21 Januari 2009

UMNO Perlu Berubah



Banyak pihak kini bercerita mengenai UMNO perlu berubah.

Baiklah, kita terima hakikat bahawa UMNO perlu berubah.

Tetapi, mula sekali, saya ingin meminta kepada pembaca atau pihak yang berkata UMNO perlu berubah, tolonglah juga gariskan beberapa jawapan akan apakah perubahan yang diperlukan itu.

Setakat ini, perubahan yang telah pasti adalah perubahan kepimpinan tertinggi UMNO. Usaha-usaha menangani politik wang juga sedang dilakukan.

Namun, usaha itu agak perlahan, saya akui. Lembaga Disiplin perlu dimantapkan lagi.

UMNO sombong, ini memang perlu sekali diperbaiki. Namun, bukan semua ahli atau pemimpin UMNO bersikap demikian, itu juga harus diakui.

Ramai juga kata UMNO tidak releven di jiwa pengundi muda. Adakah ini benar? Jika benar, UMNO perlu mengorak langkah untuk menarik golongan muda kepada dirinya.

Banyak lagi rasanya kelemahan yang wujud dalam parti ini dan perlu diperbincangkan.

Namun, yang pertama sekali kini ialah kita ini perlu mengakui kewujudan semua masalah-masalah ini dan masalah lain.

Penafian tidak akan membawa ke mana. Umpama kita memegang seekor kucing kurab, tetapi bila orang menegur, kita marah, kita menafikan dengan berkata kucing itu cantik, bulunya lebat, comel, manja dan sebagainya.

Maka, dengan sikap itu tidak akan ada penyelesaian. Kita perlu mengakui kucing itu kucing kurap, selepas itu kita bawa ia bertemu doktor haiwan untuk berubat dan kita jaga ia sehingga ia pulih. Barulah masalah kita akan selesai.

Saya tidak menyaman parti UMNO keramat ini dengan kucing kurap, harus diingat. Apa yang saya berikan itu adalah contoh untuk memahami situasi yang kita berada kini.

Kita harus akui UMNO ada kelemahannya yang mungkin benar atau mungkin persepsi sahaja diwujudkan oleh pembangkang. Ia perlu dikaji secara mendalam

Berbalik kepada apa yang saya kata awal tadi, pihak yang bercakap mengenai keperluaan berubah juga mesti memberikan penyelesaian, jangan hanya bercakap dan mengkritik sahaja.

Ini juga tidak akan memberikan sebarang penyelesaian.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam YB Dato'..

UMNO perlu berubah?

1. Pemimpin perlu diubah.
- pemimpin yg bersih..(ada lagi ke spesis bersih yg nak memimpin UMNO?)

2. Perlembagaan UMNO perlu diubah.
- cthnya sistem pwakilan..

3. Cara UMNO perlu diubah.
- kebanyakan pemimpin UMNO bawahan kena jadi mcm peminta sedekah utk menggerakkan parti, itu mewujudkan sistem barter, kronisme etc.. ...kalau UMNO sentiasa cukup duit, taklah ada masalah2 ini. kenapa UMNO takde duit dlm masa yg sama pemimpin UMNO kaya raya semuanya..

- UMNO masih tiada badan sendiri utk memberi loan kepada ahli UMNO berniaga..(TEkun di bawah kerajaan, bukan UMNO), UMNO masih tiada badan utk memberi biasiswa kpd anak ahli2 UMNO menyambung pelajaran

- Byk benda UMNO takde, tapi dah nak berusia 63 tahun.. (lupa, ada bangunan UMNO...itu pun peringkat nasional, peringkat bhgn.. berperang tak habis2 pasal rumah UMNO)

Untuk mengembalikan kepercayaan pengundi?

1. Yg penting pemimpin baik, UMNO baik & calon pun baik..

2. Pembangkang tu bukannya baik pun..tapi tak baik UMNO lebih dari tak baik mereka..

3. Pengundi sayangkan UMNO & BN, tu yg depa bagi gegaran kuat pd kita, supaya kita sedar..kalau pengundi tak sayang kita, sure mereka tidak menggegar kita..

Pink Ants berkata...

Terima kasih pelangibaru...benda-benda ini yang mungkin kita perlu kumpul dan ambil langkah untuk perbaiki. Harap ada pihak-pihak lain tampil berikan lagi apakah permasalahan yang wujud.

Tanpa Nama berkata...

Dato',
Kalaulah baru sekarang Dato' sedar, alangkah malangnya. Penyakit UMNO makin kronik saat ini. Lama dulu patut pemimpin menyedarinya. Budaya melayu tidak membenarkan kita bersuara dengan jujur, kita rakyat hanya menyampaikannya sebagai kiasan, tetapi pemimpin terlalu bebal untuk memahaminya atau sengaja buat tidak faham.

Sila baca; http://spu-bpogger.blogspot.com
blog Jerantut yang telah tidak lagi dapat membendung perasaan dan mencurahkannya dalam blog. Itu suara ikhlas rakyat.

bungaraya berkata...

Bukankah UMNO telah ada PUTERI UMNO DAN PUTERA UMNO DAN PEMUDA UMNO? Bukankah antara matlamat mereka ialah mengumpulkan sebanyak mungkin generasi muda untuk menjadi ahli UMNO? Fahamilah kenapa generasi Y kata Nobisha, kurang menyertai UMNO? Mungkin terdpt kesalahan yang menyebabkan mereka enggan masuk sebagai ahli kot.
Satu perkara yang sangat jelas juga ialah perbelanjaan pejabat UMNO Bahagian yang dibiayai oleh Ketua UMNO Bahagian. Tambang perwakilan dalam PAU yang tidak diperuntukkan oleh Ibu Pejabat. Pendekata semuanya atas inisiatif oleh perwakilan sendiri atai Ketua UMNO Bahagaian sendiri. Bukankah ini salah satu sebab Ketua Bahagian terpaksa mencari kewangan sendiri? Bukankah ini salah satu sebab kenapa Perwakilan terpaksa "comitted" dengan kehendak Ketua Bahagian?.

Tanpa Nama berkata...

Salah satusebab adalah UMNO adalah parti keluarga. Jika saya ketua UMNO Cawangan, untuk pastikan jawatan saya akan dapat saya sandang selama-lamanya maka saya akan sekat kemasukan sesiapa yang akan mengugat kekuasaan saya. Akhirnya ahli-ahli nanti hanyalah terdiri dari anak beranak dan sudara mara serta kroni saya sahaja. Tidak lagi menjadi hak awam.

Tanpa Nama berkata...

UMNO perlu merakyatkan parti..masalah sekarang UMNO MERAJAKAN parti....

Pemimpin UMNO dah jadi mcm PEMBESAR UMNO zaman kejatuhan empayar Melayu Melaka

Semuanya nak puaskan hati Kepala Pembesar. Bila Negarwan Ulung beri nasihat..MELENTING semua bingkas bangun mencerca sang Negarwan..ada yg kata....Singa Tua. Ada yg kata Jika Jantan kelaurlah PArti. Ada yg nak beradu kekuatan..tgk sapa yg lemah dulu ...

Rakyat lihat. Rakyat Geram. dan Sesungguhnya Kepala Pembesar UMNO tidak pernah berubah....bila Sang Negarawan kata calon tak sesuai...Kepala Pembesar kata...Sang Negarawan sudah tidak RELEVAN lagi...

Sekali lagi Rakyat Lihat dan Rakyat mendengar...dan kesiakian kalinya Rakyat menghukum Kepala Pembesar yg EGO Melangit...

Moralnya PEMBESAR UMNO jadilah pemimpin sebenar....kamu hamba ..rakyat yg raja....ada paham?

drputera

Tanpa Nama berkata...

UMNO tetap dan masih kekal sebagai satu2nya parti yang memperjuangkan agama islam dan mempertahankan hak2 melayu, tetapi pemimpin2 yg menjadi 'hantu' dlm umno harus disingkirkan. Rakyat melepaskan kemarahan pada UMNO sdgkan pemimpin2 yg menerajui UMNO, msh lena beradu, x cukup2 lg mengumpul kekayaan hasil dr mmgang jawatan dlm umno. Sedarlah wahai hantu2 politik, kamu sebenarnya sdg membunuh anak bangsa kamu sendiri. Jgn pikir, dgn kekayaan yg kamu perolehi di dlm umno, dpt menyelamatkan kamu, keluarga kamu. Bila di angkat menjadi pemimpin, kamu menganiaya rakyat, org2 bawahan umno. Berilah peluang kepada mereka yang benar2 ikhlas berjuang utk rakyat, di dlm umno, utk menerajui kepimpinan baru. Mac ini penentu segala, samada UMNO akan bangun gah, dgn imej pemimpin baru, asli, atau msh dipimpin oleh hantu2.. yg kononnya berckp mengenai salah laku politik wang, tp tgn menghulur membeli pencalonan. Ingatlah.. suara rakyat telah bangkit dlm PRU12. Jgn sehingga kamu dimalukan semasa pemilihan Mac ini. Isa Samad kena selps baru je nak merasa selesa duduk di kerusi naib presiden. Kali ni, akan ramai lagi yang akan menjejaki nasib seperti itu. Kita pakat ramai2, tggu hari pemilihan, kita bongkar kegiatan hantu2 yg menjahanamkan UMNO. Biar mereka sendiri merasa malu bukan saja utk menunjukkan diri selepas ini, malah nak menyebut nama UMNO pun mereka merasakan tidak layak kerana perbuatan mereka yang merosakkan UMNO semata2 utk mendapatkan jawatan. Saksikan, nantikan kebangkitan ahli2 bawahan pada mac ini. Ingat! kalau membeli pencalonan dgn wang, jgn sesekali gelar diri pejuang!

Tanpa Nama berkata...

Salam Dato'

Memang betul ramai yang pandai mengata daripada memberi pandangan tetapi kita juga mestilah lebih proaktif untuk mencari kelemahan dan memperbaikinya...Perlu dilihat semasa pilihanraya adakah Puteri mencapi matlamatnya dalam membantu UMNO dan BN...jangan pandai menonjolkan diri sahaja tanpa diikuti dengan kerja yang keras...memang ada yang bekerja tetapi mungkin tidak mencapai atahap kerasnya...lagi satu Dato' selaku orang yang yang awal lagi dengan penubuhan Puteri.....saya harap Dato' ingat pada salah satu MANIFESTO PUTERI IAITU PUTERI UMNO BERTINDAK SEBAGAI "CHECK & BALANCE ATAU PEMANTAU DI DALAM UMNO DAN MASYARAKAT. Oleh itu adalah wajar untuk Puteri mencari dan mengkaji masalah dan kelemahan UMNO untuk diketengahkan ke peringkat Pengurusan Tertinggi UMNO.So apa yang ditunggukan lagi?????

Pink Ants berkata...

terharu saya dengan pandangan dan komen diatas..memang benar,banyak sekali yang perlu dilakukan untuk memastikan BN yang ditunjangi UMNO terus memerintah.Namun,ianya mustahil akan dapat dilaksanakan jika kita masih menuding jari mencari siapa yang salah.Masing-masing ada peranan yang tersendiri..we must go back to basic..menghayati dan menjiwai perjuangan itu sendiri maha penting.Hari ini,jarang sekali diantara kita yang sanggup melakukan pengorbanan demi sebuah perjuangan.apalah ertinya jawatan yang kita sandang kelak jika segala yang ada disekeliling kita telah jadi milik orang..

Tanpa Nama berkata...

Saya terlalu kecewa dengan perkembangan terkini apabila pemimpin masih tidak sedar apa yang berlaku. Masing2 masih rakus untuk merebut jawatan tertinggi parti dan akhirnya apa yang akan berlaku adalah mereka akan memiliki nya tetapi ianya sudah tidak bermakna dan telah musnah.

Apa yang saya nak kata adalah: Sebenarnya pemimpin2 tidak sayangkan UMNO, mereka lebih pentingkan diri mereka sendiri melebihi segalanya. Mereka yang tidak layak jadi pemimpin masih mahu jadi pemimpin. Pemimpin bukan lagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat, tetapi kepentingan diri sendiri. Kerana itu rakyat benci pemimpin UMNO.

Lihat suara blog2 pahang, antaranya:>
http://politik-kampong.blogspot.com
http://spu-bloggers.blogspot.com
http://yangkita.blogspot.com
http://bumiyang.blogspot.com

Ikhlas dari bERANIKAN hATI
http://breaveheart-blogger.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kalau kita benar2 sayangkan UMNO, kita harus berjuang, perangi hantu2 politik yg masih bermaharajalela, terus-terusan menjadi kulat dan menghancurkan UMNO. Sehingga ke hari pemilihan, kita akan terus mendedahkan mereka2 yg terlibat dlm politik wang semasa mesyuarat perwakilan yg lepas. Puas sudah kita merayu kpd hantu2 ini, tinggalkanlah UMNO dgn cara terhormat, tetapi mereka mencabar kita dgn tidak berbuat demikian. Dengan itu, kita akan pastikan, sehinnga hari pemilihan, akan banyak hantu2 yg ditangkap oleh BPR.. Biar keluar 'frontpage' kt suratkhabar. Biar 7 keturunan dia malu, kerana berketurunankan penjahanam UMNO. Kita bagi pilihan yg molek, depa x nak terima.