14 Mei 2008

BERSATU TEGUH, BERCERAI KAWIN LAIN..... keh keh keh

AMAT jelas sekali pada Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 62, Ahad lalu, mesej utama yang ditekankan oleh pucuk pimpinan UMNO, tidak lain tidak bukan adalah bersatu memperkukuhkan parti keramat orang Melayu itu.

Ia telah dizahirkan dengan istilah muafaakat, integriti, bersama, berpadu, bersetia, rapatkan barisan dan bermacam-macam lagi yang ditegaskan oleh barisan hadapan kepimpinan UMNO yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama 3,000 ahlinya. Begitu juga dengan lagu baru UMNO yang dinyanyikan buat pertama kalinya pada majlis itu, ia menyorot mesej perpaduan yang amat ketara melalui setiap baris lirik ciptaan Johari Selamat itu.

Walau apa pun istilah yang dilaungkan atau lagu yang dinyanyikan, jelas sekali mesejnya hanya satu iaitu menyatukan semua ahli UMNO sehingga ke akar umbi dan menghindari sikap berpecah belah sehingga melemahkan parti.

Memang tidak dinafikan pada era pasca Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) ini terlalu banyak polemik yang muncul dalam UMNO sehingga berlakunya situasi cabar-mencabar, tuduh-menuduh dan bertikam lidah sehingga membawa kepada wujudnya puak-puak dalam UMNO sendiri. Apabila wujudnya puak dan kem yang menggambarkan perpecahan ini, maka tergambarlah kepada seluruh umat Melayu khusunya generasi muda bahawa parti yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu ini seperti sudah tidak relevan lagi. Ini kerana namanya yang berdaftar pada 11 Mei 1946 adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dalam Bahasa Inggeris, United Malays National Organization (UMNO).

Perkataan 'united' bermaksud bersatu dalam Bahasa Melayu manakala 'bersatu' yang sudah jelas tercatat dalam nama rasmi pertubuhan itu sudah memberi tafsiran amat nyata bahawa tiada puak-puak atau kumpulan-kumpulan sebaliknya semua ahli UMNO adalah satu.

Tetapi situasi yang telah tergambar pada parti UMNO kini adalah berpecahan yang wujud akibat tidak sekata, ego yang tinggi, lupa diri dan terlalu mengagungkan habuan. Dengan sebab perpecahan itu, maka tidak dapat dinafikan bahawa ia melemahkan sesebuah intitusi itu seperti kata pepatah Melayu, bersatu teguh, bercerai akan menjadi lemah dan seterusnya roboh.

Implikasi perpecahan dan kelemahan itu boleh dilihat dengan jelas sekarang apabila musuh-musuh UMNO sudah mula berani mengacah membabi-buta dengan isu perlembagaan persekutuan, kedaulatan raja dan kesucian agama Islam. Malahan rakan karib UMNO dalam Barisan Nasional sendiri pun sudah berani mempertikaikan istilah 'ketuanan melayu' yang disifatkan memperhambakan kaum lain di negara ini atas dasar keistimewaan orang Melayu yang didokong UMNO.

Kepada pihak yang mempunyai persepsi Melayu memperhambakan kaum lain itu, sila buka mata melihat contoh paling mudah-berapa ramai Melayu menjadi pemandu kepada tuannya yang bukan Melayu dan berapa ramai pula bukan Melayu menjadi pemandu kepada tuannya orang Melayu? Justeru, siapa yang tuan sekarang? Adakah ketuanan Melayu itu terlalu menindas kaum lain sehingga ia perlu dicabar selepas semua kaum dapat hidup harmoni selama 51 tahun hasil perjuangan Melayu UMNO?

Sebenarnya sentimen ini tidak sepatutnya wujud, tetapi UMNO sendiri seolah-olah membuka peluang itu dengan situasi perpecahan yang meruncing sehingga generasi pelapis UMNO di dalam Puteri dan Pemuda mula keliru dengan pucuk pimpinan parti. Maka sebab itulah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO kini berhadapan dengan cabaran kerana kebanyakan golongan itu tidak bersama parti. “Kedua-dua sayap parti ini perlu berbicara dengan golongan itu dan menyatakan bahawa perjuangan UMNO masih relevan. Pergi jumpa dan jangan tunggu mereka datang,” katanya.

Sempena Ulangtahun UMNO ke 62 tahuh ini, renungkanlah bahawa peningkatan usia membuatkan kita lebih matang tetapi dari suatu sudut lain usia yang semamin meningkat akan turut juga membuatkan kita semakin uzur.

30 ulasan:

qalamberbisa berkata...

salam,

tajuk "bersatu teguh, bercerai kahwin lain keh keh keh" menarik minat aku untuk meng'komen' sedikit..almaklumlah setelah lama tak masuk disebabkan berada diluar kawasan..cheh macam wakil rakyat pulak..jangan marah yer YB Dato..

aku diantara insan2 kerdil yang turut serta didalam sambutan hari ulang tahun UMNO yang ke 62 tahun..tapi aku kecewa sedikit kerana generasi muda ramai yang tak ada..dengor khabar YB Dato sakit yer masa tu..tu pun bertanya2kan pada kengkawan yang ada..

bersatu teguh, bercerai roboh itulah yang sebenornyer..YB ni dia saja jer kot nak lawak..tapi kan tak ramai yang lepas cerai kawin lain..mungkin serik agaknyer..hahaha

pada aku lah..UMNO yang menjadi parti tunjang kepada BN yang hanya mampu untuk memenuhi janji dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah demi menjaga kepentingan rakyat bukan sahaja sebelum ini malah juga pada masa akan datang..itu sebab betapa pentingnya perpaduan yang kukuh..

apatah lagi dicampurkan dengan terlalu banyak kekalutan dalam landskap politik negara yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang mana ianya diperdebatkan dalam nada, dalam irama, dalam gaya yang agak pedih serta menyentak nilai sedar terutamanya di kalangan orang Melayu yang selama ini dah mula leka...sebab masing2 nak jadi hero..masing2 nak tunjuk lagak..tunjuk dia lah yang paling hebat..kononnyer laaa..

tambahan pula bagi aku dalam senario politik hari ini yang masih lagi hangat menjurus kepada satu hakikat yang kita semua pasti, orang Melayu kini terpisah oleh jurang politik yang melebar luas...dah terlalu besar jurangnyer jadi nak tunggu apa lagi??

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

Salam buat semua ,
Bagi saya ini adalah cuma persepsi masing2 , yalah seperti kata orang putih 'its eiher the cup is half full or half empty ' cuma yang tak kurang pentingnya ialah kita sentiasa rasa bersyukur kerana kataNya 'akan ditambahkan rezeki dan rahmat kepada orang2 yang bersyukur kepada Nya ' . Sekian adanya...

Tanpa Nama berkata...

Yaa Datuk ,
saya pergi da ma cai pun baguss jugak ni.... ada nombor baik taak ??

Pemudi berkata...

Umno nak becerai ke, nak roboh ke yang pasti, aku nampak orang umno memang kaki banyak bini. Tengok jelah Azmi kalid tu, kawin artis lagi waktu bini sakit kanser.

Pu3 tmn tasik berkata...

Betul kata YB tu, kita semua perlu bersatu samada nak kuatkan parti atau nak kuatkan bangsa Melayu sendiri.

Nak menyatukan insan ini bukan kerja mudah malahan nak bersatukan adik-beradik yang lima atau enam org tu pun payah, ini pulak ribu-ribu orang Umno.

Pendapat YB ni memang patut jadi renungan semua ahli putri.

Jangan asik dok bersuka ria sahaja padhal ahli puteri kerap diperlekehkan sebab masih baru.

black-ant berkata...

"Malahan rakan karib UMNO dalam Barisan Nasional sendiri pun sudah berani mempertikaikan istilah 'ketuanan melayu' yang disifatkan memperhambakan kaum lain di negara ini atas dasar keistimewaan orang Melayu yang didokong UMNO".

Saya stuju dengan pendapt diatas kerena kblakangan ini isu kuasa orang-orang Melayu sudah semakin berani dipertikaikan. Sepatutnya kalau dah bersetuju dengan Perlembangaan Persekutuan, bermakna stujulah dengan keistimewaan Melyu tu.

Antara punca hal ini berlaku adalah orang Melayu ni terlalu bersikap mengalah, maka orang bukan melayu pijak kepalalah.

Kalau nak dikirakan ketuanan Melayu, mana ada orang pijak kepala tuannya.

Fikirlah sendiri, selamt harijadi umno.

Tanpa Nama berkata...

Agak berat jugak topik yang dituliskan oleh YB kali ni. Baguslah, ia banyak bagi orang-orang UMNO sedar skit daripada budaya mengampu dan menge 'paw' tu.

Kalu dah nak kawin-cerai tu, memanglah orang pandang negatif, tapi menda tu halal. So biarlah bercerai daripada hidup merana.

Sama juga macam pati UMNO ni, alau dah banyak sangat buat masalah, tak jujur, harap habuan, lebih baik becerai ajer lagi baik.

Tengoklah macam Ibrahim Ali tu, dah bercerai. Tungku Razaliegh pun dulu dah bercerai jugak buat Smgnt 46 (tapi dah rujuk balik dah). Maknanya bersatu memanglah teguh tapoi bercerai tu boleh rujuk balik bilah dah cukup eddah.

Amacam OK tak untuk gantikan dengan YB punya "bercerai, kawin lain" tu?

Seri Dahlia berkata...

Datuk,

Memang ramai orang Melayu yang menjadi pemandu kepada orang bukan melayu, tetapi amat payah untuk melihat orang bukan melayu menjadi pemandu kepada orang melayu. So, tiada lah asas mendakwa ketuanan melayu mengancam kaum lain.

Kalau ada pun, bukan melayu yang menjadi pemandu kepada Melayu adalah sebagai pilot, teksi (tak banyak) driver bas (ada ler skit2) dan sebagai pemandu kenderaan kerajaan.

Dalam knteks ini, bukan sebab Melyu itu terlalu rendah martabatnya sehingga jadi pemandu kepada bukan melayu, tetapi adalah kerana Melayu merupakan majoriti penduduk negara ini. So setiap sektor pekerjaan itu mesti ada orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

Alamak bab ni yg saya slow sikit ,
maklumlah orang bujaang katakaaan ... kihkikihkih , tapi apa yg saya tahu orang kahwin ni tak semestinya sebab suka sama suka , kadang2 kena paksa punya pasal ..... ye tak ? Itu sebab tak lama lepas tu asyik nak bercerai.

Antan berkata...

YB tak payah cerita pasal perpaduanlah dalam UMNO, kalau nak bercerai ke nak berambus ke, semua dah tak releven.

Tengok sahajalah, Mahathir dah blah dah. Nak bersatukan UMNO apa bendanya macam tu?

Tanpa Nama berkata...

Cara terbaik untuk meningkatkan semangat bersatu dalam UMNO adalh dengan mengurangkan sifat angkuh sebagai ketua dan aktiviti politik wang.

Orang yang tak berduit, macamna nak bersatu dengan orang yang berduit.

Lepas tu pulak, pengagihan duit tak secara adil kepada semua ahli UMNO. Yang dapat tak cukup tu, cabut larilah. Nak bersatu macamana

pu4 berkata...

Kepada Pu3 Taman Tasik:

Bukan susah sangat nak satu poadukan adik beradik, mak bapak tu perlulah main peranan. Kalau nak tunggu sendiri punya fahaman untuk bersatu adik beradik, memang takde ler. Tengok ajelah masa kecik2 kan dok berkelahi sahaja sesama adik beradik. Bila dah besor pulalk berebut harta, biasalah tu ,org melayu.

Sama juga macam dalam UMNO, orang melayu berebut harta jugak, sebab tu berpecah belah, susah nak seia sekata.

bapatunggul berkata...

Apa pasal tiba2 je YB bukak tajuk berat sangat ni, biasa tajuk ringan2 santai jek.

Ini dah bab bercerai-berai ni apahal? ada masalh dengan rumah tangga ke kih kih kih..

Bagus topik ni sebab melayu sekarang ni dah merapu jauh, sebab tu bukan melayu dah tuntuut macam2 keistimewaan orang melayu.

Hilirbalang berkata...

Asal menyebut pasal bercerai sahaja, adakah mesti berkait dengan perkahwinan.

Kenapalah sempit sangat pemikiran sdr 'bapatunggl' ni.

APa yang YB ingin jelaskan adalah dalam konteks lebih besar iaitu 'penceraian' ahli UMNO di dalam parti.

Macam tun M tu lah dan anak beranak dia. Membuat huru harakan UMNO shaja.

antikorup berkata...

Nama UMNO memang membawa maksud bersatu atau penyatuan orang-orang melayu di tanah melayu ini.

Ia memberi mesej supaya semua bangsa Islam di tanah melayu bersatu untuk menuntut kemerdekaan tidak mengira jawa, banjar, bugis dan laian-lain asalkan nak terus bermastautin di bumi ini.

Tapi itu dulu, sewaktu bangsa melayu teruk dikuasai penjajah sehingga melayu nyaris lenyap dipadamkan dari bumi sendiri.

Kini, selepas lama merdeka, mesej 'bersatu' tu sudah tidak timbul lagi kerana dah tiada semangat perjuangan untuk menentang penjajah.

Tetapi apa yang ada dalam UMNO hari ini adalah semangat memperjuangkan poket sendiri.

De5 berkata...

Sepatutnya YB sendiri pun perlu merenung istilah United dalam singkatan UMNO tu. Memanglah united bermakna perpqaduan.

Tetapi berapa ramikah oang melayu yang tahu makna united tu dalam bahasa melayu.

Malahan makna United State USA tu pun ramai orang melayu yang tak tahu kerana kecetekan bahasa inggeris.

Oleh itu, kalu UMNO kata dia mewakili orang melayu sejak dulu, pakai ajelah istilah melayu bukannya singakatan UMNO tu sendiri dalam bahasa inggeris.

So, macamana nak mendakwa membela nasib orang melayu sehingga ke akar umbi.

Renung-renungkan.-Bahasa Jiwa Bangsa

Tanpa Nama berkata...

Blog ini sendiri pun guna nama inggeris, apasal tak guna aje "semut-merahjambu".

Perkara simple macam ni pn tak boleh terfikir, macamna nak cerita pasal ketuanan melayu.

Sebab itulah bukan melayu berani mencabar UMNO dan orang melayu sekarang. Sudah jadi lumrah, orang melayu hanya menajdi tuan kepad aayam itik di kandang belakang rumah mereka sahaja, tetapi mereka sendiri menjadi kuli kepada tuan yang 'mata sepet'.

Pink Ants berkata...

Salam...,
Bagi saya,memperjuangkan nasib bangsa dengan turut juga menguasai bahasa asing adalah dua perkara yang berbeza.Kita menggunakan bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik bukan kerana kita tidak patriotik tetapi kerana kita mahu anak-anak kita menguasai istilah-istilah antarabangsa dari peringkat lebih awal.Adakah kerana kita meletak nama dalam Bahasa Inggeris,bermakna kita kurang jiwa bangsanya?Don't judge a book by it's cover..jangan nilai sesuatu dari luarannya....Sewaktu di UKM dulu,saya berkenalan dengan seorang pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur,melihat dari pakaiannya serta warna rambutnya,masyaallah tetapi saya hormati beliau kerana setiap kali azan berkumandang,beliau akan terus bergegas untuk tunaikan solat,lebih awal dari mereka yang antaranya bertudung labuh dan berjubah.Mungkin dia berdosa kerana tidak menutup aurat tetapi sekurang-kurangnya dia tidak meremehkan solat dan seorang yang berbudipekerti mulia.

Dalam konteks UMNO,walaupun sudah 62 tahun,gunakan nama itu,tetapi ternyata ia telah memperjuangkan hak orang melayu sekurang-kurangnya hingga ketahap sekarang ini.Tidak kira hari ini,seseorang itu UMNO,PAS,PKR,DAP atau tidak jadi ahli mana-mana parti,selagi beliau berketurunan Melayu,beliau telah menikmati hasil perjuangan UMNO itu sendiri.

Teringat saya beberapa tahun lepas,saya berkunjung ke Kaherah,Mesir..disana saya berkenalan dengan seorang bernama Abdullah yang beragama Kristian,yang menjual batu permata di sebuah Bazar....Rupanya,apa ada pada nama....

oldblogger berkata...

Yes U R right YB- Apa ada pada nama?

Yang nama Abdullah (hamba Allah) pun rupanya kristian. Sama macam di Bali, yang bagi salam, pakai kopiah pun jual 'pork'.

Tapi, apa cerita 'pub muslim" yang negeri Pahang nak perkenalkan tu? (...refer to 'apa ada pada nama')

....very confusing, don't you?

Tanpa Nama berkata...

Isu pub muslim tu sekadar cadanag sahaja oleh MPK, bukannya hendak diwujudkan pun.

Kena ambil padangan orang2 agama dulu. Yang oebting niatnya baik untuk beri alternatif kepada orng melayu melepak, daripada dok melepak kedai mamak atau dangdut, itu lah objektifnya kot.

black-ant berkata...

Seperti amat Pak Lah pada sambutan harijadi umno hari tu, pemuda dan puteri mesti turun padang sekarang, kena kerja lebih, jangan hanya tahu bercakap sahaja.

Pink Ants berkata...

Hmm..bab pub muslim ni,saya pun tengah tunggu penjelasan lanjut MPK.Will write on this once i get the clear picture from MPK.

To black ant,'turun padang',banyak cara...ada orang pegi padang sbb nak menyelenggara padang,ada orang sebab nak main atas padang,ada jugak orang sbb nak lepak tenguk org main...so,maksud saya,ada banyak cara...matlamat adalah untuk 'reach' orang muda..cara?ada macam-macam cara mengikut kesesuaian...

BLACK-ANT berkata...

Baguslah kalau YB memahami arahan PM supaya kena turun padang tu.

Diharap usaha turun padang itu bukan sekadar untuk berucap atau mendengar orang komplen sahaja, tetapi sertkanlah dengan tindakan segera.

Menyelesaikan masalah penduduk/ahli UMNO bererti menyelesaikan masalah kerajaan juga. Rakyat akan terus menyokong kerajaan selagi tiada masalah dalam masayarakat, semua dapat ditangani kerajaan.

de5 berkata...

Penyatuan orang-orang melayu dalam UMNO lebih bermotifkan duit, projek,habuan.

Bila tak ada tu semua, mula lah mereka tika menikam, kelahi dan menyebabkan perpecahan.

Berbeza degan dulu sebelum meredeka, mereka amat kuat bersatu sebab nak tentang penjajah ni tak boleh buat kerja sorang-sorang. Sekarang nak tentang penjajah [pun dah takde, cuma kira untung rugi poket sendiri ajelah.

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan saya, masalah pub islam tu yang nak diwujudkan tu, tak perlulah dipanjang2kan lagi.

Ia akan membuka pekung orang melayu/islam pulak nanati. Apa2 pun biar alim-ulamak sahaja memberi pandangan mereka.

-orangkuantan

antikorup berkata...

Sekarang heboh cerita Tun Mahathir keluar UMNO,lepas tu satu kesah lagi pulak Ezam nak masuk UMNO.

Boleh YB komen sikit tak pasal perkara ni, adakah tindakan kedua-dua pihak ni akan memberi contoh yang baik kepada ahli umno terutama orang2 muda.

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
PAK LAH JGN NAK SALAHKAN PUTERI..SELAMA NI PUTERI SUDAH BERTUNGKUS LUMUS UTK MENARIK GOLONGAN MUDA MYERTAI UMNO.BAYANGKANLAH KALAU TUN MAHATHIR TIDAK MENUBUHKAN PUTERI...MAKA LA NI RAMAI LA PUTERI PKR (selisih je)..
OLEH YG DEMIKIAN MINTA PERHATIAN ORG-ORG LAMA UMNO SUPAYA MYOKONG KWUJUDAN PUTERI BUKAN DIJADIKAN MUSUH ATAU SAINGAN...ATAU DI JADIKAN AWEKSSS..HAA BIMBINGLAH PUTERI DGN BAIK.KALAU ADA PERUNTUKAN PUTERI JGN DIABAIKAN.PUTERI UMNO MAMPU MEJAYAKAN PROGRAM YG TIDAK MAMPU DIFIKIR OLEH ORG2 YG LAMA..TAPI PU3 D CANTAS.ADA STENGAH BHG MENGABAIKAN PUTERI,PERUNTUKKN YG ADA TAK DBERI..APA CITER...JGN SAMPAI KAMI HILANG KEPERCAYAAN DGN PEMIMPIN YG ADA... WALAU BAGAIMANAPUN RINTANGAN YG ADA,AHLI PUTERI UMNO TETAP MYOKONG UMNO DAN BN DAN BERUSAHA MYAKINKAN GLG MUDA...pepatah ada mgatakan 'kalau takut dilambung ombak,jgn berumah di tepi pantai.. buat tepi kolam pun ok jgk..hehe


-AZALNA DIE HARD FAN-

antikorup berkata...

Puetri kena terima lah hakikat kalu pak lah marah ke atau MT UMNO perlekeh ker.

Puteri yang paling bongsu, jadik sellau dianggap paling 'kurang cerdik' ler, so boelh diperkotak katiklah.

Oleh itu tekadkan azam, kuatkan semangat untuk 'mematangkan' semua ahli puteri, jangan diperlekehkan lagi.

Piluhlah kepimpinan baru yang lebih mampu memberi iemj baru kepada pu3.

Pink Ants berkata...

Kalau kita nak orang hormat kita;kita kena perbaiki kualiti diri kita. Puteri perlu bercakap dgn ilmu bukan setakat keterampilan yang menarik.Politic is an art.abstract walaupun nampak mudah.Kalau kita x nak diperlekeh,kita sendiri jangan buat lekeh.setiap tindakan,tuturkata,tingkahlaku perlu difir terlebih dahulu.Strategi kena ada,jangan main redah aje.Kadang-kadang kita buat program xada impak,duit habis beribu..tu org lain x respect dn kata kita syok sendiri.yang jadi pemimpin pula(ingatan utk saya sendiri),kena tahan terima kritikan,kalau anak buah x betul,kena berani cakap berdepan,bukan hentam dibelakang.Begitu juga yang jadi anakbuah,kena hormat kepada pemimpin,bukannya 'takut'.Saya secara peribadi sangat bangga dgn pencapaian Puteri hari ini,cuma mungkin kita mendapat tempias atas krisis kepimpinan hari ini.Kita selalu hanya berharap mendung akan berlalu,tetapi kita lupa terkadang,mendung juga membawa hikmahnya yang tersendiri.Wallahualam.

antikorup berkata...

Kerja lekeh memperlekh ni bukan tabiat baru dalam politik UMNO. Malahan yang duk di post top-top pn kena lekeh jugak.

Tegok ajelah nasib Mahadir dan Pak Lah sendiri hari ini pun dah kena lekeh jugak. Menda ni semua tak akan hilang dari mentaliti orang UMNO sebab dah diajar macam tu, orang tua2 dalam UMNO yang tunjukkan sendiri contoh tu pada orang muda.

Janganlah nak salahkan Pu3 plak esok kalau ornag2 Pu3 dah perlekhkan depa pulak esok.