22 Mei 2008

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Salam rakan-rakan maya sekalian,

Hari ini hari ketiga sidang dewan undangan negeri Pahang berlansung.Baru kini,saya berpeluang untuk menulis dan berkongsi pengalaman.Bukan kerana tiada masa tetapi kerana semalam komputer saya ni buat hal sikit dan terpaksa dihantar berjumpa 'doktor'. Hari pertama persidangan,dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. Titah ucapan Baginda merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan Negeri Pahang khususnya.Pengalaman hari pertama di Dewan lebihkurang hari pertama di sekolah.Kami wakil rakyat baru memakai pakaian number one dress yang serba baru.Nasib baik ada pihak protokol yang memastikan pakaian dan bintang kebesaran dipakai dengan betul,maklumlah kali pertama memakai,memang agak kekok dan terasa janggal.

Hari kedua semalam,saya berpeluang mengemukakan dua soalan dan turut kemudiannya membuat dua soalan tambahan.Soalan saya yang pertama ialah tentang keberkesanan program "Malaysia My Second Home' di Negeri Pahang dan yang ke dua ialah tentang peranan serta tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.Sila layari website www.kualasentul.net untuk mengikuti soalan dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Habis sahaja sidang dewan semalam,saya terus ke Bandar Jengka memenuhi jemputan para jururawat di Hospital Jengka untuk program sambutan HariJururawat.Mereka ini golongan yang banyak berbakti dan terdiri daripada golongan wanita muda yang perlu di dekati oleh kita.Lagu warisan yang dinyanyikan oleh pasukan koir melambangkan keihkhlasan mereka menabur bakti.

Hari ini saya diberi peluang untuk berucap membahas usul menjunjung kasih titah diraja yang dibawa oleh YAB Menteri Besar. Peluang yang diberikan,saya ambil untuk mengemukakan masalah rakyat dikawasan saya. Isu penempatan dan peluang generasi ke dua felda,masalah air,perumahan kos rendah dan pembinaan Masjid Kg Kuala Sentul yang terbantut lebih 10 tahun telah saya utarakan. Namun,hari ini,antara perbahasan yang menarik ialah tentang isu bloggers yang bawa oleh Adun Semambu.Menarik kerana MB sendiripun sudah ada blog sendiri dan perbincangan banyak berkisar tentang peranan serta awareness yang sepatutnya dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Saya berhenti disini dahulu,esok sambung lagi......salam...

Kuantan,2.50pm.

14 ulasan:

Sinar lena berkata...

A'kum semua ,
Pasal soalan tambahan YB tu, rasanya itu isu lapuk@terbengkalai belaka kaaan ? Agaknya kenapa jadi begitu ? Apakah sbb ekonomi ? atau kerenah birokrasi ? atau ada orang yang terlupa@buat2 lupa nak buat kerja mereka ? kenapa yaaa .....

Pak Andak berkata...

Salam YB Dato' ,
bestnya dapat masuk sekolah balik yaaa YB , dapat baju baru , meja baru kerusi pun baruuu ,tapi jaga2 dgn Cikgu Disiplin tauuu kihkihkih , .... mmmm kami di sini cuma mampu tumpang bangga aje laa dgn YB Dato' , dan lagi pada pendapat kami ni ... kalau masuk sekolah tuu belajar ler rajin2 , jgn hampakan harapan mak bapak @ pengundi2 tua .... jangan suka ponteng kelas@sidang tak tentu pasal ... tu aje laaa yg maampu kami beri dari kampung ulu ni. Sekain terimakasih.

Pu3 confuse berkata...

Assalamualaikum....

Camtu la bila dah jadi Yb ni..Ada blog salah, tak de blog pun salah,, tulis pendek salah, tulis panjang pun salah,,komen salah, tak komen pun salah....confuse2.....

Harap tahap kesabaran K Sha akan bertambah2 bila dah jadi YB ni..semua orang menuntut kesempurnaan dari YB..yang mana boleh buat, buat la..kalau tak biarkan jerr..

qalamberbisa berkata...

salam,

buat sahabatku pu3 konfius..adakalanya apabila kita telah diangkat oleh ALLAH ke tingkat yang lebih sedikit iaitu diberi peluang untuk menjadi pemimpin memang ruang2 untuk diduga lebih hebat..apapun kesabaran juga menjadi tampuk untuk kita berpegang..

buat YB Dato jadilah pemimpin untuk hari ini esok dan selamanya..Peganglah ia sebagai amanah yang sebati dalam diri..Amanah yang diberi jangan dipersia..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB..semuga keterampilan akan seiring dengan tanggungjawab yang diberi..kami bangga dapat menyokong dan berjuang bersama-sama YB,semuga warga jengka khasnya Dun Sentul dapat menghirup udara anjakan paradigma yang segar dalam ertikata "fresh look" dalam meniti keselesaan hidup..

pak andak berkata...

Salam YB Dato' ,
buat pu3 confius ...usah risau pasal YB kena tulis panjang atau pendek ,kena komen atau tidak ..... itu dah memang dah sebahagian dari tugas am seorang pemimpin macam YB , tambahan pula dia kan Ketua Penerangan PU3 ... maka makin sesuailah tugas dia memberi penerangan kepada ahli/rakyat beliau .... lagi pun YB ada orang2 yg boleh membantu beliau yg sebahagiannya termasuklah kita yg berkongsi maklumat di sini .... cuma terkadang - kadang mungkin YB tak boleh menerangkan dengan mendalam sesuatu isu atas sbb kerahsiaan atau bukan bidang khususiah YB , maka itu kita kena terimalah dgn hati yg terbuka , seperti kata orang putih " it all comes in a package " ..... (mmm macam pernah ku dengar ayat ini tapi di mana yaa ? dan dari siapa ?
heheheh ...biarlah rahsia..)

pemimpinkampung berkata...

Salam....

Saya bangga kalau dpt jd warga DUN Kuala Sentul.Banyak yg telah YB Dato' ketengahkan terutama isu generasi kedua.memang sebelaum ini tiada siapa yg benar2 membela nasib generasi kedua felda...tumpang gembira je le utk warga DUN Kuala Sentul...moga2 semua pengundi muda yg pastinya dari generasi kedua dapat menilai ketelusan YB Dato' dalam memperjuangkan nasib generasi kedua ini.....tahniah.....segala tindakan dan usaha dari YB. Dato' patutnya menjadi kebanggaan rakyat DUN Kuala Sentul......

Pink Ants berkata...

tkasih.. semalam saya telah utarakan di dalam perbahasan dewan tentang masalah yang timbul di kawasan saya,antaranya masalah penempatan dan peluang kerja jenerasi ke dua felda,masalah air yangmana loji air ulu jempul tidak berfungsi dengan baik,masalah pemeliharaan kawasan tadahan air bagi kg kuala sentul,jara dan sg jerik yang gunakan bekalan air alternatif dari air gunung,tentang tangki air di kg kuala sentul yang tidak digunakan dan tentang pembinaan Masjid Kg Kuala Sentol yang terbantut sejak 10 tahun lalu kerana kekurangan bajet.

Pink Ants berkata...

Menjawab soalan sinar lena,masalahnya ialah sistem penyampaian awam kita/delivery system yang masih banyak perlu diperbaiki.Kerajaan telah menyediakan polisi dan peruntukan tentang masalah banyak berlaku sewaktu perlaksanaan.Contohnya,di kawasan saya,Felda mengeluarkan bajet berjuta ringgit untuk membena loji air di Ulu Jempul bagi menampung bekalan air ke Felda Jengka 2,Ulu Jempul dan kg sekitar tetapi projek tersebut telah tidak benar-benar dikaji kesesuaiannya sehingga apabila siap,mempunyai masalah teknikal pula,dan masalah bekalan air pun masih tidak dapat diatasi.Semalam,saya telah memohon bajet sejumlah RM3juta lagi untuk menambahbaik loji tersebut,sebenarnya,ia boleh dielakkan jika pegawai-pegawai kita yang melaksanaknnya,menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.tkasih.

pak andak berkata...

Salam buat semua ,
Sungguh tak berapa saya faham pasal penyampaian awam/delivery system ni .... apa asal-usul dia ?, dimana duduknya ? , siapa yg berkuasa ? tentang apa ? dll .... tolong sesiapa terangkan sikit pada saya ...

Sekain terimakasih.

oldblogger berkata...

Dear YB and all bloggers:

Delivery system is probably on the critical atmosphere whether Pahang or national.

We should think on one thing- KENAPA PUTRAJAYA HILANG 1,500 UNDI KEPADA PEMBANGKANG PADA PRU-12 YANG LALU?

Mereka di Putrajaya ini bukan pengundi bertaraf mat rempit atau pengampu macam q*#@mberbi$#.

Tetapi mereka itu adalah frontliners of the core delevery system for federal goverment.

BUT why they've choosen to mandate the opposition. Just imagine 1,500 (not 150) hi rank gov officers-JUSA, PTD etc.

Study this, then you'll see the lack of eficiency in deleviry system nowadays.

Please,please and please dont talk to much on delivry sytem untill you study these situations first.

*thanks in advance for the expected future reply from YB

pak andak berkata...

Salam buat semua ,
buat oldblogger apa cerita hujung2 !!! ... cerita pangkal @ asal - usul "delivery system" pun tak boleh nak diterangkan ... ini semua nak tambah pening kepala kat org kampung , dan cik q*#@mberbi$# pun kena tempias ...hehehe ... jawaab cik jawaab ...

Pink Ants berkata...

Thanx old blogger 4 ur kind comments on this topic.Mmg betul,untuk memahami kelemahan our delivery system,byk yang perlu kita study.Ia pastinya saling berkait.Kadang-kadang polisi yang wujud tidak dapat difahami/dijiwai oleh penjawat awam,sebab itu mereka tidak dapat melaksanakannya dgn baik.Apapun,saya mengambil berat tentang isu ini dan sdg dalam proses menjalin persefahaman dgn para penjawat awam di kawasan saya.Setakat ini,saya dah pun bertemu dam berbincang dengan sebahagian besar dari mereka.Beri saya peluang,tkasih.

pak andak berkata...

Salam ,
yaa YB , jalin jangan tak jalin...
kalau tak , macamana nak dapat konsensus ..ya tak ? sementara tu biarlah saya mencari sendiri jawapan pd soalan saya tu .... mmmm ...
padan muka aku... hihihi..

Sekain terimakasih.