02 September 2008

ANWAR TANDUS IDEA

Cadangan DSAI supaya tarikh 16 September diisytiharkan cuti umum hanya dilihat sebagai gimik ahli politik yang bankrap idea dan hanya bertujuan mengalih perhatian rakyat dari isu-isu yang lebih besar kerana tiada apa-apa yang signifikan jika 16 September diisytiharkan cuti umum atau tidak.

Soalnya kenapa baru sekarang beliau timbulkan soal ini setelah kita mencapai kemerdekaan sejak 51 tahun lepas dan setelah 45 tahun Malaysia terbentuk.

Apakah dengan adanya cuti umum kita akan dilihat lebih patriotik.

Rakyat Malaysia telah menyambut kemerdekaan pada setiap tahun pada 31 Ogos, oleh itu ia sudah memadai dan tidak perlu satu tarikh lain bagi tujuan berkenaan.

Adakah tindakan menimbulkan isu ini lebih kepada kerana DSAI dilihat gagal menubuhkan kerajaan pada tarikh tersebut seperti yang diuar-uarkan selama ini.

Jadi DSAI sengaja mencipta satu isu khusus seperti ini bagi mengalih perhatian rakyat.

Kalau DSAI sudah mempunyai bilangan anggota Parlimen yang cukup untuk berpaling tadah dia tidak perlu tunggu tarikh berkenaan kerana dia boleh menubuhkan kerajaan lebih awal.

Namun kini beliau sendiri pun nampaknya belum pasti.

Saya nampak DSAI cuba melaksanakan pendekatan politik yang boleh menghancurkan negara dengan membawa implikasi perpecahan serta menggugat kestabilan negara.

DSAI sebenarnya sedang memulakan satu cara politik yang tidak sihat dan berisiko tinggi kepada Ketuanan Melayu dan masa depan negara tercinta.

Ini pastinya bukan budaya politik matang yang kita mahukan setelah 51 tahun merdeka.
Sedarlah rakyat Malaysia bahawa keamanan dan kestabilan itu bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli.

Lihatlah sendiri apa yang berlaku kepada negara jiran kita, Thailand yang berhadapan dengan kemelut politik sehingga mengakibatkan sesama penduduk sendiri berbunuh dan berperang kerana ketaksuban kepada politik.

Kita pastinya tidak mahu negara kita berakhir dengan tragedi sebegini... Nauzubillah

15 ulasan:

faziehana mn berkata...

DSAI pintar berbicara, hebat berhujah..malangnya..kehebatan yang ada adalah untuk meraih populariti peribadi.Lupa diri.

DSAI penuh gaya, wibawa berseloka..malangnya..hanyut dalam angan penuh nista. Maruah bangsa diperkuda sesukanya.

DSAI dalam kerakusan meraih kuasa, dalam kegilaan memburu duniawi jangan sampai lupa dosa pahala, jangan sampai lalai amanah agama, jangan sanapi maruah bangsa tergadai!

melayudap berkata...

adakah YB sensitif dengan isu 16september??YB hari malaysia diraikan di sabah..rakyat sabah khususnya mempunyai pengertian tersendiri pada 16september..tapi tak ramai org2 semenanjung yg alert ttg hal ni...

labu sayong berkata...

teman memang tak sior dgn si anwar nih! teman tak rela anwar jadi PM! bagi teman dia bukan pandai cakap tapi pandai tebur janji! tak kuasa teman dgn orang yg tanam tebu di bibir nih! tak sior!

Anak Jantan berkata...

Bagus la ...kutuk DSAI lebih-lebih rakyatpun dah tak kisah, Permatang Pauh pun pilih DSAI, apa nak kisah, lelaki hebat memang akan menang. Hidup DSAI..

melayudap berkata...

amboi kome labu sayong..ate kome ni pandai betui ngutuk dsai,,ate si tajul rosli tu tanam tebu gak ke..yakin benor deme dpt rampas perak..last2 x dapat...malu bertoi teman kalau jadi org kuat tajul rosli nih..tak sior teman..

Tanpa Nama berkata...

ketaksuban rakyat berjaya menjadikan DSAI sbg YB...biarlah mereka pilih dsai nie, seorg melayu yg menolong menjayakan dan merealisasikan harapan dan impian org2 cina dan india dinegara kita nie..pejuang bangsa konon..sehingga sanggop menggadai negara gamaknya, org cam nie pon msh ada ramai lagik yg menyokong..pirahhh anwar !!!!

hari ini mungkin Allah swt mengabulkan segala cita2 dan impian saudara dan bkn mustahil pon kalo satu hari nnti Allah tarik balik aper yg saudara ada, taubat lah sebelom terlmbt..

dato'..umno x ada ker formula utk tarik pengundi2 muda nie, sy lihat mrk dah jauh tersasar dek kehebatan pmbkng mendekati deme, umno cam senyap sunyi jer..mrk nie anak yg lahir slps merdeka dan mengecapi deb, kalo xada deb nie x merasalah deme masok univ, bile dah kuar dan keje bole plak menyokong pmkbg, do something laaa yb dato'..tarik mereka kembli pd kita bkn biarkan mereka, agresif laa sket...

labu sayong berkata...

ish, teman tak kata pun teman taksub dgn bang tajol! tapi yang nyatanya teman sangaaaaaaaaaat le menyampahnye kat anwar kome tu! tapi... jangan le sure bebeno malayudap oii... 16september tu pun belum tentu lagi kome oii! kita nunggu dan nengok aje le....

Pink Ants berkata...

Salam...
saya tak tahulah bagaimana DSAI dikatakan seorang pemimpin yang membela rakyat. Beliau hanya berjuang membela dirinya sendiri dan menggunakan sentimen-sentimen yang dekat dihati rakyat untuk mengabui mata mereka.DSAI kononnya perjuangkan hak untuk semua kaum,India dan Cina akan jadi Timbalan Perdana Menteri..dan selepas tu Perdana Menteri? DSAI kata akan pertahan hak-hak melayu dalam perlembagaan tetapi dalamasa yang sama mahu UITM dibuka kepada bukan melayu...Perjuangan DSAI hanya perjuangan peribadi,untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.Cakap tak serupa bikin,dulu kata UMNO amalkan kronisme,tapi dia sendiri?anak beranak duk dalam parlimen,begitu juga dgn Mr Karpal dan Lim Kit Siang,dalam UMNO mana ada..dalam PRU12 yang lalu,abang saya Dato Shamsul Najmi yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia tidak dipilih bertanding mewakili BN oleh pucuk pimpinan kerana alasan tidak boleh ada 2 beradik sekali menjadi wakil rakyat...kita akur kerana UMNO milik orang melayu yang menjadi teras kepimpinan BN di negara ini.

Tentang isu 16 september,pada hemat saya,walaupun tak cuti tapi tidak bermakna kita tidak sensitif dengan tarikh penubuhan Malaysia.Yang penting rakan-rakan di Sabah dan Serawak tetap menikmati faedah yang sama dengan rakyat Malaysia di Semenanjung.

Tanpa Nama berkata...

secara jujur sy xsuka pd dsai. tp sy terkilan bila yb menyatakan dsai akan melantik jd tpm kerana klu xsilap sy..yb hanya merujuk kpd artikel2 yg disebar semasa prk permatang pauh shj(ini jg mungkin perang saraf yg dicipta oleh org2 umno).
berkenaan uitm utk bukan melayu..sy ingin meminta pendapat yb berkenaan pembukaan kuota 10% pelajar bkn melayu di MRSM yg sebelumnye adalah 100% org melayu..apa pendapat yg?
berkenaan kronisme..yb dgn abg yb bknla bukti umno tidak amalkan kronisme..sedangkan pm ank beranak pn jd yb..bekas pm kita..tum mahathir pn ank beranak jd yb..dlm bn sndr pn ada jg ank beranak jd yb..kadang2 kita tidak boleh melihat faktor keturunan shj..malah yg penting adlh faktor kelayakan..pd sy..khairi jamaluddin xlayak pn jd yb..mulut je reti potpet2..
berkenaan cuti 16 sept..sy bersetuju xperlu cuti..tp klu cuti pn bagus juga..

melayudap berkata...

alahai labu sayong...teman idak ler kate kome taksub dengan tajol..tapi teman meng analogikan ketaksuban yg dilemporkan pada dsai...
saya sdgkan YB masuk PAS,pas lebih nampak memperjuangkan islam yg membela semua kaum...dah umno kata DAP party racist...YB x de rase nak menyeberang ke?

Tanpa Nama berkata...

eeerrrr Dato' nak tanya...Melayu sekarang (lepas UMNO perintah 51 tahun) berdaulat ke?

Bahasa Melayu?
Hak Istimewa Orang Melayu?
Dasar Eknonomi Baru?
Pembukaan 10% kepada bukan melayu di MRSM (jangan nampak uitm je..tu belum buat lagi...ni yang dah di buat)

kita cakap pasal melayu dulu..lps ni kalau Dato' Respond kita cakap pasal Islam pulak

Tanpa Nama berkata...

hidup PAS..yb ketandusan idea...

aku bukan nama sebenar berkata...

hehehe menarik...

cucu kuala sentul berkata...

syabas YB..
semua yang YB komen mmg tepat....
kalau melayudap baca mesti insaf punye...
pas x masuk book la bro...

Tanpa Nama berkata...

hidup PAS....
takbir!!!!