05 September 2008

Ramadhan Pertama Sebagai Wakil Rakyat

Semalam giliran saya berbuka puasa dengan penduduk di Pekan Sungai Jerik setelah sebelumnya di Felda Jengka 1. Walaupun saya ada mesyuarat Puteri UMNO di PWTC pada jam 2.30 ptg,saya bergegas juga pulang untuk menunaikan janji saya berbuka puasa di Surau Kg Sg Jerik.Pukul 4.30 dari PWTC,saya sampai jam 6.15 ptg,elok-elok Majlis hendak dimulakan.

Pekan Sg Jerik majoritinya penduduk Cina yang terdiri dari pekebun-pekebun sayur.Ada juga kaum India dan Melayu yang bekerja di Estet. Surau yang didirikan dipinggir bandar,berada dalam keadaan yang baik tetapi agak kecil dan tiada ruang untuk jemaah wanita,saya terpaksa menunggu jemaah lelaki selesai solat maghrib,barulah saya dapat bersolat. Selesai solat,saya bersembang dengan beberapa orang penduduk dan bertanya kenapa tidak suruh JKKK minta peruntukan membesarkan surau. Rupa-rupanya barulah saya tahu,tiada seorang pun wakil Melayu yang dilantik dalam JKKK. Untuk pengetahuan pembaca,walaupun wakil rakyat berkuasa menentukan ahli JKKK tetapi dalam kes yang melibatkan JKKK Kg Baru Cina,akan ditentukan oleh Exco dari kaum Cina juga. Saya rasa tersinggung dan memanggil Ketua Kampung,saya tegaskan,dalam lantikan baru pada awal tahun depan,saya mahu ada sekurang-kurangnya seorang wakil dari kaum Melayu. Terdetik di hati saya,kalau-kalau Lim Kit Siang jadi PM..apalah agaknya nasib orang Melayu?

Saya kesal kerana saya tidak diberitahu tentang perkara ini lebih awal.Selepas menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, saya terus menghantar sms kepada Menteri Besar mohon untuk membesarkan surau tersebut. Alhamdulillah,MB setuju dan minta saya buat anggaran kos dengan segera. Tok Imam pula membisikkan kepada saya bahawa mereka tiada kemudahan memandikan jenazah seperti takung dan sebagainya.Saya terus memanggil Ketua Pemuda dan meminta bantuannya untuk membeli peralatan tersebut dengan segera. Bagi diri saya,perkara sebegini tidak perlu tunggu peruntukan,kalau bukan saya wakil rakyat pun,saya tetap akan belikan.

Syukur Alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini Allah swt permudahkan urusan saya untuk membantu rakyat. Pagi ini,saya mendapat berita gembira dari pejabat YAB TPM,permohonan saya untuk membina Masjid baru di Kg Kuala Sentol telah pun diluluskan.Terbayang saya betapa gembiranya penduduk kampung yang telah lama mengharapkan Masjid baru ini,bila mendengar berita ini kelak.

Namun begitu, sedih juga saya dengan nasib penduduk di Felda Ulu Jempol dan Jengka 2 yang dah 4 hari terputus bekalan air akibat kerosakan loji. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pehak JBA,loji masih gagal dibaiki.Nak tunggu loji baru siap,ambil masa 18 bulan lagi...dugaan..dugaan..bertalu-talu saya menerima sms dan panggilan telefon daripada rakyat yang sudah mula hilang sabar...saya mengurut dada dan beristighfar,mohon supaya jangan pula saya yang hilang sabar.. Apapun,kini saya hanya mampu memastikan JBA hantar lori tangki air yang cukup ke kawasan yag terjejas.

Petang ini,saya akan berbuka di Masjid Ulu Jempol,harap-harap kegusaran dan keresahan mereka kerana tiada bekalan air dapat saya redakan sedikit dengan berita bahawa mereka akan menerima sebuah Van Jenazah dalamasa terdekat,sumbangan ikhlas daripada Masjid Kg Baru Kuala Lumpur dan Yayasan Zikay.Moga Allah terus murahkan rezeki sahabat saya Dato Mohd Khay b. Ibrahim yang sentiasa membantu saya dalam hal-hal kebajikan seperti ini.

Apapun,Ramadhan pertama saya sebagai wakil rakyat,tidak akan saya lupakan dalam sejarah hidup saya.Mendekati dan bersama dengan rakyat memberi seribu keinsafan dan perasaan yang sukar digambarkan. Moga Allah akan terus memberi saya kekuatan dan ketabahan.Amin.

12 ulasan:

emy berkata...

yb..
tahniah...kerana dapat bertindak pantas...dan dapat menggurangkan kerenah birokrasi yang banyak menyusahkan rakyat. Bila baca post dato ni , baru saya dapat rasakan yg dato benar2 berjiwa rakyat..(wpun kita sering bertukar pandangan...) dan jiwa dato sama seperti YAB Ketuan Menteri Melaka. Yg tidak suka melengahkan sesuatu urusan rakyat, apatah lagi apabila ia melibatkan kehidupan dan kebajikan harian rakyat....
Cuma biasalah...manusia. Kalau dah dibantu 10 kali, yang kali akhirnya tak dibantu..maka 10 kebaikan yang telah kita lakukan terhadapnya akan lenyap serta dilupakan.Tapi kalau kita dah tetapkan dalam hati apa jua yg kita lakukan ini kerana tanggunjwab dan tiadk perlu pada balasan, maka kita akan lakukannya dengan hati yang tenang....

Teruskan Usaha..Ingat YB akan datang PRU 13, bukan mudah bagi kita semua..pastikan YB dapat pergi ke ceruk / rumah2 di kawsan YB..itu sahaja cara kita dapat medekati rakyat dan menyelami apa jua masalahnya..

Saya yakin pada ketelusan perjuangan YB..

Tanpa Nama berkata...

tahniah yb..

alangkah bagusnye jika yb bersama2 muslimat pas..hehe

pelangibaru berkata...

tahniah YB..inilah semangat dan gerak kerja yang diperlukan oleh BN. menjadi wakil rakyat bukanlah bermakna kita boleh bermegah2..tetapi perlu benar2 menjadi wakil kepada rakyat.

semoga keluarga YB dilimpahi rahmat dari Allah keran sanggup berpindah ke dalam kawasan.

Semoga YB terus memberikan khidmat kelas pertama kepada pengundi2 di sana..

selamat berpuasa

Tanpa Nama berkata...

Tak payah tunggu Lim Kit Sian jadi PM cukup la UMNO yang memerintah...lepas satu negeri, satu negeri dapat kat orang lain, ni kesan UMNO perintah la sampai ke JKK pun tak ada wakil Melayu...apa la punya UMNO...

Dato' tinggal je la UMNO tu

Tanpa Nama berkata...

JKK sebuah kampung ulu di Pahang tidak ada wakil Melayu pun nak salahkan UMNO jugak ke? Berpada-padalah bila menuduh tu beb...

Ni kira oklah Dtk Shahaniza sanggup perbetulkan perkara tu....

Kena bagi pujianlah sikit kat dia...at least dia ada usaha.

Tanpa Nama berkata...

Memang la salah UMNO..UMNO perintah selama 50 tahun tak ada satu parti lain pun yang perintah Pahang selain dari UMNO...exco UMNO tak semak ke senarai JKKK yang sampai ke meja dia sebelum di keluarkan surat perlantikan....ke sibuk dok main golf?

cucu kuala sentul berkata...

saya agak bngga ngan Yb coz dpt tawaran utk menjdi ahli muslimat...tp org yang menawarkan tawaran tersebut pikir la baik2...yb datang dari umno bkan datang dari PR...keperihatinan yb selama ini datang nye dari umno....tp dah jd adun ni maklum la ahli PR pun kne layan sama rata....tapi pada ahli PR semua pikir la ....kalau la anda dapat yb mcm ni mesti best kan....lu pikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

berlori YB PR macam ni..UMNO dapat sorang tu pun bukan sepenuhnya..tapi separuh masaok dak bising keliling kampung

Tanpa Nama berkata...

sy sebagai penjemput yb menyertai muslimat pas berasa lebih bangga sekiranya jemputan itu di sambut oleh yb..insyaalaah..
cucu kuala.pikirla baik2..sy percaya keperihatinana yb bknla kerana dia dtg dr umno..ttp kerana sikap tanggungjawab dia terhadap jwtnnye..xde kene mengena dgn umno..cuma dia menjalankan kewajipan dia ats tiket umno..

Tanpa Nama berkata...

bayangkan JKKK xde org melayu?? mmg pelik kan.. mmg betul kata saudara yg kat atas tuh.. xyah tunggu DAP memerintah.nih zaman UMNO dah jadik gitu..x paham tol dunia politik UMNO nih..tuh la duk jaga periuk nasik sendiri..kata perjuangan melayu..tp tgk sendiri la..tuh baru 1 kg jerkk...kg2 lain x tau lg cite mcmne...UMNO la sgttttt...YB klo betul nak perjuangkan hak ISLAM jadik wakil muslimat PAS la..eh2 tp silap plak xkan yb nak masuk PAS kan..PAS kan xde duit..

cucu kuala sentul berkata...

wah2 meriah btul ye komen kat cni......wahai melayu yang diatas sane....setahu saya YB PR mane ada yang mcm YB disini...lagi2 YB PKR..yang diorang tahu tabur janji tp habuk pun tarak...

Tanpa Nama berkata...

UMNO apa kurangnya...janji bela melayu..sekarang melayu kemana? habuk pun tarak...makin lama perintah makin terhakis melayu... apa la UMNO