26 Oktober 2008

Selamat Hari Deepavali


Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia.
Saya difahamkan, perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Saya juga dimaklumkan daripada rakan-rakan yang menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan.

Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Menarik sekali sejarah ini dan saya percaya pengajaran daripada peristiwa berkenaan masih relevan bukan saja kepada penganut Hindu tetap juga untuk kita secara keseluruhannya.

Ini menunjukkan yang tiada agama di dunia ini yang menyeru kepada kejahatan. Semua agama menyuruh ke arah kebaikan

Walaupun apa yang dilakukan oleh HINDRAF sedikit sebanyak telah mencalarkan keharmonian yang telah kita kecapi selama ini, namun saya tetap percaya yang majoriti daripada kaum India masih memegang teguh kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.

Biar apapun, saya tidak akan prejudis terhadap orang India kerana baik atau buruk, mereka tetap saudara saya, hidup dan mati kami adalah di bumi ini, di bumi Malaysia yang merdeka!

Selamat Hari Deepavali.


Tiada ulasan: