12 Oktober 2008

Terima kasih...

Alhamdulilah...sehinga semalam, 11 Oktober, saya berjaya mendapat pencalonan daripada 24 Puteri Bahagian di seluruh negara.

Tidak ada apa yang saya dapat katakan melainkan terima kasih sebanyak-banyak yang mungkin kepada adik-adik Puteri kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

Insya-Allah, jika saya berjaya kelak saya akan berkerja sebaik mungkin dalam memastikan Puteri UMNO terus berkembang menjadi lebih matang dalam arena politik negara.

Saya mahu memastikan UMNO terus kukuh melalui Puteri dan Puteri juga terus kukuh dalam UMNO.

Peranan Puteri kini perlu dipandang lebih baik lagi. Kita perlu meletakkan diri kita sebagai satu sayap yang digeruni dan dihormati.

Pada masa ini, tumpuan banyak terarah kepada Pemuda dan Wanita sejajar dengan usia kedua-dua sayap berkenaan.

Justeru, saya melihat kini sudah masanya Puteri melalui fasa mematangkan diri.

Lahir di zaman Datuk Seri Azalina Othman Said dan membesar di zaman Datuk Noraini Ahmad, berilah saya peluang untuk menjadikan Puteri lebih matang.

Menjadi Puteri matang adalah sebab mengapa saya menolak kompromi untuk jawatan sejak awal lagi.

Seperti yang pernah saya katakan, memang mudah kalau buat kompromi dan membahagi jawatan sesama sendiri. Tidak perlu berpenat lelah berkempen.

Namun adakah ia adil kepada para ahli?

Soalan yang lebih penting ialah sampai bila kita harus mengambil pendirian kompromi setiap kali tibanya pemilihan.

Kalau asyik kompromi maka bilakah kita akan dilihat matang berpolitik? Orang lain tidak akan memandang Puteri jika hanya kompromi yang kita amalkan.

Sebenarnya Puteri telah melalui banyak perubahan baik di bawah dua pemimpin sebelum ini. Itu tidak boleh dinafikan sesiapun.

Saya selaku yang bercita-cita untuk bertanding jawatan tertinggi itu juga mempunyai visi saya dan hanya melalui bantuan dan sokongan adik-adik Puteri maka saya akan mampu melaksanakan apa yang saya ingin buat.

Terakhir, kepada bahagian-bahagian yang tidak mencalonkan saya pun ingin saya ucapkaterima kasih kerana anda semua telah menyuburkan demokrasi dalam Puteri.

Dalam kita mahu matang, kita perlu mendokong demokrasi dengan sebaik mungkin.

Demi Puteri yang matang maka sudah masanya kita bertanding dalam suasana kekeluargaan dan hormat menghormati.

6 ulasan:

Faziehana mn berkata...

Salam hormat my dear YB

Semoga berjaya di dalam perjuangan dan seterusnya usah lupa perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara dilandasan yang betul.

Didoakan YB akan sukses, Insya Allah.Amin.

cucukualasentul berkata...

salam Yb..

saya berharap Yb dapat meneruskan perjuangn dalam menegakkan martabat orang melayu...semoga tercapai cita2 untuk Ketua Putri Malaysia....

Tanpa Nama berkata...

Menarik sekali pandangan dan visi datuk ini, saya harap ahli2 yang ada blog dapat kembangkan ke blog masing-masing. Saya tengok benda ini macam terbit darai hati yang suci. Sudah lama saya tidak melihat seorang ahli poltik di Malaysia menulis seperti ini. Kerap kali yang kita dengar cumalah setakat bertanding kerana mendengar suara akar umbi dan sebagainya. Takda sapa-sapa yang berjaya luahkan apa yang mereka nak buat. Tahniah datuk. U adalah aset Puteri kini.

dindingoren berkata...

datuk sha, tahniah atas pencalonan terkumpul. moga bertambah lagi selepas ini. sbg ahli pu3 saya sangat2 berharap lebih ramai ket puteri bhgn yg berani menyuarakan pilihan mereka. saya sgt berharap agar ket2 pu3 bhgn menjadi lebih matang dan dapat memerdekakan diri. pu3 perlu punya pemikiran sendiri, acuan sendiri. saya percaya datuk akan dapat mendidik ahli pu3 untuk menjadi lebih merdeka dan mematangkan pergerakan ini. doa saya untuk datuk dan pasangan datuk, yb nolee. ALL THE BEST!!!

nur_hisha berkata...

YB...tahniah di atas pencalonan..
semoga kemenangan menanti mu..

Pink Ants berkata...

terimakasih atas sokongan kawan-kawan..saya tahu sangat besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh kawan-kawan diluar sana,dan bukan sedikit airmata yang tumpah untuk mempertahankan saya.Insyaallah,saya tidak akan sia-siakan perjuangan ini,dan saya akan pastikan Puteri kembali dihormati dan digeruni.