14 Mei 2008

13 Mei - satu iktibar

Sebenarnya artikel ini sepatutnya saya post semalam,iaitu genap 39 tahun berlakunya sebuah peristiwa yang mencatit sejarah pahit negara kita. 13 Mei,1969..saya sendiri belum dilahirkan tetapi yang pasti,tarikh tersebut akan kekal dalam ingatan kebanyakan warganegara bumi yang kita cintai ini. 13 Mei dikatakan tercetus kerana tebalnya sentimen perkauman pada ketika itu. 13 Mei dikatakan menjadi sejarah hitam yang tidak harus diulang jika kita mahu melihat jenerasi akan datang terus hidup aman,selamat dan makmur di negara ini.

Setiap Isnin,saya akan mengadakan dialog dengan penduduk di kawasan saya.Kebetulan,malam Isnin yang baru ni,giliran penduduk Sg Jerik. Saya sampai lebihkurang jam 9.30 malam di Pekan Sg Jerik yang dahulunya terkenal dengan nama Tong Kiat sempena nama seorang cina yang mula-mula menjalankan perniagaan disitu.Masyarakat Sg Jerik terdiri dari berbilang kaum. Majoritinya kaum cina yang pada asalnya meneroka tanah haram dan kini mengusahakan kebun sayur,kelapa sawit dan sebagainya.Diikuti kaum India yang menjadi buruh ladang dan sebilangan kecil orang Melayu yang bekerja disebuah estet berhampiran. Terdapat juga dua puak orang asli dari suku kaum Senoi.

Ketibaan saya disambut oleh pemimpin tempatan,Tok Empat atau Ketua Kampungnya bernama Mr Lim atau lebih terkenal dengan panggilan Loyar. Dewan Orang Ramai Pekan Sg Jerik dipenuhi dengan penduduk pelbagai kaum.Namun,program berlansung secara dwi bahasa. Kaum cina berdialog dengan saya dalam bahasa tionghua dengan Tok Empat dan Madam Tan Ketua wanita MCA bertindak sebagai jurubahasa. Apa yang hendak saya ceritakan di sini ialah,bagaimana perasaan saya ketika itu sebagai seorang Melayu. Sebagai wakil rakyat,setiap permasalahan mereka akan saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya tetapi cara mereka mendesak saya melaksanakan seolah-olah saya ada hutang yang sangat besar dengan mereka. Tapi apa boleh buat..sabar ajelah melayani kerenah mereka ini. Namun,bagi saya,mereka ini perlu juga sekali-sekala diajar tentang batas dan sempadan.

Teringat saya ulasan Leon Comber penulis buku Peristiwa 13 Mei yang diterbitkan oleh IBS Buku Sdn Bhd pada tahun 1985,bahawa dari segi tradisinya,orang-orang cina mempunyai sikap yang kurang menyenangkan terhadap semua orang asing. Mereka sentiasa memandang rendah terhadap orang-orang Melayu dan mengkritik orang Melayu sebagai pemalas,mundur dan suka berhibur.Hmm..walaupun dah lama merdeka,saya kira persepsi ini masih ada dalam diri mereka.Pada malam tersebut,misalnya,Madam Tan bertindak mewakili kaum ibu melayu memohon kepada saya pergi rombongan ke Langkawi. Alangkah malunya saya,kaum lain membuat permohonan perkara yang lebih berfaedah tetapi orang kita dimintanya agar dihantar melancong! Permintaan itu saya tolak sebaliknya saya gantikan dengan peruntukan membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan masyarakat Melayu sewaktu kenduri-kendara.

Semalam,seharian pula saya meneliti permohonan rumah-rumah kos murah. Kaum cina mendominasi permohonan dan semuanya mendapat sokongan penuh Ketua Kampung. Itulah kelebihan mereka,dalam setiap keadaan,mereka akan bersatu demi kepentingan mereka bersama. Sewaktu banjir melanda misalnya,banyak sekolah mengalami kemusnahan dan kerugian terpaksa menunggu peruntukan dan kos membaikpulih daripada kerajaan,tetapi SJK Cina Sg Jerik,tidak perlu menunggu lama kerana mendapat sumbangan segera akhbar Nanyang Siang Pau. Begitulah juga halnya kalau kita lihat PIBG Sekolah Kebangsaan dengan PIBG SJKC.. mereka menyedari hanya pendidikan yang akan meletakkan bangsa mereka diatas..sila baca buku bertajuk "Malaysian Chinese Contribution". Pada mereka,DEB yang dilaksanakan selepas Peristiwa 13 Mei,hanya menguntungkan orang Melayu sahaja. Disini,saya terpanggil untuk menyatakan bahawa,sejak dulu,ekonomi negara kita telah dikuasai oleh kaum cina dan India tetapi Melayu hanya ada kuasa politik sahaja..Janganlah pula kuasa yang satu ini kita ambil mudah dan tidak mahu pula mempertahankannya.

Jangan salah faham,kita bukan mahu bersifat perkauman tetapi kebetulan pula kita mahu menubuhkan Puteri BN,saya kira perkara dasar ini haruslah diperjelaskan dan kefahaman perlu diberi kepada rakan-rakan kita dalam parti komponen yang lain. Jika asas ini tidak dapat difahami,struktur yang akan dibina nanti pasti mudah reput dan goyah.

Marilah kita hayati sebentar tulis Almarhum Tunku Abdul Rahman tentang peristiwa 13 Mei,1969...''Kuala Lumpur telah terbakar..saya dapat melihat dengan jelasnya api menjulang tinggi dari tempat kediaman saya diatas bukit.Saya tidak fikir bahawa saya akan melihat pemandangan seperti itu dalam hayat saya.Sebenarnya segala usaha yang saya curahkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan seronok untuk didiami sejak beberapa tahun ini,dan impian saya juga untuk menjadi Perdana Menteri yang paling gembira didunia telah termusnah juga dalam api itu.."

7 ulasan:

Cik Ida berkata...

Salam maya untuk YB dan semua..

Saya setuju dengan kesan perubahan yang dibawa oleh 13 Mei ke atas kesejahteraan dan juga keseimbangan kehidupan rakyat negara kita. Kerana 13 Mei, maka lahirlah DEB yang mana memberikan banyak peluang dan kemudahan kepada kaum yang tercicir. Tidak salah saya katakan, kesenangan dan kejayaan kehidupan kita, saya dan juga YB serta semua orang adalah hasil daripada DEB.

Tentang penyatuan pula, tidak dinafikan kaum lain seperti Cina sentiasa memelihara perpaduan dan masa depan kaum mereka walaupun berlainan fahaman. Tapi kita yang Melayu ini, agak sukar untuk bersatu-padu, jangankan yang berlainan fahaman, yang dalam satu kelompok pun boleh kucar kacir jugak.

Tak perlu tengok kelompok yang besar, tengok dalam kelompok puteri pun dah cukup. Susah nak bersatu walaupun dengan orang yang mulut kita lancar jer sebut sebagai rakan perjuangan.

Hanya kerana agenda kita sama dengan agenda rakan seperjuangan, sanggup kita menepis rakan kita untuk mencapai impian dengan mengkucar-kacirkan keadaan. Sanggup merantau negeri, meredah kawasan rakan-rakan untuk menjaja kelemahan rakan seperjuangan, mencanang kelebihan diri.

Alamat kalau macam ni lah karenah perjalanan sesama kita, susahlah nak perjelaskan tentang hak dan perjuangan kepada rakan-rakan parti komponen dalam Puteri BN nanti. Macam mana ni YB?

http://www.ilham-dunia.blogspot.com

pelangibaru berkata...

Salam YB,

saya tak tau kenapa, tetapi saya lega setelah 13Mei2008 telah berlalu. Mungkin dgn situasi politik sekarang spt semua org fikir yg sudah2 tetapi kurang fikirkan yg kedepan membuatkan saya risau sendirian..

Semua kaum tidak kira siapa perlu fikir yg terbaik utk semua..Saya tidak dpt bayangkan jika kejadian 13Mei berulang, di pejabat, rakan sebelah meja seorang india, sebelah sana kanan skit cina, depan sana cina, sebelah kiri melayu..kami seronok bekerja bersama2.. adakah persahabatan ini akan hancur apabila semangat perkauman diapikan2 dan menjadi api menjulang tinggi nanti?

faziehana mn berkata...

Bangsa lain bertepuk tangan kegirangan ..tugas mereka menjadi lebih mudah..kerana bangsa kita sendiri..mula meludah dan mencerca sesama sendiri....

Alangkah malangnya..bangsa Melayu..jangan sampai nanti anak cucu merempat di bumi sendiri..dan mengutuk kita nenek moyang mereka yang gagal mempertahankan maruah bangsa...

qalamberbisa berkata...

salam,

peristiwa 13 mei 1969 merupakan peristiwa berdarah yang berlaku dalam negara kita..aku pun sama ngan kak sha masih belum dilahirkan pada ketika itu..makna kata aku memang muda remaja lagi lah ketika ini hahaha..

bayangkan ketika ini kita berperang sesama sendiri..adakah kita mampu tidur dengan lena..makan dengan sedap..walaupun beras dah mahal la ni..hehehe ingat kengkawan kempen 'jom kurangkan nasi' kempen yang menggetarkan jiwa dan seluruh ragaku..

ok aku nak kongsi sedikit cerita..baru2 ni aku pegi memancing di satu kolam pancing ikan berbayar..pegi tengah2 malam..dimana lokasinyer heh heh heh rahsia...aku jumpa satu selebriti yang terkenal ngan hobinya memancing..korang sure tahu kan..kan..ala takkan korang tak tahu..ada gossip lagi bab2 bagi ikan ni..hahaha..sapa2? mawi la..takde apa2 pun citer pasal mawi ni..dia memancing kat situ bukan buat konsert..dia dtg ngan kawan dia tapi bukan ekin makwe dia tuh..PA dia kot..cuma masa tu aku tengok ramailah orang yg memancing..ada satu part aku tengok yg mana bila ada mamat melayu ni dapat ikan yg tolong sauk ikan ni adalah mamat dari bangsa lain..aku tengok alangkah indah jika sikap ini kita praktikkan dimana2 dan bila2 masa saja..saling bantu membantu..

sedikit sebanyak pengalaman memancing ini mengajar kita tentang menghormati diantara satu sama lain..lain bangsa..lain agama..walaupun akhirnya tak de satu ikan pun yang aku dapat..heh heh..dan juga memancing ni mengajar kita erti kesabaran..mana tak nyer pandang joran pegang dan menunggu bilalah ikan nak makan umpan aku nih..dengan nyamuk melingas2 dibadan aku..iskh3x..

so? kengkawan marilah kita hayati erti perpaduan dan keamanan sedalam2 penghayatan..

renung2kan bersama
-adios amigos-

pbb berkata...

Salaam buat semua ,
Ooooo begitu rupanya cerita dibelakang tabir YB dan sejarah Tunku Abdul Rahman ,
terimakasih kerana sudi berkongsi dengan kami.

Tanpa Nama berkata...

Petikan dari blog muslim-melayu-malysia pasal nak jimat kos hidup ,
Berbalik kepada inflasi tadi, kita boleh berjuang bersama-bersama menumbangkan inflasi jika antara lain, kita dapat:

1. Mengamalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam dan mengamalkan diet seimbang.
2. Mengurangkan minum pagi di kedai dan warung kopi. Sarapan ala kadar di rumah.
3. Membasuh baju sendiri seminggu sekali dan seterika baju semua sekaligus.
4. Mengurangkan sewa Astro kepada yang perlu sahaja.
5. Berpuasa pada Isnin dan Khamis bagi orang Islam.
6. Menanam sendiri herba seperti daun kunyit, cili, limau dan kangkung.
7. Mengumpul barangan terbuang seperti tin aluminium dan suratkhabar lama untuk dikitar semula.
8. Berpindah ke kawasan yang berdekatan dengan kemudahan awam dan tempat kerja. Seelok2nya mendiami unit kuarters pekerja jika menyewa.
9. Berhenti kerja sekiranya kos untuk bekerja itu lebih tinggi daripada kos untuk tidak bekerja.
10. Membeli barang pasar mengikut harga patut. Jika mahal, jangan beli dan gesa jiran supaya lakukan yang serupa.
11. Membasuh kereta sendiri apabila benar-benar perlu.
12. Bergunting rambut di kampung. Lebih elok jika dapat belajar menggunting rambut.
13. Mengelak daripada membeli barang yang berduti atau bercukai.
14. Mencaj bateri telefon bimbit dan laptop di pejabat.
15. Mengurangkan pengambilan gula dan makanan manis.
16. Mengurangkan merokok dan minum arak (bagi yang bukan Islam)
17. Memotong rumput laman sendiri.
18. Meningkatkan kemahiran sendiri dan sentiasa mempelajari ilmu baru (servis kereta, potong rumput, gunting rambut, baiki komputer dan sebagainya).
19. Mengimbangi aktiviti santai keluarga; mengurangkan menonton wayang gambar dan melebihkan aktiviti berkelah di taman awam.
20. Memastikan kenderaan (terutamanya angin tayar) sentiasa berada di dalam keadaan baik.

Sememangnya, satu perkara asas yang kita tidak boleh lupa ialah dengan membuat perancangan di dalam segala aktiviti kita. Semakin kos hidup meningkat, semakin tinggilah risiko ekonomi yang kita harus tanggung jika tersilap langkah.

Sekian dan Wassalam.

Pink Ants berkata...

hmm..menarik juga cadangan-cadangan di atas..tq