18 April 2008

Selamat bertemu kembali

Terlebih dahulu saya mintak maaflah dengan kawan-kawan yang mengikuti blog ini kerana sejak terpilih sebagai calon BN dalam pilihanraya umum yang lalu,saya tidak berpeluang untuk update blog ini. Terlalu banyak perkara dan kejutan yang berlaku kepada diri saya. Kebetulan pula di kawasan tempat saya bertanding masih tidak mempunyai kemudahan laluan internet. Sehingga kini masih belum ada dan saya telah meminta TM untuk menyediakan kemudahan streamyx dikawasan saya yang terletak dikawasan pedalaman di Negeri Pahang Darul Makmur.

Tidak menduga akan jadi calon,saya sebenarnya masih lagi terkejut dan masih dalam proses menyesuaikan diri menjadi seorang wakil rakyat setelah diberi mandat oleh pengundi di kawasan dewan Undangan negeri Kuala Sentul,8hb Mac yang lalu dengan majoriti sejumlah 2967 mengalahkan calon dari PKR. Namun, saya tidaklah begitu gembira dengan kemenangan tersebut kerana 5 negeri di semenanjung jatuh ke tangan pembangkang.

Selepas PRU 12, terlalu banyak peristiwa berlaku. Kekalahan BN menjadi topik utama perbualan semua pehak. Mengejutkan dan dianggap tsunami politik. Pembangkang juga terkejut dan tidak sangkan akan menang. Banyak pengajaran dan bgi saya terlalu mahal pengalaman yang saya sebagai pemimpin muda perolehi dari Pilihanraya kali ini.

Seorang rakan melalui SMS bertanya kepada saya..."Seronok jadi YB?"..Jawapan saya,seronok kerana dapat membantu rakyat tetapi saya musykil kenapa ramai orang sanggup melakukan apa sahaja untuk jadi wakil rakyat. Sejak jadi wakil rakyat sehingga hari ini,saya belum lagi bercuti rehat. Jadual sangat padat. Setiap minggu,hari isnin dan selasa saya khaskan untuk berada di Pusat Khidmat. Hari-hari yang lain dipenuhi dengan mesyuarat dan program.Nasib baiklah suami dan keluarga memahami bahawa sekarang ini mereka terpaksa berkongsi diri saya dengan masyarakat.

Ramai orang bertanggapan hidup sebagai wakil rakyat akan jadi senang-lenang dan glamor tetapi persepsi sebeitulah yang membuatkan rakyat meluat kepada wakil rakyat BN sebelum ini. Sebenarnya kehidupan wakil rakyat tidaklah seperti yang disangka. Kepentingan rakyat menjadi prioriti. Menangani karenah manusi yang berbagai ragam bukanlah suatu yang mudah.

Senario politik hari ini membimbangkan saya. generasi muda jelas tidak lagi memahami serta menghayati semangat BN. Mereka lupa kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dulu. Mereka dengan lantang menolak parti yang memperjuangkan sesuatu kaum. Mereka lupa bahawa negara ini berasaskan kepada perpaduan kaum yang diikat secara persefahaman melalui Barisan Nasional. Olehkerana masa sudah berubah,kita perlu juga mengkaji apa jua bentuk perubahan minda generasi hari ini dan memastikan BN khususnya UMNO flexible dan relevan dengan arus perubahan ini.

Hari ini, saya menerima SMS dari seorang rakan sepermainan sewaktu kecil yang juga seorang pemimpin pembangkang yang menasihatkan saya supaya menjalankan tugas dan membantu rakyat sebaik-baiknya jika mahu dihargai. Saya hargai nasihat rakan saya itu walaupun berbeza ideologi jelas bahawa dia masih sayangkan UMNO dan mahu melihat saya yang mewakili UMNO menjalankan tugas sebaik-baiknya. Itulah bezanya generasi sekarang dengan generasi dulu,kita lebih terbuka dan apa yang kita mahukan ialah supaya suara kita didengar dan diberi perhatian.Mereka juga mahu diberi peluang mengambil bahagian dalam melaksanakan agenda negara. Walaupun saya seorang wanita, saya dapat melihat reaksi dan penerimaan positif golongan muda di kawasan saya. Mereka mahu bersama dan itulah yang akan saya lakukan, mengalu-alukan mereka untuk bersama- sama dengan saya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Berkenaan dengan isu politik semasa, silalah baca wawancara saya dalam Buletin Rakyat keluaran 1 Mei,2008.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam dan selamat datang YB ke DUN N25 Kuala Sentul.Semoga diberkati selalu dan diberi kemudahan oleh Nya untuk saling membantu kami di sini.Wassalam.

Pink Ants berkata...

Really appreciate ur support pbb-j2. 4 me pls be my eyes n ears 4 me to fulfill my duty.