28 Mei 2008

Kjaan Pahang Prihatin

Semalam Sidang Dewan Undangan Negeri berakhir dengan suasana yang sangat baik. Sesi penggulungan oleh YAB Menteri Besar menarik perhatian ramai. Mood MB baik sekali kali ni.Dalam nada bersahaja dan sesekali berjenaka,beliau menjawab soalan2 yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan sewaktu sesi perbahasan. Namun,perkara yang ditekankan adalah bagaimana Kerajaan dan wakil rakyat mesti mempertingkatkan khidmat kepada rakyat dan memastikan nasib rakyat di Negeri Pahang terbela. Sewaktu menjawab soalan tambahan saya,MB juga memaklumkan bahawa beliau telah menggesa Kerajaan Pusat untuk mengutamakan masalah rakyat menghadapi kenaikan harga barang daripada soal-soal lain.Beliau juga mendedahkan satu kajian yang telah dibuat oleh Petronas,yangmana kalau di Kuala Lumpur,pendapatan isi rumah sebanyak RM2900 sebulan,adalah dikira miskin. Dan Negeri Pahang mengambil serius tentang masalah rakyat ini dan peruntukan untuk miskin tegar,dan OKU akan dinaikkan dan dipercepatkan.Kerajaan Negeri akan mendahulukan wang peruntukan tersebut tanpa menunggu wang dari Kerajaan Pusat.

Pendekatan dan keprihatinan MB,saya kira telah membuatkan barisan pembangkang di dewan undangan negeri turut menghormati beliau.Pembangkang diwakili oleh PAS di dun kuala semantan dan beserah,DAP di Triang dan Tras dan Bebas dari Tanah Rata. Kami berbahas dan berhujah dalam suasana kekeluargaan. Habis bersidang,kami sama-sama mengikuti program yang dianjur oleh sekretariat.Hari minggu Lepas,wakil rakyat pembangkang bersama isteri masing-masing turut sama bermain Woodball di Balok dengan kami.Malamnya sama-sama makan malam di rumah MB,dan Adun Beserah sempat juga menyumbangkan dua buah lagu P.Ramlee.Isnin malam,mereka bermain bola sebagai satu pasukan di Stadium Darul Makmur.Walaupun tewas kepada pasukan Media Pahang dengan 5-3,saya puas kerana yang penting,kami dapat mewujudkan persefahaman dan semangat setiakawan dikalangan ahli Dewan tanpa mengira fahaman politik.Dengan cara itu,pasti rakyat keseluruhan di Negeri Pahang akan terus terbela. Bajet mengatasi masalah air di negeri Pahang juga telah diluluskan dan saya harap ianya akan dapat diatasi dengan segera.

Kami juga turut melantik ahli dari kalangan pembangkang menganggotai Jkuasa Kira-kira Wang Negeri dan Jkuasa Peraturan Dewan. Dari pemerhatian saya,pembangkang di negeri Pahang mula menghormati Kerajaan pimpinan BN. Walaupun mereka agak yakin dapat menawan Pahang dalam PRU akan datang,tetapi saya yakin rakyat akan buat pilihan yang terbaik dan akan terus beri mandat kepada BN di Pahang.Mereka boleh jadi pembangkang yang baik tetapi tidak mungkin boleh jadi pemerintah yang baik dan efisien.

Apapun,kepada rakan-rakan ahli Dewan yang lain,selamat kembali bertugas di kawasan masing-masing...namun seperti kata Mb,dalam kesebukan tu,carilah juga masa bersama dengan keluarga.

6 ulasan:

teja72 berkata...

Tahniah le YB,sidang dewan semalam adakah merupakan langkah pertama YB Dato' dan diharapkan YB Dato' terus menyampaikan segala hasrat dan membawa harapan rakyat merangkumi semua peringkat. Bagi kaum wanita
( "HONEY"..among the bees..)pula dengan adanya YB Dato' didalam dewan itu maka besarlah harapan kaum ibu untuk mengharapkan perkhidmatan YB nanti..last but not least..semuga Allah S.W.T permudahkan segala urusan..amin.....

Tanpa Nama berkata...

Yaa Anis ... amiin juga dari saya untuk doa awak tuu...
seterusnya tibalah masa untuk menyambung kerja dari rakyat untuk rakyat oleh para YB semuaaa.

toknujum berkata...

salam,

saudari YB Dato moga dengan berakhirnya sidang dewan tu moga2 dapatlah meneruskan agenda penambahbaikan di kawasan YB dan juga di dalam pergerakan puteri..walaupun masa telah berjalan untuk memulakan untuk mencari kepimpinan puteri yang terbaru diharapkan YB teruskan usaha2 dan kerja YB yang cemerlang tu..

dalam kita membuat kemajuan kita juga akan di duga jadi teruskan lah usaha dgn lebih gigih lagi..

bercerita panjang2 pun tak guna yang penting kerja mesti jalan...

apa2 je lah...

Pink Ants berkata...

tkasih kpd anis,sinar lena & tok nujum.Mmg benar,seminggu berlansungnya sidang dewan,telah banyak membuka minda saya,walaupun rakan-rakan ahli dewan yang lain kaum lelaki,bak kata anis as honey among the bees...saya akan buktikan bahawa wakil rakyat wanita mampu jalankan tugas dengan baik dan setanding dengan mereka.Sekurang-kurangnya,saya dapat menaikkan imej Puteri kerana saya hadir dalam persada politik ini ats nama Puteri.Produk Puteri seharusnya menjadi model kepada semua.Dan saya harap,dimasa akan datang,lebih ramai Puteri akan menyertai dewan-dewan undangan negeri dan parlimen.Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

salam YB..

seperti menarik jer kehidupan YB di Pahang..semoga semangat terus membara utk berkhidmat kpd rakyat....

anyway, ade tak latest buletin prihatin Pu3?

Pink Ants berkata...

maaf saudari pelangi baru,buletin puteri telah dihentikan penerbitannya kerana kurangnya bahan-bahan yang dihantar kepada redaksi.Tetapi biro penerangan dalam usaha menerbitkan semula risalah berkenaan tatacara mesy agung caw dan bhgn.tkasih.