08 Oktober 2008

Kompromi tidak lagi relevan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad (gambar) menegaskan pelaksanaan kaedah kompromi tidak lagi dianggap relevan dalam perebutan jawatan ketua pergerakan itu memandangkan majoriti mereka yang bertanding telah menjangkaui had umur yang ditetapkan.
Beliau berkata, perkara itu tidak perlu disangkal lagi kerana rata-rata pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding telah pun melepasi usia 35 tahun iaitu had umur dibenarkan menjadi ahli biasa Puteri.
''Kalau kita tengok semula, rata-rata mereka berusia 35 tahun ke atas, sebab itu kompromi tidak boleh dilakukan.
''Jika mereka mahu mengadakan pertandingan, biarkan sahaja, '' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat para pemimpin Puteri UMNO untuk mengadakan pertandingan terbuka dan menolak kompromi bagi merebut jawatan ketua pergerakan itu.
Antara yang bakal merebut jawatan tersebut ialah Naib Ketuanya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, 36, Datuk Shahaniza Samsuddin, 38, dan Datin Ismalina Ismail, 37.
Secara umum, rata-rata mereka menyokong penolakan kompromi kerana berpendapat, sudah tiba masanya bagi pemimpin Puteri dipilih melalui pertandingan selaras dengan usia pergerakan itu yang semakin matang.
Selain itu, mereka juga mendakwa, sekiranya pemilihan jawatan yang akan dibuat pada Mac tahun depan dilakukan secara kompromi dan perbincangan, ia dilihat seolah-olah menafikan hak ahli-ahli yang lain.

3 ulasan:

faziehana mn berkata...

Saya bersetuju agar jawatan di dalam perhimpunan Umno nanti dipertandingkan. Berikan hak ahli untuk bersuara dan memilih. Satu undi satu suara. Matangkan fikiran dan suburkan proses demokrasi.

dindingoren berkata...

yelah.. kita perlu mengamalkan politik yg matang. pertandingan tak semestinya membawa kepada perpecahan. ianya seharusnya menjadi saluran dan peluang kepada akar umbi untuk memilih siapa yg mereka fikirkan layak untuk menerajui sesbuah organisasi/pergerakan. pada yg akan menang nanti, perlu bertanggungjawab untuk memulih dan membawa pu3 ke tahap yg dihormati seperti zmn kegemilanganya semasa di bawah azalina. yg kalah pula perlu meneruskan perjuangan dalam umno dan jgn berkecil hati dan berpuak. papepun saya doakan agar Dato sha menang pemilihan kali ni sbb sy yakin dato boleh bawa pu3 lebih jauh dan lebih baik. insyaallah....

cucukualasentul berkata...

sudah sampai masanye pemilihan ketua di buat oleh akar umbi...biar lah dipertandingkan...kami tetap bersama YB...