02 September 2008

Perlukah Tun M kembali kepangkuan UMNO?

Terpanggil juga saya untuk membicarakan tentang isu yang tercetus dari usul yang dibawa oleh beberapa cawangan UMNO di Langkawi yang mahukan Tun Mahathir kembali menyertai UMNO. Bagi saya secara peribadi,semuanya terserah kepada Tun sendiri.Tiada siapa yang menyuruh beliau meninggalkan UMNO dulu dan pada saya,beliau hanya keluar secara fizikal sahaja,tetapi hati dan jiwanya masih kuat lagi mencintai UMNO.

Umno bukan milik sesiapa secara peribadi.UMNO adalah wadah perjuangan memartabatkan agama,bangsa dan negara.Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan mestilah diteruskan.Dato Onn sendiri yang menubuhkan UMNO,meninggalkan UMNO tetapi beliau sendiri akur bahawa tertubuhnya UMNO bukan untuk perjuangan dirinya sendiri tetapi perjuangan seluruh umat Melayu.Biarpun keluar UMNO atas sebab peribadi,jasa dan budi beliau tidak pernah dilupakan.Begitu juga dengan Tun,sejarah tetap sejarah dan tidak ada sesiapa yang berhak memadamkannya.Kalau Ezam pun boleh diterima kembali,inikan pula Tun yang berjuta kali telah banyak berjasa kepada UMNO.Bagi diri saya,walaupun saya tidak amat bersetuju dengan Tun yang menghentam Kerajaan yang pernah satu masa dulu diterajuinya,tetapi jasa yang telah dicurahkan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.Tun yang bertanggungjawab melahirkan Puteri UMNO pada 2001 dan dengan penubuhannya,ramai golongan profesional melayu muda mula diterima sebagai pemimpin pelapis UMNO termasuk saya sendiri.

Memang benar,masa telah berubah.Iklim politik hari ini tidak sama macam dulu.Hari ini,hasil dari perjuangan UMNO sendiri,rakyat sudah jadi cerdik pandai.Sudah pandai membanding,sudah pandai 'demand',dan ada juga yang sudah mula lupa bahawa satu ketika dulu kita jauh ketinggalan dibandingkan dengan bangsa asing. Dulu melayu hanya layak jadi peon tapi sekarang sudah jadi Tuan DO,di daerah saya Maran,Pegawai Daerahnya orang perempuan..sesuatu yang tidak terjangkau diakal fikiran pada suatu ketika dulu.Dulu melayu yng jadi doktor dan lawyer hanya boleh dibilang jari tetapi sekarang ni,bak kata kawan saya,kalau lempar sebiji batu kat KL tu,pasti terkena kepala seorang lawyer.Dulu,kalau ada tv warna,heboh sekampung berkumpul tonton cerita Melayu setiap malam Jumaat tetapi hari ini,sebuah rumah ada lebih dari sebuah tv.Kalau dulu malu nak mengaku anak peneroka tetap hari ini,orang bandar pula yang bangga bermenantukan anak peneroka.

Walaubagaimanapun,tidak ada apa yang nak dihairankan..kerana dalam AlQur'an juga telah disebut bahawa,dalam diri manusia ada segumpal darah yang juga disebut hati..hati yang sentiasa berubah-rubah. Jika Tun mahu kembali,apa salahnya....buang yang keruh,ambil yang jernih.Insan baik seperti Pak Lah tentu tidak akan menolak sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada UMNO dan bangsa Melayu itu sendiri.

7 ulasan:

faziehana mn berkata...

Ya, semoga Tun M terbuka hatinya untuk kembali kepangkuan UMNO. Kritikan pedas, kelantangan Tun M menolak kepimpinan sedia ada sebenarnya turut membawa kesan negatif ke arah kemelut yang dialami oleh UMNO ketika ini.

Melayu tidak betah untuk terus diperkotak katikkan lagi...malah yang malangnya apabila orang Melayu sendiri yang lantang untuk menyerahkan 'hak' dan sedikit "kuasa' yang ada kepada pihak lain..TANPA dimintapun oleh bangsa lain..lidah semata2 melaung untuk kepopularan diri sendiri..

Malangnya apabila hak anak bangsa yang sekelumit itupun mahu diperdagangkan...dan lebih malang lagi apabila yang mahu memperdagangkannya itu adalah bangsa Melayu itu sendiri!

Dan alangkah baiknya jika Tun M daapat kembali ke pangkuan UMNO..bersama membangunkan negara kita dengan penuh megah..janganlah sampai kuasa yang sedikit ini lebur ditelan kerakusan egoistik..

melayudap berkata...

kalau tun sayangkan Bangsa Malaysia TDM wajar sertai DAP...

Tanpa Nama berkata...

sy menginginkan tun masuk umno..truskan pembangunan malah pesatkan lg..n yg utama sy inginkan tun ubah dasar umno..supaya menerima dan melaksanakan islam dasar islam seratus peratus..jgn jd kn alasan malaysia berbilang agama sbg alasan lg...

jika tun xmahu masuk umno...buangkan ego..join pas..sama2 bangunkan negara dgn landasan islam...jd kan dasar islam mendahului pemikiran..memimpin tindakan...

JALAKMInes berkata...

kepalahotak kau melayu DAP..
aku tak tahulah kenapa pikiran kau ni sempit macam si karpal oku tuyh..
TDM orang yang mulia mengangkat malaysia ke tahap yang disegani kan dah kata akan sertai UMNO kalau paklah dah takde.
Ko tak reti bahasa ke?...
TDM sayang UMNO....
TDM Cinta UMNO.
tapi sebabkan DSAAB tak mahu dengar cakap dia....sebab itulah dia jadi macam tuh...
DSAAB buat sesuka hati.hari ni naik....esok boleh kata turun...
AKu rasa ko ni dah kena bagi makan apalah dengan diorg ni.. sebab semangat melayu kau ni lain macam je aku tengok..
baik2...biar berkarat...jangan jadi keparat.
kah..kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

MelayuDAP kesunyian...asyik tembak dinding aje...dia perluka perhatian sebab tu duk bakar orang

melayudap berkata...

teman bukan cakap aje..tapi melayu yg modern mcm TDM wajar sertai DAP..mcm tunku aziz..tapi kalau TDM bersih laa..kalau x DAP pun tak sior...bangge betoi teman dengan ketua pemuda DAP...deme x kisah je announce peruntukan untuk sekolah agama..sape kate DAP anti islam...setakat tgk karatpal tu ape kes..ko igt semua org DAP suke ke karatpal tu??dia dah berkarat da...tggu mase je nak mampos

Tanpa Nama berkata...

Walaubagaimanapun,tidak ada apa yang nak dihairankan..kerana dalam AlQur'an juga telah disebut bahawa,dalam diri manusia ada segumpal darah yang juga disebut hati..

Dato' bukan dalam Quran dato', ini hadis dato', kalau tak pandai jangan cakap dato'...nanti jatuh hukum mengada-ngadakan ayat al quran pulak...teruk tu macam tu....

tapi UMNO....buatla apa pun halal ke haram ke belakang kira la