17 Mei 2008

Belia Dan Guru

Betullah kata seorang kawan bahawa bulan Mei ini adalah 'Bulan Segala Hari'.Setiap hari ada sahaja Hari tertentu yang diraikan. 2 hari lepas,iaitu 15 Mei kita meraikan Hari Belia dan semalam pula,Hari Guru.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, para Belia berkumpul mendengar amanat PM.Gegak-gempita Stadium Bukit Jalil dengan sorakan para Belia. Saban tahun juga ada belia yang dianugerah Tokoh Belia Negara.Tetapi tak ramai diantara mereka yang kita lihat akhirnya digilap menjadi pemimpin negara.Bagi saya,Belia perlu lebih diberi peranan dalam masyarakat hari ini. Di kampung-kampung misalnya,belia juga harus diberi peluang menganggotai JKKK supaya mereka dapat terlibat secara lansung dalam menentukan arah tuju lapisan pertama masyarakat.Selagi idea dan kepimpinan golongan ini tidak diiktiraf diperingkat akar umbi,mana mungkin masalah sosial seperti merempit,melepak dan sebagainya dapat diatasi.

Menurut pengamatan saya,orang muda hari ini mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan kritikal. Mereka akan menggunakan pelbagai medium untuk berkomunikasi.Mereka mungkin kelihatan seperti tidak ambil peduli tetapi sebenarnya mereka lebih gemar menjadi pemerhati dan akhirnya mempunyai persepsi mereka yang tersendiri. Mereka harus diberi lebih ruang untuk berekspresi dan menterjemahkannya dalam bentuk yang positif.Sebab itulah dikawasan saya,saya menggalakkkan mereka menubuhkan Persatuan yang boleh menyatukan belia dari pelbagai kelompok sebagai saluran untuk merealisasikan aspirasi mereka.

Walaubagaimanapun,ia bukanlah hanya satu cara untuk mendekati golongan ini.Bagi saya,para pemimpin masyarakat dan parti mesti mempunyai 'political will' yang tinggi dan kreatif dalam usaha mendekati golongan ini. Memahami sahaja tidak mencukupi tetapi sebaliknya menjiwai jiwa dan pemikiran mereka ini juga sangat penting. Teringat saya kepada kata-kata Gautama Budha dalam buku The Dharmapada "We are shaped by our thoughts;we become what we think.When the mind is pure,joy follows,like a shadow that never leaves."

Guru adalah golongan yang paling banyak mempengaruhi corak pemikiran kita. Sebab itulah pada pendapat saya,guru perlu sepertimana satu ketika dulu,menjadi antara struktur terpenting dalam sesebuah kelompok masyarakat. Guru tidak boleh dipandang hanya sebagai satu profesyen semata-mata tetapi sebagai antara jentera pemikir dan penggerak kepada hala tuju masyarakat setempat. Elok juga sekiranya gurubesar dijemput turut hadir dalam mesyuarat JKKK dan bersama-sama memimpin masyarakat serta golongan belia setempat. Dalam setiap masyarakat dan ajaran agama,guru menduduki hireki yang tinggi. Oleh itu, sewajarnyalah kedudukan dan pengaruh mereka ini digunakan sebaik-baiknya selain dari mengajar ilmu formal semata-mata.

Tidak dapat dinafikan,setiap dari kita pasti mempunyai seorang guru yang telah memberi kesan yang amat mendalam kepada diri kita hingga kini. Saya tidak akan melupakan jasa mereka ini dan tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan mereka selagi hayat dikandung badan.Awal remaja saya di Maahad Hamidiah,Kajang banyak membentuk keperibadian saya hingga kini dan saya percaya,sepertimana juga rakan-rakan saya yang lain,jasa Ustaz Ghazali,Cikgu Selamah dan Ustazah Khalsom sangat besar dan tidak ternilai harganya. Titisan kasih mereka telah membentuk permata yang sangat berharga..yang hanya dapat saya ilustrasikan sepertimana sebuah poem zen yang berbunyi.."Oh man,the jewel is in your bosom;why look for it everywhere else?"

Selamat Hari Guru..selamat Hari Belia....Moga Negara kita terus Selamat Aman dan Makmur kerana jasa dan budi Guru dalam membentuk sahsiah peribadi belia negara...

5 ulasan:

qalamberbisa berkata...

salam,

guru antara yang mengajar kita tentang sesuatu ilmu..malahan guru juga satu jawatan, satu amanah yang dipandang mulia oleh masyarakat..

selamat hari guru buat semua yang bergelar guru...

Tanpa Nama berkata...

i just want to share this with u and all the teachers:

'We make a living by what we get, but we make a life by what we give' - norman macewan

Indisputably, a teacher gives a lot in shaping up our children's lives but receives little in return. Happy teacher's day to the unsung heroes.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih pada semua guru2 ku dan yang bergelar guru.
Hanya itu yg mampu kuucapkan kini.

Tanpa Nama berkata...

Saa sokong Dato kata belia patut diberi peluang berada di dalam JKKK untuk memberi pandangan kita , cuma sekarang ni rasanya orang tua2 tak baca pun pandangan kita kat sini ni.

Pink Ants berkata...

Hari ni,rakan saya wakilrakyat dari Guai,YB Norol Azali telah mengemukakan cadangan kepada Dewan Undangan Negeri Pahang supaya lebih ramai orang muda diberi tempat dalam JKKK.tkasih.