30 Oktober 2008

antara kain pink dan kain merah

Datuk Azalina Othman Said sebentar tadi telah membuat satu kenyataan di Kaherah, Mesir yang bagi saya 'perlu dihayati' oleh mereka yang berkain pink (Puteri) mahupun yang berkain merah (Wanita).

Beliau menggesa Pergerakan Wanita Umno menerima bekas anggota Puteri Umno ke dalam Wanita Umno sepertimana Pemuda diterima masuk ke dalam Umno.

"Jangan anggap Puteri Umno sebagai isteri kedua ataupun anak tiri sebaliknya Puteri merupakan anak bongsu yang mampu menguatkan Umno," katanya.

Saya tersenyum sendiri mendengar kenyataan Azalina itu. Beliau sudah tentu sudah merasa 'garam' hingga membuatkannya meluahkan pandangan tersebut.

Di pihak saya sendiri, tidak ada salah dengan apa yang beliau katakan.

Cuma kalau diizinkan saya ingin menambah...''kalau boleh Puteri bukan saja mahu dianggap anak bongsu tetapi juga pada masa yang sama mahu dianggap sebagai srikandi yang akan terus berganding tangan bersama-sama Pergerakan Wanita di waktu senang dan di waktu sukar"

4 ulasan:

ibuciloh berkata...

" berkorban harta atau nyawa' dalam lirik lagu puteri memberi makna yang mendalam dalam hati saya sebagai bekas puteri yang baru bersalin warna kain.Bagi saya Ulasan Datuk Azalina sangat berpatutan dan sepatutnya diterima oleh cik kak yang berkain merah. Wanita memang sangat memerlukan pemimpin yang bijak dan bertenaga seperti datuk Azalina. Yang muda dan yang tua perlu berkerja keras bagi memastikan Umno terus relevan menerajui bangsa dan negara.Marilah kita berkorban harta atau nyawa demi perjuangan bangsa.