20 Mei 2008

Isu Tun M: Puteri Mesti Menilai Dengan Matang

Saya menerima berita tentang Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO seawal pengumumannya di Kedah.Waktu itu,saya dalam perjalanan pulang ke Kuantan untuk menghadiri sidang dewan undangan yang bermula hari ini hingga 27hb. Terkejut dan berasa agak kecewa dengan tindakan beliau yang saya kira dibuat atas perkiraan yang sangat peribadi,saya meminta pandangan YAB Menteri Besar Pahang melalui SMS.Jawapan Tok Nan kepada saya.'Stay put and dont make any comments yet".Lebih kurang dalam pukul 4 ptg saya mendapat satu lagi sms yang menyatakan Ku Li pula keluar dari UMNO,namun seorang teman menghantar SMS dari akhbar the Star yang mengeluarkan kenyataan penafian Ku Li,sejurus kemudian.

Saya mendapat sms bertalu-talu dari rakan-rakan puteri juga mereka yang berada diluar parti. Seorang teman mengatakan bahawa tindakan Tun akan membawa satu gelombang yang besar.Sanusi Junid juga katanya telah mengikut jejak langkah Tun. Saya juga menerima sms yang dikatakan disebarkan secara meluas,menyeru mengikut jejak langkah Tun meninggalkan UMNO tetapi tidak perlu menyertai pembangkang kerana ianya hanya untuk mendesak Pak Lah supaya berundur.

Saya dengan segera menghantar sms kepada rakan-rakan Ketua-ketua Puteri Negeri dan Ketua-ketua Penerangan Puteri Negeri meminta agar mereka menenangkan semua ahli Puteri,dalam keadaan sekarang,kita tidak boleh menurut emosi sebaliknya mesti pastikan ahli-ahli kita bersatu dan intact.Teringat saya pesanan Tan Sri Mat Taib,'untuk menjadi pejuang parti,jiwa sebagai ahli must be intact,mesti jadi ahli dulu,sekarang dan selamanya,bila kita jadi ketua,jadilah imam yang baik,bila dah tak jadi ketua,jadilah makmum yang baik'.

Haryati,Ketua Penerangan Puteri Melaka menghantar sms kepada saya pada jam 7.46pm dengan pesanan.."Pengisytiharan Tun Dr M keluar parti adalah ujian getir bagi UMNO.Kekalkan kesetiaan kita kepada parti yang telah banyak berjasa kepada agama,bangsa dan negara...pucuk pimpinan parti pasti bijak dalam menyelesaikan kemelut ini..."

Dan malam tadi,sewaktu saya menghadiri precouncil persidangan dewan undangan negeri pahang penggal pertama,suasana tidak ceria dan masing-masing lebih berminat untuk berbincang tentang apa yang sedang berlaku.Sewaktu berkumpul di coffee house Hotel Grand Contiental bersama rakan-rakan wakilrakyat yang lain sambil menikmati teh tarik dan bertukar-tukar fikiran, saya akhirnya menerima sms daripada S/u kerja Puteri, Linda pada jam 12.35 tengahmalam yang mengandungi kenyataan Datuk Noraini yang berbunyi " walaupun Tun M banyak jasa pada parti dan adalah PM selama 22 tahun tapi dalam perjuangan,kepentingan parti lebih daripada individu. Keluar parti bukan option. Sekarang adalah masa untuk bersatu dan kuatkan parti, kerana UMNO lah parti yang berjuang untuk orang melayu.... Diharap Tun M dapat menukar fikiran untuk kebaikan orang melayu."

Saya menyeru rakan-rakan agar menyahut seruan Datuk Noraini untuk kita semua dengan segera memainkan peranan untuk menyatu serta memperkuatkan parti.Puteri harus bijak menilai dengan matang.Orang Melayu masih perlukan UMNO untuk bernaung,justeru itu,adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankannya.Ingatlah UMNO bukan milik individu,UMNO adalah milik orang Melayu,buktikan UMNO tidak akan menjadi barang tontonan di Muzium seperti yang didakwa oleh pehak-pehak yang tidak bertanggungjawab,UMNO lahir di Istana Besar Johor dengan penuh kedaulatan dan UMNO akan terus kekal relevan sebagai pembela nasib rakyat selagi kita semua menghayati asas penubuhan serta halatujunya.InsyaAllah....

24 ulasan:

pbb berkata...

Salaam buat semua,
Marilah kita sama-sama bertenang dan banyak berdoa semoga kekalutan ini berlalu dan berakhir dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan umat Melayu dan Islam. Salawat dan istighfar lah banyak-banyak.

gambino berkata...

"rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya. hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsa yang berjaya"

Nurkilan :
Tun Dr Mahathir Mohamad

renung-renungkan

gambino berkata...

"Islam dan orang Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama, Islam akan menjadi kuat, utuh serta terjamin masa depannya di negara ini hanya jika kedudukan dan masa depan orang melayu itu sendiri terjamin.."

Tan Sri Dato' Mohd Asri Hj Muda

saya lampirkan beberapa petikan agar kita boleh jadikan renungan sebelum melakukan atau membuat sesuatu keputusan dalam menangani isu-isu politik semasa..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

Tindakan Tun M itu tidak lagi menjadi penting asalkan kita tetapkan pendirian. Yang penting segala apa yang berlaku ketika PRU 12 dan selepasnya sehingga kini adalah isyarat kepada pucuk pimpinan parti tertinggi supaya berundur untuk kepentingan parti. Memang dulu berundur bukan menjadi tradisi tetapi kita kena tengok2 juga tahap kritikal dulu dan sekarang memang jauh berbeza. Pucuk pimpinan tertinggi perlu juga memikirkan kan parti bukan diri sendiri..dulu lain sekarang lain..

Saya rasa porak peranda dan huru hara yang berlaku di dalam parti sekarang bukanlah sangat disebabkan oleh ahli parti atau Tun M tetapi kepimpinan teratas parti.

Ahli parti yang terguris dan merajuk tak semestinya keluar parti, tetapi adakah mereka ini bersama-sama parti.

Kalau kita lihat tidak ada satu tindakan drastik pun yang dibuat oleh pimpinan parti teratas dalam tempoh 2 bulan ini untuk memulihkan parti, melainkan perjumpaan demi perjumpaan minta sokongan seolah-olah macam berkempen pulak.

Akhirnya, ahli parti hilang kepercayaan dan respect kepada pimpinan teratas dan beralih arah..bila tiba saat ini nanti jangan sesiapa pun dikalangan pemimpin parti cuba menyalahkan mereka..

Akhirnya,,,semua akan reda jika pimpinan teratas yg kita kasihi mengundurkan diri dari terus menghancurkan parti keramat yang kita sayangi ini.percayalah....

faziehana mn berkata...

Tun M, alangkah baiknya jika dapat membuat tindakan berpaksikan akal dan bukan emosi semata.

Pak Lah, sejujurnya..banyak yang meragui keupayaanmu untuk bertegas.

Walau pun pahit kebenaran perlu diutarakan..berselindung hanya akan lebih memerbahayakan parti..Ibarat...
"sokong membawa rebah"

Tanpa Nama berkata...

pandangan YB Dato memang bagus tetapi hari ini kawan saya yang begitu kuat sekali jiwa UMNO tetiba pun buat keputusan tak akan lagi meneruskan perjuangan yang satu ini...camner tu?

qalamberbisa berkata...

salam,

pengunduran Tun dari UMNO sememangnya memeranjatkan aku..memang tidak dinafikan Tun antara pemimpin UMNO yang selalu menasihati agar terus setia kepada Parti..

sebagai generasi muda dalam UMNO aku memang sedih apabila benda2 ni terjadi namun aku pasti sebagai jiwa2 yang kental kita jangan mudah cepat mengalah..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Sinar Lena berkata...

YB Dato' ,
Tolonglah beri sedikit komen balas atau sekurang-kurangnya galakan @ penafian kepada ulasan - ulasan kami niii .... takde laa kami perlu tertunggu-tunggu tajuk coretan YB Dato' yang seterusnya yang biasanya panjang - panjang tuuu... ye laaaa ... sementara belum semakin sibuk niii.. nanti bila dah bertanding KPUM
makin sibuk ...masa tu kami fahaaam laaa... tq.

qalamberbisa berkata...

salam,

wahai sinar lena sahabat dialam maya..perlukah komen2 dari YB Dato ni? ala bagi je lah komen..tak yah la mintak komen dia pulak..

kenapa lah isu KPUM dibangkitkan pulak..

sinar lena berkata...

Salam ,
Yaaa Cik qalamberbisa ... itu tandanya dia ada baca kita punya bicara ... kalau tak camna nak tau ? haa cuba bagitau ciik qalam ... saya pun mintak bukannya ulasan yg panjang berjela-jela.
Pasal KPUM pulak apsal takleh bangkit ? Logik saya ialah kalau sekarang pun YB Dato' dah tak sempat nak komen yang pendek-pendek apatah lagi bila musim kempen tu tiba nanti , jangan harap lah ... atau mungkin cik qalamberbisa boleh jadi wakil beliau menaip di sini kot ?

qalamberbisa berkata...

salam,

bersambut juga rupanya salam ku ini wahai sinar lena ku ini..

aduhai teman mayaku ini..aku ini bukan mahu menjadi wakil kepada sesiapa untuk menaip dlm blog ni..aku juga tidak memihak kepada sesiapa..yang jahil maupun yang batil..cuma aku hanya menyuarakan pendapat ku..

kalau sahabat sinar lena mahukan komen2 pendek atau ringkas dari YB Dato..kita mintak lah YB Dato berbuat demikian rupa..kita sama2lah tunggu yer..

nanti bila YB Dato nak kempen KPUM sama2lah kita memberikan semangat sokongan pertandingan sesama kita..waima pada sesiapa pun..janji dengan semangat Puteri yang punyai jati diri yang teguh dan utuh..

moga sahabat dialam mayaku ini nanti lenanya diulit intan..hehehe

-adios amigos-

Sinar lena berkata...

Salam buat semua dan cik qalamerbisa terutamanya ,
Yaa begitulah adat dunia ..ada yg memberi adalah yg menerima ... ada YB ,adalah pengundinya ... tapi camna pun saya setuju dgn pendapat awak supaya menyokong calon2 yg bakal bertanding nanti termasuk YB Dato' (mungkin ? hehehe) dan seterusnya kita tungguuuuu komen pendek Yb Dato' ....

Pink Ants berkata...

salam cik sinar lena,terimakasih atas pandangan dan cadangan yang baik.Insyaallah saya akan cuba jawab komen-komen.Saya sentiasa pantau tetapi kadang-kadang saya lebih gemar analisa komen dan perbaiki diri dengan tindakan dari berkata-kata...apapun,terimakasih sekali lagi...bagaimana sebukpun,saya akan sentiasa berinteraksi melalui blog ini kerana sekarang kemudahan internet ada dimana-mana.

Sinar lena berkata...

Salam YB dan semua yg lain ,
Haaaa macam tu laaa yg sempoiii , dalam 24 jam aje dah jawab. Soal terima atau mengelak komen kami itu cerita lain ye tak Cik Qalamberbisa ?? timakasih Dato' n selamat terus bersidang dengan penuh faedah.
P/S : Dengar2 kat Pahang FM katanya YB-YB baru kali ni bersemangat sekali berhujah .... ye ke ?
Takde cadangan nak buat siaran langsung mcm Parlimen keee ?

oldblogger berkata...

KEPADA "qalamberbisa".

Kau ni faham tak konsep 'blog' tu apa? Kau tahu tak apa beza blog dengan personal website?

Kau ni 'genuine blogger' atau sekadar PENGAMPU UPAHAN sahaja untuk bertenggek di blog2 mana yang kau nak AMPU?

Genine blogger should place feedback on every single comment generated.

Blog readers are entitled to HEAR everything and SAY anything in a communicative concept of blogging. That's what we call democracy and transparency.

Please dont lah make use blog for personal agenda of 'mengampu'cy. Otherwise, you'll damn your souls with the word, therefore you shall not have it.

YB, please reply to the reader's comment....atau anda jadik syok sendiri dengan blog ni.

No reply meant no comment, no comment meant no visitor to your blog because you didn't prize their benefaction.

Stay away qalamberbisa.

YB, make sure you got the right PENGAMPU.

Pink Ants berkata...

Tkasih kepada old blogger atas pandangan.Qalam berbisa juga hanya memberikan pendapat beliau,saya tidak pernah kenal beliau siapa dan saya tidak boleh juga anggap beliau pengampu.Bagi saya,saya setuju bahawa blog adalah medium untuk 'mendengar',terutama perkara yang tidak berapa sedap didengar kalau diucap secara berdepan.Saya seorang yang terbuka,setiap kritikan,komen mahupun pujian akan saya tapi...tak semestinya kritikan itu bersifat negatif dan yang memuji itu positif.Bagi saya,mereka yang mengkritik saya diruangan ini kerana sayangkan saya dan saya mesti hargai walaupun tak semestinya saya pakai semua yang dikata,begitu juga yang memuji,mungkin kerana memang sayang tetapi ada juga yang 'sokong membawa rebah',lambung tinggi-tinggi,supaya jatuh hancur berderai'.Namun,sebagai manusia yang dikurniakan akal,kita harus beri pertimbangan kepada semua yang diperkatakan dengan waras dan tidak emosi.

Kepada rakan-rakan,saya cuma nak ingatkan bahawa berbicara di blog juga ada etika dan peraturannya,walaupun demokrasi,kita mesti ada adab yang perlu diikuti..Kita ada Suruhanjaya Multimedia Dan Komunikasi yang memantau dan sebarang fitnah yang disebar akan didakwa melalui s.233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988 dan Akta Hasutan.

qalamberbisa berkata...

salam,

iskh3x..kenapala terlalu emosi oldblogger...whatever la..ok la tu...

aku bukan nak mengampu sesiapa saja yang ada blog ni malahan aku juga senantiasa mengingatkan mereka agar tidak lari dari landasan yang tertentu..sama2 mengingati..YB ni bukan tempat untuk menyandarkan apa2 cuma aku mahu melihat generasi Wanita Melayu Muda bijak, matang dalam memperlihatkan kepimpinan tersendiri..pemimpin muda seperti YB harus diberi peluang untuk terus memimpin kerana aku yakin dengan kemampuan beliau..aku juga mengikuti corak kepimpinan hampir semua pemimpin atasan di puteri..aku boleh menilai mereka...sewajarnya kita perlu terus melangkah jauh kerana perjuangan kita masih belum berakhir..kerana aku masih muda tak tau la kalau sahabat ku 'oldblogger' ni..mungkin dah berusia agaknya..

aku tidak perlu menenggek dimana2 kerana aku yakin dengan kemampuan ku untuk terus berdiri dengan sendiri tanpa perlu menyandar, tanpa perlu membodek..dan jelas dan nyata aku jua BUKAN PENGAMPU UPAHAN!!

renung2kan bersama
-adios amigos-

Pink Ants berkata...

bawak bersabar sahabatku qalamberbisa....he he..teringat pulak saya lagu Ramli Sarip tu..camana ye?..."Dgrkan hai teman,dgrkan bersama...Aku menulis bukan kerna nama..kerna sifat kasih,pada sesama insan dan menyatakan kasih syangku..."

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya ramai yang masuk blog ni 'macam' bijak-bijak belaka dan 'macam' bagus belaka..

Orang-orang yang tak berapa bijak dah tentu tak berani nak tunjuk muka kat sini...

Sinar lena berkata...

Amboii dah lari tajuk nampaknya kita niii yaaa...
Tujuan asal saya minta YB komen adalah untuk kebaikan semua . Jadinya jangan risau sangat yaaa wahai Cik Qalam , Oldblogger dan Anon yg kata "Nampaknya ramai yang masuk blog ni 'macam' bijak-bijak belaka dan 'macam' bagus belaka..walaupun dia tak sudi letak nama sendiri@samaran lain" .
Demokrasi kita adalah demokrasi terpimpin oleh perlembagaan. Bukannya ikut-ikutan ala Barat , 'Transparency' kita pun ada hadnya bukannya melulu bak orang mengamuk ..... sedangkan Amerika pun terpaksa adakan Akta Patriot untuk mengimbangi Demokrasi dan Transparency ala mereka sendiri .... ok lah , jom lah kita balik ke tajuk asal topik YB di sisi yaaa .....
Wasssalam.

Pink Ants berkata...

Bab lari tajuk ni,memang selalu terjadi.Kita cakap lain,orang faham lain.Tu belum lagi kes benda yang tiada diada-adakan.Apapun,sebagai pemimpin,saya kena terima dan menilai sebaik-baiknya.Kalau tak betul,kita betulkan...

Sinar lena berkata...

Salam ,
Ya laa YB Dato' , sedangkan dalam Parlimen pun selalu lari tajuk inikan pulak kita di sini yaaa..
TETAPI ... apa yang penting ialah
kita jangan lupa kembali ke tajuk asal setiap kali kita berbincang sesuatu bak kata orang tua2 'kalau tersesat di hujung jalan , kembalilah ke pangkal jalan '.
Wassalam.

Pink Ants berkata...

Betul tu cik sinar lena,tapi rasanya kalau jalan yang kita ikut tu,banyak signboard,selagi kita ikut signboard tu,insyaallah x sesat...wallahua'lam.

toknujum berkata...

macam2 yer kat sini..yang lari tajuk..yang macam mengamuk..yang macam mempertahankan hujah dan alasan..apa2 pun tahniah ler pada Dato kita ni..walau macam2 yang diduga hadapi jua dengan tabah dan sabar..itulah namanya pemimpin..


apa2 je lah..