Saya diperkenalkan dengan rakan-rakan Jengka Line oleh pilot saya,Am.Mulanya saya hanya suka-suka mencuri dengar perbualan Am dan rakan-rakannya melalui Push To Talk.Perjalanan yang panjang dan hari-hari yang memenatkan membuat saya agak terhibur dengan perbualan mereka yang seringkali dengan suara yang dilenggokkan berceloteh tentang pelbagai perkara.
Am mendaftarkan telefon saya untuk mendapat perkhidmatan PTT yang kini semakin menjadi kegilaan..Jengka Line dianggotai oleh mereka yang berada di wilayah Jengka.Kawasan saya termasuk juga dalam Wilayah Jengka. Kebetulan,Tok Penghulu Jengka yang masih dalam usia awal 30an menjadi penaung kepada Kelab Jengka Line.Mereka bukan sahaja sentiasa berhubung melalui PTT tetapi menjalankan aktiviti yang berfaedah.Jengka Line, telah mewujudkan ,saya kira satu rangkaian yang unik dan ceria.Nama-nama yang digunakan seperti Mr Bean,Jin Bara,Tokki,Atok,Pelesit dan lain-lain mewarnai komuniti ini hampir 24jam.
Saya menyertai mereka bukan sekadar untuk suka-suka.Bagi saya ia adalah salah satu cara saya mendekati pelbagai kelompok masyarakat di kawasan saya.Mereka adalah terdiri dari kelompok orang muda yang dikatakan oleh pak Lah baru-baru ini gagal didekati oleh Pemuda dan Puteri. Walaupun berbicara dalam bentuk celoteh,tetapi banyak juga maklumat terkini dapat disampaikan secara tidak lansung.Paling menarik,anak dan isteri masing-masing turut menyertai pada waktu-waktu tertentu.Jengka Line akhirnya mencipta satu bonding diantara mereka.Walaupun saya juga menggunakan nickname 'Pinky' sewaktu berkomunikasi tetapi mereka tetap menghormati saya sebagai wakil rakyat mereka dan gurauan serta celoteh mereka tidaklah melampaui batasan dan sempadan. Satu hobi yang menarik dan terapi yang baik untuk menangani stress... Hidup Jengka Line!!!!
6 ulasan:
mmm menarik juga line Jengkani yaaa Yb ... tapi camna nak join ? kat mana ?pada siapa nak daftar ? apa no telefonnya ? ada syarat lain ke ?
Aiiik ... takde respons ke ?
Takkan takder org minat kat PTT nih .... abis tu yg Pilot Yb join tu untuk apa ? macam takder faedah ajer ... takkan takder ahli PU3 yang berani nak join ?
Bukan takde yang minat nak respons, tapi topic ni terlalu remeh sangat.
Kalu kita dok komen topik2 macamni seolah-olah kita merendahkan pulak kredebiliti dan tahap pemikiran bakal Ketua Puteri kita ni.
Just let her share the experince and black or white of the first term Assemblyman.
To anyone interested to this PTT- please refer to your cellular provider. This service is payable.The concept is similar to walkie talkie or trunk radio.
Very practical for group communication, but it's half duplex sysyem meant only one party talking at a particular time.
Tq oldblogger for the explaination on the concept of PTT...membership of Jengka Line is not open for public..it's by invitation only.I'm just sharing my experience with this PTT and as suggested by the oldblogger,if u r interested,u may contact the service provider..i.e maxis,to set up your own PTT group,tq
YB
most welcome ur tq. it's sound cooperative.
Catat Ulasan