17 September 2008

ANWAR YANG KEMARUK KUASA

Hari ini telah masuk 17 September dan setakat ini masih tiada sebarang perubahan dan peralihan kuasa seperti yang digembar-gemburkan DSAI. Itulah realitinya seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang penuh dengan tipu helah dan kepentingan politik bagi mencapai apa yang diidamkan selama ini iaitu kuasa dan impian untuk menjadi perdana menteri. DSAI sanggup menggunakan apa cara sekali pun termasuk menghancurkan negara bagi mempastikan kemaruk kuasa politiknya itu menjadi kenyataan.

Usaha membentuk kerajaan baru yang cuba dilakukan oleh Anwar hanya menggugat kestabilan negara dan membawa bahana kepada rakyat. Sebenarnya soal pembentukan kerajaan telah pun selesai diputuskan melalui pilihan raya umum pada Mac lalu dan sepatutnya matlamat kini harus ditumpukan dalam hal-hal mentadbir negara. Namun usaha yang dijalankan beliau ini hanyalah tindakan yang akan menggugat kestabilan negara, menghancurkan kestabilan politik yang akhirnya membebankan rakyat. Hanya orang tidak mampu menilai dan berfikir yang mana baik dan buruk sahaja yang akan melayan kerenah ahli politik rakus yang kemaruk kuasa seperti Anwar.

Bagi saya daripada beliau berterusan melaung-laungkan pembentukan kerajaan baru, lebih baik DSAI membuktikan keberkesanan dan peranan yang mampu dilakukan Pakatan Rakyatdi parlimen. Kita juga boleh menilai dan melihat sendiri apakah Pas mampu memainkan peranan yang berwibawa dalam Pakatan Rakyat kerana Pas kini dilihat bersikap amat berhati-hati dalam menyatakan pendirian mereka berhubung pembentukan kerajaan baru. Malah sekiranya Pas melihat Pakatan Rakyat menyisihkan parti itu dalam memainkan peranan yang lebih utama, adalah tidak mustahil sokongan mereka beralih kepada BN. Mungkin juga Pas akan menjadi pihak bebas yang memberi sokongan kepada pilihan BN sebagai Perdana Menteri.

Sejarah membuktikan Anwar pernah mencuba perkara yang sama pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi gagal.Oleh itu cubaannya kali ini amat membahayakan kerana ia menyaksikan pelbagai kesan malah yang merbahaya dan perhatian dunia juga tertumpu kepada perkembangan politik di Malaysia. Selepas kegagalan DSAI dalam membentuk kerajaan pada 16 September lepas ini menunjukkan beliau merupakan seorang yang terburu-buru untuk mencapai matlamatnya dan akibatnya pakatan rakyat kini menjadi bahan ketawa.
Dan jika corak berpolitik Anwar ini berterusan ia mampu mengancam keselamatan negara kerana beliau tidak mementingkan kestabilan dan keamanan rakyat dan negara.

Walaupun cara yang dilakukan ini diluar batasan moral, DSAI tidak akan berhenti begitu sahaja malah tidak mempunyai perasaan malu setelah rancangannya itu gagal kerana yang penting matlamat menghalalkan cara. Beliau akan terus berusaha memperdayakan semua orang terutamanya rakyat negara ini supaya mempercayai kata-katanya. DSAI sepatutnya menumpukan usaha bagi membela nasib rakyat di kawasannya di Parlimen Permatang Pauh yang baru dimenanginya dalam pilihan raya kecil lalu. Apa yang lebih memalukan tindakan beliau yang terlalu terburu-buru untuk berkuasa itu telah menyebabkan pihak luar menanggap keadaan di negara ini sudah tidak stabil.
Kini telah mula kedengaran banyak rungutan daripada orang ramai bahawa ramai pelabur sudah takut untuk masuk ke Malaysia gara-gara perbuatan beliau.
Negara kita kini seolah-olah berada dalam keadaan tidak stabil dan inilah padahnya jika orang seperti DSAI tidak dikawal.

Bagaimanapun saya masih percaya majoriti rakyat di negara ini boleh berfikir dengan logik mengenai helah dan dakwaan DSAI matlamat sebenar rancangannya. Kita sepatutnya lebih matang berpolitik setelah 52 tahun merdeka dan pastinya kenyataan retorik oleh seorang pemimpin yang terlalu gilakan kuasa seperti DSAI ini menjadikan kita lebih matang dalam menilai dan menghakimi yang mana isi dan yang mana kulit.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar kini bahan lawak antarabangsa

Tanpa Nama berkata...

Anwar kini bahan lawak antarabangsa

Tanpa Nama berkata...

kdg2 sy rase kenyataan yb berdasarkan pemerhatian yg bebas..kdg2 mcm berat sblh pn ada..

pd sy..pndgn yb ni macam yb pandang anwar ni calang2 org je kn?pdhl dia bknla calang2 org..dia lebih lama berpolitik dr yb..

pd sy dia la org no2 slps mahathir..

btol ke pakatan rakyat jd bhn ketawa?
sy dpt rasakan ahli2 pr dan jg org2 umno yg xmengundi umno masa pru lps masih menunggu apa akan dilakukan anwar..
kita tgu dan lihat...

Tanpa Nama berkata...

yb nk tanding ketua puteri ye?
semoga berjaya..bila nk tanding ketua muslimat pas?hehe

Minat-puteri berkata...

Puteri kini lesu...sangat lesu...harap datuk akan tampil dengan idea-idea baru kalau menang nanti. Saya lihat sokongan pada datuk semakin kuat semenjak dua ini. Tahniah

Minat-puteri berkata...

Puteri kini lesu...sangat lesu...harap datuk akan tampil dengan idea-idea baru kalau menang nanti. Saya lihat sokongan pada datuk semakin kuat semenjak dua ini. Tahniah

Pink Ants berkata...

Memang benar Anwar lebih dulu berpolitik dari saya tetapi itu semua tidak menjadi ukuran.Yang menjadi ukuran ialah asas perjuangan.Adakah ianya untuk diri sendiri demi kepentingan peribadi atau benar-benar ikhlas untuk agama,bangsa dan negara?

Benar,saya akan bertanding jawatan Ketua Puteri.Bukan jawatan,pangkat yang dikejar tetapi saya hanya ingin menyumbang kepada anak bangsa melalui parti.Saya tidak takut kalah kerana saya tahu,jika saya kalah bermakna Puteri akan dipimpin oleh orang yang mendapat sokongan akar umbi dan pastilah mereka telah menilai bahawa orang itulah yang terbaik..Hanya mutu yang mengenal manikam...Saya hanya memberi pilihan dan menjanjikan komitmen untuk memerperkukuhkan parti...InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

tahniah datuk..