"The year is almost gone but it has also made us strong. The path was long but we walked it with a song." Itu lah antara ribuan ucapan yang saya terima melalui sms dari semalam hingga pagi ini. Dalam banyak-banyak, ucapan ini adalah antara yang menyentuh perasaan dan minda saya. Secara halus ia mengingatkan bahawa apa sahaja yang telah berlaku dalam tempoh setahun yang lalu, baik suka atau duka, telah walaubagaimanapun menjadikan kita seorang yang lebih tabah dan kuat. Tahun 2007, saya kehilangan ramai yang saya kasihi dan banyak sekali peristiwa sedih melanda keluarga saya.
Namun begitu, 2007 memang banyak mengajar saya. Sekurang-kurangnya tirai 2008 ini dibuka dengan keazaman yang lebih kental untuk merealisasikan impian saya. Impian untuk menjadi insan yang dapat membawa sinar kebahagian dan keceriaan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya.Saya ingin menjadi seorang isteri yang lebih memahami dan menyayangi,seorang ibu yang juga boleh menjadi teman yang baik kepada anak-anak saya,seorang anak yang lebih bersyukur kepada kedua ibu bapa saya, seorang adik yang lebih menghormati abang-abang saya dan menjadi seorang pemimpin yang lebih melindungi serta memayungi anak-anak buahnya.
Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua.
2 ulasan:
mudah-mudah2an segala impian dan harapan dato' akan menjadi kenyataan...
maaf dato', bagaimana pula nasib seorang 'adik' apabila dato' menjadi 'kakak'nya?
Catat Ulasan