Salam buat semua pembaca ruangan ini yang bergelar ibu ,mak, mummy, umi, mama, mek.. amma sempena Hari Ibu yang diraikan hari ini. Sesungguhnya tiada kasih dalam dunia ini sesuci kasih ibu.Saya dedikasikan juga ucapan dan ingatan yang teristimewa buat semua pemimpin Kaum Ibu UMNO yang telah berkorban jiwa dan raga lebih 62 tahun yang lalu untuk melahirkan sebuah Parti Keramat yang membela nasib anak bangsa selama ini. Al fatihah buat mereka,sesungguhnya jasa dan budi kalian tidak ternilai harganya.
Setiap wanita yang lahir di dunia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Namun dari sejak kita dilahirkan,kaum hawa sentiasa diberi perhatian dan Allah membekalkan pula naluri yang penuh dengan kasih-sayang kepada kaum wanita.Walaupun kita dikatakan mempunyai 99 nafsu tetapi hanya 1 akal,tetapi tiada siapa yang dapat menyangkal kuasa cinta seorang wanita. Adam terbuang dari syurga keraa Hawa, Habil dan Qabil dua bersaudara saling berbunuhan kerana perempuan,kisah Yusuf dan Zulaikha,Helen of Troy,Mark Anthony dan Cleopatra serta kegagalan askar Amerika sewaktu Perang Vietnam turut berkait dengan wanita.
Kerana keunikan ciptaan Allah inilah,tiada lelaki dalam dunia ini yang mampu hanya menyayangi seorang wanita...sebab itulah juga Rasulullah saw apabila ditanya para Sahabat,diantara Bapa dan Ibu,siapakah yang perlu dihormati,Rasulullah menjawab ibu sebanyak 3 kali sebelum menyebut Bapa. Begitulah betapa ajaran Islam sendiri mensyariatkan Ibu supaya dikasihi dan dihormati.Namun,pada hari ini,bersempena juga dengan Hari Ulangtahun UMNO yang ke 62,saya ingin mengulas peranan wanita yang menjadi isteri..ibu..dan juga pemimpin macam kita semua ni...
Tidak dinafikan bahawa bukan mudah sebagai seorang pemimpin untuk turut melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sekaligus. Kalau calang-calang orang,memang pancit dibuatnya. Secara telus, bukan sedikit kesah yang kita dengar tentang kekecelaruan rumahtangga yang berlaku kepada mereka yang bergelar pemimpin.Sedangkan orang biasa yang menjalani rutin hidup biasa,menjadi surirumah sepenuh masa,24jam bersama anak-anak dan sentiasa jaga makan pakai suami tercinta pun dilanda ombak dan badai..inikan pula rumahtangga kita. Mengambil tips Serikandi Negara Tun Fatimah Hashim dalam buku memoirnya,beliau sering memastikan walau sesibuk manapun beliau,beliau akan mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Yang paling penting, keluarga dapat memahami dan saling menghargai.
Seorang teman menghantar SMS kepada saya pagi tadi.."Dalam kita melangkah,kadang-kadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis,peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali kedalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.." Memang benar,saya juga percaya bahawa Allah taala jika hendak memberi kita kekuatan,akan memberi kita pelbagai dugaan dan cabaran, yang penting bagaimana kita menangani dan menghadapi masalah dan adakah kita telah berjaya mengatasinya atau gagal ditengah jalan.
Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan,saya sendiri pernah melalui pelbagai dugaan suka duka dalam mengharungi dunia politik yang penuh ranjau dan duri. Namun berkat kesabaran,keihklasan dan yang maha penting doa ibu,ibu mertua dan suami tercinta,saya dapat mengharunginya bersama dengan mereka.Hari ini,mereka bertiga disamping anak-anak,adalah tunggak kekuatan jiwa saya dan percayalah..setiap sesuatu yang berlaku dalam diri kita,ada hikmah yang besar disebaliknya..kita tidak akan merasa manisnya cinta dan kasih sayang jika tidak melalui ujian dan Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu melaluinya.
Begitu jugalah dengan UMNO hari ini,pada usia 62 tahun..kita telah menerima pelbagai ujian demi ujian,tetapi perjuangan masih diteruskan dan saya kira...generasi muda dalam UMNO kini telah lebih bersedia bukan sahaja untuk menerima warisan perjuangan ini tetapi turut memperlengkap diri untuk membawa UMNO kesebuah dimensi baru..alaf baru...
Sekali lagi Selamat Hari Ibu..dan Selamat Meneruskan Perjuangan Suci...
6 ulasan:
Assalaumalaikum w.b.t
SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU
Duhai apakah gerangan
Budi Balasan
Bagi insan melahirkan
membesarkan
Bercucuran air mata
bila mengenangkan
Betapakah besar budi
Ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Duhai apakah gerangan
Budi balasan
Bagi insan melahirkan
membesarkan
Tiada bahagia Jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu
di telapak kaki ibu 2x
ibu permata hati, ratu dalam hidup.
sayangilah ibu ketika dia masih ada.
selamat hari ibu.
selamat hari lahir UMNO ke 62.
tapi sayang, tak nampak dato' pun kat pwtc tadi? bz agaknya di kawasan?
saya menyokong kenyataan YB Dato', Napoleon Bonarparte berhasil dan berjaya dalam perjuangan adalah kerana cinta kepada isteri dan Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang ternama berjaya dengan gemilang hasil dorongan kekasihnya..
Ibu..Ibu..engkaulah ratu hatiku bila ku berduka engkau hiburkan selalu Ibu..Ibu..engkaulah ratu hatiku..kepada saudari2 yang telah menjadi Ister,IBU...saya mengucapkan Selamat Hari Ibu..
Salam...
Selamat hari ibu utk semua yg telah dan bakal menjadi ibu...
Selamat Hari Ibu ....
salam,
selamat hari ibu buat mak yang amat2 aku sayang..tanpa mak aku takkan ada pada hari ini..aku takkan dapat mengenal dunia..
aku juga pernah menghadapi saat2 yang amat getir dalam hidupku yang mana ianya aku hampir hilang arah dan tujuan tetapi dengan kasih sayang, dengan segala tunjuk ajar, dengan segala nasihat dan juga mak memberikan kekuatan agar aku terus bangun..agar aku terus kuat semangat..agar aku tidak mudah mengalah dalam menghadapi saat2 yang amat menggetirkan dalam hidupku..'terima kasih mak, aku tak dapat membalas segalanya cuma aku senantiasa mendoakan kebahagiaan mak di dunia dan di akhirat..
buat ibu mertuaku, terima kasih kerana mengajar aku erti kemanusiaan, erti hati seorang insan, mengajar aku tentang ketabahan...
buat arwah mak angkatku, terima kasih kerana mak menerima diri ini..terima kasih kerana menyayangi diriku seadanya..terima kasih kerana mak meninggalkan aku dengan "Kenangan Terindah" dalam hidupku...al-fatihah buat bonda Saodah Mansor..
oh! betapa besarnya jasa mereka pada aku..
renung2kan bersama
-adios amigos-
Catat Ulasan