keaddan UMNO yg semakin ditolak rakyat, kita berjuang habishabisan utk menjanakan semula pergerakan ini, mereka yg bertanding ketua bagaimana? tetap memburu impian utk jawatan? Bertopengkan UMNO, tapi sama je macam org PAS, talibarut, menjahanamkan bangsa sendiri. Lagi hina, diberi jawatan, amanah, tanggungjwb, tp berebut2 sbb nk nama, kekayaan.Lu pikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Siapakah yang benar-benar setia kepada UMNO? Maaf! Termasuk para pemimpin UMNO yang ada sekarang, hanya kerana kepentingan diri melebihi kepentingan kepada UMNO dan bangsa,agama dan negara. Begitu juga kepada sdr. YB Nasarudin, dan banyak lagi. Cuma ketika ini mereka belum teruji. Jika kepentingan diri mereka diganggu gugat tidak mustahil mereka akan lakukan yang serupa. Saya sayangkan UMNO tapi BENCI KAN SEMUA PEMIMPIN UMNO - HIPOKRIT.

Tanpa Nama berkata...

saya sangat2 setuju dgn 'beranikan hati'... saya juga, sbg org yg sgt2 sygkan umno, benci dgn pemimpin skrg, sume hipokrit.. kalau ada pun yg benar2 ikhlas berjuang, xdelah.. semua sanggup berebut2 kan jawatan, tikam kawan, kawan baik jd musuh, kawan yg dulu menolong ketika kita susah, skrg pun akan jd musuh.. mcm2 lg ler... semua sbb jawatan. bila jd apa2 kat umno, depa dah kaya.. x pun lompat parti, x rugi apa pun.. rakyat gak yg derita

Pink Ants berkata...

Ramai sekali yang buat komen tentang mahukan perubahan dalam kepimpinan UMNO.Pemilihan Mac menjadi perhatian semua pehak termasuk SPRM.Dilihat secara positif,UMNO masih lagi disayangi dan menjadi harapan rakyat untuk menerajui negara,Namun,kita kena positif juga dalam soal memilih pemimpin yang bertanding.Tak semua yang tawar diri kerana nak berebut jawatan semata-mata.Kebanyakannya tawar diri kerana nak berkhidmat untuk parti.Tidak ada siapa yang paksa kita memilih orang tertentu.Namapun demokrasi,buatlah pilihan sebaik-baiknya atas penilaian kita sendiri.Saya sendiri tidak akan berkecil hati jika tidak terpilih kelak kerana itu adalah keputusan perwakilan yang mewakili suara akar umbi.Jika menang,ada tanggungjawap besar yang perlu dipikul tetapi jika kalah,sebagai ahli parti kita ada amanah untuk memastikan agenda parti terus dilaksanakan.