06 Mei 2008

Sudah la tu weh...

Amboi-amboi,berdentam dentum komen-komen dalam blog ni semenjak isu KPUM dibicarakan. Tidak terniat lansung sebenarnya untuk mewujudkan sebarang pertikaian didalam blog ini. Tetapi lain yang diharap..lain pula jadinya. Saya tiada masalah membaca kritikan,kutukan dan pelbagai pandangan yang diajukan kepada saya samada yang negatif atau positif. Sekurang-kurangnya saya mendapat '1st hand info', bukannya dari mulut-mulut murai yang tidak diketahui dari mana asal usulnya.
Yang saya sedikit kesal,ramai yang mula terikut-ikut dengan emosi..agaknya sebab selama ni tak dapat meluah perasaan kot.Nak kata saya,katalah..tidak luak sikit pun,saya akan ambil iktibar dan perbaiki diri..saranan kawan-kawan yang tidak mahu saya bertanding juga akan dipertimbangkan.Janganlah bimbang...saya maafkan dan sedikitpun tidak berdendam.
Kepada YB Dato' Aza, Dato' Ani dan semua nama-nama rakan-rakan yang tak pasal-pasal dibabitkan dalam ruangan komen,saya mohon maaf kerana saya tidak bermaksud untuk melibatkan anda semua dalam perkara ini. Artikel saya berhak dikomen oleh sesiapa yang mengikuti blog ini namun saya kesal nama anda semua turut terbabit. Kepada rakan-rakan yang menghantar komen,harap selepas ini,kita berhati-hatilah sedikit memilih perkataan.Yang kita kata dan kutuk tu bukan orang lain,tetapi pemimpin kita sendiri. Kita boleh beri pandangan yang membina tetapi janganlah sehingga menyentuh peribadi mereka.
Bagi diri saya,semua mereka mempunyai kredibiliti masing-masing,jika tidak,masakan mereka berada dikedudukan mereka sekarang.Namun,mana ada manusia yang tidak ada kelemahan. Kita bertuah,UMNO mewujudkan Puteri untuk beri ruang kepada kita semua bersuara dan berpolitik. Sebelum ini,sangat kurang golongan wanita muda profesional yang menyertai UMNO. Baru 8 tahun,kita sekali lagi ketandusan golongan ini,lebih-lebih lagi apabila pada tahun ini akan berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli Puteri kedalam Wanita.Itupun kebanyakannya akan hanyut begitu sahaja. Cukuplah kita mengata sesama sendiri....sebagai 'makcik' dalam Puteri,saya merayulah supaya berdebatan isu KPUM ini dihentikan. Malu dibaca dek orang lain.. Ramai kawan-kawan sekolah dan sama universiti dengan saya menalipon saya melahirkan rasa terkejut mereka.Ingatkan Puteri ni secantik nama..tetapi rupanya...Ye lah,jangan salah faham pulak ya..saya hanya memuhasabah diri sepertimana yang disarankan oleh rakan-rakan yang menghantar komen.
Buanglah yang keruh,ambil yang jernih..memang saya tahu banyak lagi yang terbuku tetapi baiklah kita lampiaskan kepada Pembangkang yang semakin kurang ajar mencabar kita. Karpal Singh begitu berani mempersoalkan kuasa Sultan Perak dan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. Marilah kita sama-sama mendesak agar Karpal dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan. Kita juga mendesak Karpal dipersoalkan status kerakyatannya kerana turut mempertikai kan kuasa YDP Agong, dan tindakan tegas mesti diambil kerana Karpal juga semakin berani mempertikai dan menghina kedudukan Islam di negara ini.
Perasaan sesama kita sudah diluahkan...points noted and taken....marilah kita bersatu hati dan tenaga mengembalikan maruah UMNO...bertanding-bertanding juga,jangan pula nanti menang sorak kampung tergadai...Salam Perjuangan!

18 ulasan:

lidah kambing berkata...

PEMIMPIN????? dlm kamus politik: bermaksud pemimpin yg dipilih samada melalui proses perlantikan atau pemilihan
PEMIMPIN SAYA??? bermaksud pemimpin yg saya pilih. PEMIMPIN KITA???? bermaksud kita RAMAI pilih
bila kita pilih?? kita ada pilihan ka??

kebayan berkata...

dunia politik tiada sempadan usia. dunia politik tiada garisan masa. tiada tua tiada muda tiada lama tiada baru tiada kawan tiada lawan. jangan takut dilambung ombak jangan rimas dipukul badai. usah terpana pada keindahan usah terpedaya pada kemanisan. yang pasti politik umno perlu perubahan kerana kita sudah dilanda tsunami. yg mati itulah patriot yang hidup itulah wira. beri ruang utk meluah rasa, kerana tajam mata pena(email pakai jari) hanya sekadar menusuk jiwa mengusik raga... tiada akan mati pejuang bangsa

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

Ini lah statement yang dikeluarkan oleh Kapal Sing yang tak tau di untung nih. Dah makin besar kepala la tuh. Maklum la PR bertambah kerusi di parlimen. Dia rasa dia boleh cakap apa saje yang dia suka..Kapal ni mana tau hormat Raja n dia pun tak tau kelebihan & kuasa raja2 melayu nih.. Orang bagi menumpang hidup kat bumi melayu pun tak reti2 nak bersyukur..Dalam parlimen asyik nak buat havoc jer..macam la bagus sangat..

Saya rasa sekali sekala Raja2 kita ni kena tegur Kapal sing dan rakan2seperjuangan nya itu secara terbuka, kita nak tengok setakat mana handalnye dia ni time tuh, baru dia tau siapa raja kita..

Harap semua YB2 dalam PR ni buka la mata tu luas2, cuba tanya diri masing2 tu siapakah sebenarnya Kapal Sing ni...

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR 6 Mei - Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara berterusan mempersoalkan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu melanggar ketertiban pembentukan negara ini yang diamal dan dipertahankan sejak sekian lama.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia adalah negara raja berperlembagaan yang perlu dihormati oleh semua.

“Raja-Raja Melayu ialah lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada negeri-negeri Melayu yang lain. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah payung yang menaungi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

``Kita tidak boleh pisahkan urusan kenegaraan di antara institusi raja dengan Perlembagaan Negara. Ia sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati latar belakang ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di lobi Parlimen di sini. - Utusan.

samsara1226 berkata...

kena sorok bwh karpet lagi ka?pemimpin kena berani mendengar suara org2 dibwah..then u'll speak for 'em!

koman berkata...

nak jadi pemimpin umno alaf baru kenalah kuat jati diri , mesti berani perjuangkan kepentingan akar umbi.. berdiam diri bukan tanda berisi.. tapi menunjukkan pemimpin kita tak punya teliga utk mendengar suara hati dan rintihan rakyat. pemimpin yg berdiam diri bermakna mereka takut kedudukan mereka terancam sebab kedudukan, jawatan dan ruang utk menjadi calon ditentukan oleh pucuk pimpinan melalui proses lobi melobi. setelah jd calon barulah calon melalui proses pemilihan rakyat yg menyaksikan kuasa rakyat sangat besar sehinggakan banyak calon2 popular hilang maruah diri dan masih mau jawatan walaupun dilantik.... padahal rakyat dah tolak mereka secara total. sedarlah ahli umno sedarkan pemimpin umno...

lidah kambing berkata...

karpal singh dipilih rakyat walaupun OKU kerana mulutnya yg senantiasa bersuara mewakili ahli dan rakyatnya. pemimpin umno kena mengubah pendekatan dan cara berpoliyik perlu REFORM!! pemimpin kena berani ambik risiko. jgn tunggu dan lihat but mesti buat langkah PRO AKTIF. jgn ckp NAK BUAT tapi BUATLAH SEGERA...

boygeorge berkata...

halo umno members.... we must seek for LEADERS not MANAGERS. Pemimpin adalah ROLE MODEL. Managers only d model. Leaders can Manage but Managers Can't Lead!!

Sayang SangaT berkata...

salam....

betul tu k Ca...dorang ni kalau nk buruk2 kan org nak salah kan org cepat jer banyak jer idea bab2 tu...apa pun HIDUP KAK CA...HIDUP KAk CA.....

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO ni sebenarnya dah banyak berjasa kepada semua rakyat Malaysia (Melayu, Cina & India). Banyak pendapat kita, perbincangan kita, konferen kita orang UMNO di gunna pakai dan dijadikan polisi oleh kerajaan.Semuanya diambil dan diletakkan dalam pertimbangan semata mata untuk melihat rakyat keseluruhan dan tanah air terbela. Kalau Nak dibilang memang tak terbilang jasa dan pengorbanan UMNO ni memang tak terhitung.

Tetapi kenapa pembangkang buat2 tak nampak semua ni.Sedih betul la..Kerja mereka asyik membangkang jer setiap masa,,,Nampak yang tak betul jer di mata mereka tuh...macam2 kata kat orang UMNO, macam la UMNO or kerajaan ni tak berjasa langsung kepada mereka. Tak de lansung kebaikan kita di hati mereka..Kenapa mereka ni benci sangat kat kita ni...

Boleh tak sesiapa yang ada kat sini yang bijaksana berkata2 tolong jawap sikit..jawab sampai mereka rasa mereka ni sangat terhutang budi & nyawa dengan perjuangan suci murni orang2 UMNO..

Tolong la ek...

Sayang SangaT berkata...

kome ni bukan la aktif sangat bab2 politik ni ...tapi org2 yg dekat ngan kome sumer ada jawatan dlm politik bukan ajk tapi ketua,naib ketua semua yg dekat2 ngan kome..semua berjawatan ...entahlah kome tengok politik ni ada baik ada buruk...tapi apa pun kome doakan semoga awok2 sumer peroleh KEMENAGAN dalam apa yg D kejarkan....

mamajiwangKarat berkata...

aku sokong semua ayat kecuali "makcik"..no makcik la dato..
cuman senior... itu lebih baik....
kalau makcik tu kak pidah betullah tu..

qalamberbisa berkata...

salam...

entahyer korang sumer ni udah2 ler dok mengata..bagi aku dato sha buat blog ni untuk ahli2 puteri atau mana2 pihak sekalipun bagi pandangan untuk memartabatkan lagi Puteri dan orang melayu..ni tak asyik dok kutuk2 jer..makcik ler apa ler..kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "tiada kata secantik bahasa" dalam filem Anakku Sazali dan "bahasa menunjukkan bangsa" dalam filem Seniman Bujang Lapok...apa kaitannyer?? apa kait mengaitnyer kan kan..jadi melayu kalau nak menegur gunalah ayat yang berlapik makna kata sopan la sikit..

memang betul kadang kala guna bahasa berlapik pun dorang tak reti2 bahasa lagi maka terpaksalah guna bahasa agak kasar..yap..korang memang tepatla tapi kenalah juga memikirkan sensitiviti orang lain..depa orang yang kat luar sana memang tengah tunggu masa ja nak hentam kita..bukan takat tunggu masa lagi memang dah kena hentam pun..

waima apa sekali yang berlaku di dalam memilih kepimpinan sewajarnya cara yang paling positif diambil kira..lama lagi weh..mesyuarat cawangan belum mula ni..takut2 ada yang terbarai di tengah jalan nanti..

qalam nak berpesan lah kepada diri sendiri dan juga pada rakan2 yang lain..mana2 pihak yang nak bertanding nanti kalau boleh..tu pun kalau boleh la...bertanding lah dengan menggunakan kebijaksanaan akal dan pemikiran..sekarang ni bukannyer untuk memilih pemimpin yang bersusun Masternyer, PHDnyer, Sarjana Muda nyer..sekarang masa memilih pemimpin yang benar2 boleh bekerja..yang mahu menyatukan Melayu..yang mahu memartabatkan Puteri..yang memperkasakan akal dan minda dan bukan yang mengikut hawa dan nafsu semata-mata..

ada pihak yang dah tanya kat qalam..brape calon yang nak bertanding KPUM? Berapa yer? 5? 6? 4? berapa calon pun terpulanglah..tepuk dada tanyalah selera..kalau rasa diri bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab boleh2 lah menawarkan diri..Generasi Wanita Melayu Muda hari ini mesti berani melahirkan rasa cita dan cinta..

renung2kan bersama
-adios amigos-

tinta maya berkata...

ehem2, menarik benar sekarang ni blog kepunyaan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia ni. Kalau dulu, nak tengok komen yang berderet2, penuh semangat dan ketaksuban memang susah. Tahniah utk YB dan team bloggers kerana berjaya menghidupkan blog ini dengan respon dan persepsi dari kalangan ahli puteri yang mana saya rasakan ianya sedikit sebanyak menunjukkan ketidakcedikan ahli-ahli puteri menzahirkan pendapat yang bersandarkan emosi.

Saya beranggapan bahawa komen-komen yang dipaparkan lebih bersifat matang dan membina serta melambangkan tahap pemikiran yang kritis dari kalangan anda semua, tetapi ianya dilihat menjadi medan untuk mencemuh dan mempromosikan pemilik blog ataupun individu lain.

Saya tertarik dengan komen daripada akupunyasuka yang tetiba saja membandingkan YB Sha dengan Ketua Puteri Negeri Pulau Pinang. Kenapa saya tertarik dengan komen akupunyasuka, kerana saya membayangkan dia ini sebagai antara orang-orang yang menjadi dalang kepada perpecahan puteri dan umno sendiri. Cubalah bagi komen yang membina dari mengecam kepimpinan orang lain, niat YB Sha menulis artikel ini untuk memberi kesedaran dan untuk muhasabah dirinya dan juga kita semua, tapi saya kurang gemar apabila membaca komen akupunyasuka yang secara tiba-tiba mengecam peribadi Ketua Puteri Pulau Pinang.

Bagi saya, semua orang berhak bertanding bagi apa saja jawatan di dalam parti asalkan jawatan itu dibolehkan untuk bertanding. Jadi tidak timbul soal samada YB Sha, Azlina Mehtab atau mana-mana exco/ketua puteri/ ahli puteri lain layak atau tidak bertanding. Berbalik kepada hukum Allah, setiap manusia ada kebaikan dan kekurangannya, jadi untuk akupunyasuka, anda juga berhak untuk memilih siapa yang anda suka, jika tak suka jangan hanya pandai mengecam, kerana sekali kita mengecam orang, belum tentu hanya seorang sahaja yang mengecam kita.

Saya tidak peduli samada akupunyasuka ini ahli puteri atau tidak, tapi sayang sekali sekiranya Puteri UMNO mempunyai ahli Puteri seperti akupunyasuka ini yang hanya tahu mengutuk daripada menjadi pembentuk kepada generasi wanita muda yang bertamadun dari aspek kerohanian dan keperibadian serta pemikiran.

Kepada semua rakan-rakan maya yang lain, kita patut melihat dan menilai tiap patah kita kerana di alam maya ini, tiap patah yang digarapkan mencerminkan tahap kecerdikan kita samada cerdik di minda atau hanya cerdik mereka cerita. Artikel yang ditulis oleh YB Sha ini lebih menjurus kepada masa depan perjalanan puteri, tapi akhirnya menjadi bahan kepada cacian dan pertelagahan sesama ahli puteri. Cerdikkah kita?
Kalau begini, tak salah jika ada banyak lagi komen negatif yang dilemparkan kepada Puteri UMNO yang gah dengan tagline Generasi Wanita Prihatin.

Kepada semua bakal2 calon KAPUM, inlah cabaran kepada anda semua, mengubah persepsi, minda dan keperibadian ahli Puteri yang petah mencemuh sesama sendiri hingga tidak mustahil akan tergadai maruah parti yang suci ini sekali lagi...

-http://ilham-dunia.blogspot.com

blue ants berkata...

Sudah la tu weh.......

Tanpa Nama berkata...

kawan2 klu rupa makcik ni la yg dpt membela nasib puteri ni, kita pakat sokong jela. tak rugi nye.

young&dangerous berkata...

wahai saudari-saudari ku, udah le kutuk2 ni. macam mana org nak hormat kita klu kita berperangai mcm tak p sekolah je. sesungguhnya manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian.
biar lah kita digelar tidak ramai kawan, tidak ramah, nampak sombong, kononnya hanya pandai buat keje je, at least kita tak umpat org, cerca org dan menyakitkan hati org!
dato, kita tak mampu nak puaskan hati sume org tapi jika ada org suka pd kita bersyukur lah kerana masih ada yg sayang.
perjuangan harus diteruskan. walaupun pahit perlu juga ditelan.

TONGEL berkata...

test je