10 Mei 2008

Hero Malaya Terakhir

Selamat Bertemu Kembali Di Alam Maya...

Bagaimana dengan Kempen Kurang Makan Nasi? Harap-harap berjaya supaya dapat body yang diimpi-impikan tu...he he he..memang sengsara dan menyiksa jiwa raga,tapi apa nak buat..demi menyahut seruan sendiri..kugagahkan jua tak menjamah sebutir nasi pun hari ni...Walaupun masa Mesyuarat Exco Puteri pagi tadi,meleleh air liur tenguk kawan-kawan menjamu Nasi Lemak..alahai nasib badan le..

Apapun,seperti yang saya janjikan semalam,hari ini saya akan menulis tentang seorang jejaka yang mungkinkah agaknya layak digelar "Hero Malaya Terakhir". Apa? Rosham Noor?Ahmad Idham?Oh tidak..bukan..bukan jugek Sheikh Muzaffar atau Mawi si Raja SMS tu tapi seorang pemuda bernama Mohd Shaid,lulusan UITM,berusia 25 tahun,siswazah menganggur yang telah mendahului jutaan hero-hero Malaya yang lain-lain tu,membuat laporan polis terhadap PKR yang gagal melaksanakan janji-janji PRU 12 yang lalu.


Seorang rakan saya tidak bersetuju jika hendak dilabelkan Mohd Shaid ini sebagai Hero,dan saya juga tidak bermaksud untuk menobatkan gelaran tersebut kepada beliau,tetapi sekurang-kurangnya, he has guts to do something that he thinks right.. Antara janji-janji Parti Kelentong Rakyat ialah:-

1. menurunkan cukai taksiran sebanyak 20%;


2. memberi cuti bersalin selama 90 hari;


3. tabung permulaan sebanyak RM100 bagi setiap anak yang lahir di Selangor;


4. elaun rm75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taska;


5. elaun rm50 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pra sekolah;


6. rm 1000 bagi setiap anak selangor yang memasuki universiti...


Hmmm...mana janji-janji manis mu wahai Pak Khalid... kerana itulah Mohd Shaid membuat laporan polis kerana berasa tertipu dengan janji-janji PKR yang telah memperdaya dirinya untuk mengundi PKR di kawasannya di DUN Ijok dalam PRU 12.



Masih jauh perjalanan kes yang dibawa oleh Mohd Shaid ini,dan beliau mengakui tidak punya wang untuk membiayai kos guamannya.Namun,sekurang-kurangnya,beliau berani untuk bertindak demi haknya sebagai seorang Pengundi. Marilah kita sama-sama tunggu perkembangan kes ini dan sementara itu...kita mengharapkan agar timbul Hero Melayu Terulung....bagi mengangkat martabat kita yang sudah mula diperkotak-katikkan oleh Karpal dan kuncu-kuncunya. Hero ni biarlah yang ada superpower tapi bukan superman,spiderman ataupun cicakman....Panglima Bujang Lapuk pun kita tak mahulah.... Apa lagi? Sementara menunggu Hero kita muncul..biarlah Puteri-puteri serikandi penyambung warisan turut kedepan mempertahankan yang hak dan memastikan prinsip-prinsip Rukunegara di junjung dan didaulatkan oleh semua.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tanya sikit la... saya ni kurang arif part undang2 ni..

boleh ke kes2 macam ni di failkan? Macam mana Mohd Shaid tu nak buktikan yg dia memangkah PKR? Boleh check ke kertas undi dia..

Entah2 org UMNO yg dibayar utk buat laporan.. Ada kemungkinan kan..

Sekadar nak tahu.. TQ

qalamberbisa berkata...

salam,

la ni dah pukul 2.00 pagi 10hb may 2008..lepak kat cyber cafe ngan member..hahaha macam tak de rumah jer kan aku nih..melepak tengok gelagat muda mudi masa kini..yang pakaiannyer..yang rambutnyer..yang gayanyer..alahai macam2 beb...

well2 hero malaya terakhir? hurm tahniah la sebab berani ke hadapan..mengaku bahawa telah tertipu dengan dakyah pembangkang...macam dialog filem Tiga Abdul..'yang kamu cerdik pandai boleh tertipu dengan dia tu kenapa? muka dia pun muka penipu' kamu juga yang bodoh..kami bodoh tuan'..itu ler gayanyer bila dah terperdaya..macam2 janji manis mu namun janji hanya tinggal janji..

aku harap lagi ramai lagi rakyat jelata yang akan sedar dengan perbuatan mereka ini..janji tinggi melangit tapi sedar2 tangan tak sampai nak gapai..tu la padahnyer kalau melayu mudah lupa..kalau melayu tak de jiwa kemelayuan yang sayangkan bangsanya..ni sumer 'marahkan kelambu nyamuk dibakar'..habis satu rumah malah melarat ke satu kampung..

takde masa umno nak bayar2 nih banyak kerja lain weh..apa ker jadahnyer...

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

ala korang sumer ni saja kot nak gegar lebih..

Tanpa Nama berkata...

Camane budak ni boleh jadi berani sangat ek.....anyway syabas Mohd Shaid!!!!!! Takbir3x....

Tanpa Nama berkata...

huhhh sapa mamat ni..

young&dangerous berkata...

hai 'hero malaya terakhir' dah terhantuk baru nak terngadah??

pikir la dulu.
ikut hati, ni la padahnya. padan la dengan muka.
benda yg terang2 kat depan mata, kenapa nak tau gak yg dalam terkurung tak nampak?
ni akibat nk cuba try test tengok la ni. now? who's to blame?

betul la at least dia ada guts to do it, but it's a mistake that shouldn't do.

belajar la dari sejarah. manusia memang asyik tak terlepas daripada melakukan kesilapan.

gambino berkata...

tiada apa yang dapat diperkatakan tentang 'hero malaya' ini cuma saya merasakan tindakan dia ini berlandaskan ketidakpuasan hatinya berkatan parti yang dipilih..sebagai golongan muda yang berpendidikan tinggi(kalau tak silap saya)dia sepatutnya berfikir secara rasional sebelum membuat pilihan, tindakan kebanyakan golongan seperi inilah yang merosakan kesejahteraan yang kita telah kecapi dan nikmati selama ini, tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur bak kata orang tua2 terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan??? lu pikir lah sendiri..

dindingoren berkata...

Saya pasti selepas ini lebih ramai lagi Mohd shaid yg akan muncul. baik di Selangor mahupun di Perak, tiada apa perubahan pu yang dilakukan biarpun slogan deme dulu 'JOM UBAH'. Pakatan Rakyat is full of false statements and empty promises.
they are all bogus! Sekarang barulah rakyat sedar yang man intan yang mana kaca. apa lagi, UBAH BALIK!!!!!

Haliabara berkata...

Tu la pasal.. sikit ari mak masuk negeri dia.. kena samak dulu kot... hishhh x rela mak

Opal berkata...

Good for people to know.