07 Mei 2008

PKR- PARTI KELENTONG RAKYAT

Hari ini saya menerima e-mail dari seorang rakan sekolah saya sewaktu di Maahad dulu. Sebagai seorang Banker,dan bukan orang politik macam kita,pandangan beliau mewakili suara rakyat diluar sana. Menurut beliau, PRU12 sangat memberi kesan kepada beliau kerana kampungnya di Perak,dimenangi PKR..kawasan ibu-bapanya di Sg Besi juga dimenangi PKR,dia tinggal di Gombak Setia,kawasan dimenangi PAS. Sebenarnya,menurut perhatian beliau,undi rakyat dalam PRU 12 memanglah hanya undi protes.
Kesudian kawan saya ini berkongsi pandangan dengan saya membuktikan bahawa tidaklah semua dakwaan yang menyatakan golongan muda sudah tidak sayangkan UMNO lagi. Mereka masih lagi mengambil berat dan menghormati institusi politik yang telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu ini. Sewaktu kami mengadakan pertemuan semula alumni minggu lepas di Maahad Hamidiah,Kajang..maklumbalas kawan-kawan dan penerimaan mereka kepada saya sangat baik.Banyak pandangan diberikan.Antaranya,seorang rakan yang mengakui dirinya kini Pembangkang melahirkan rasa kesal kerana katanya orang UMNO hanya suka berkawan sesama sendiri.Seorang lagi rakan kata, orang UMNO taksub dan tidak cuba mendekati mereka yang diluar apatah lagi menerima pandangan mereka.Yang paling menarik,seorang rakan yang terkenal dengan pendiam waktu sekolah dulu,membuat kenyataan ringkas tentang PKR.."alah..PKR..Parti Kelentong Rakyat.."
Memang kita pun setuju seratus peratus dengan komen rakan saya itu. Baru 60 hari memerintah Selangor,MBnya yang disebut oleh rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri Serawak sebagai produk DEB,mengakui bahawa tidak dapat menunaikan janji sewaktu Pilihanraya untuk menurunkan cukai taksiran sebanyak 20%. Alasan? Jika dilakukan juga,Kerajaan Negeri akan mengalami beban kewangan yang sangat berat..Hmm..sekarang baru kau tahu ya...
Seorang lagi rakan yang tinggal di USJ menghantar SMS kepada saya,MPSJ katanya kenakan interest sekiranya lambat bayar cukai pintu tapi sampah dah 3 minggu tidak diangkat..berbanding masa BN menerajui Selangor dulu...effisient..sekarang bila MP nya Hannah Yeoh dari DAP, penduduk Apartment dengan beraninya biarkan anjing berkeliaran dan mengamalkan budaya pengotor mereka.
Memanglah PKR ni Parti Kelentong Rakyat. Parti takda pendirian.Hingga sekarang,tiada seorangpun pemimpin PKR mahupun PAS yang buat kenyataan tentang Karpal yang menghina Kesultanan kita.Mungkin itulah agaknya makna "Pakatan" kot...berpakat-pakat dalam menghancurkan ketuanan Melayu dan membelakangkan Prinsip Rukunegara yang menjadi teras kemerdekaan negara ini.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum rakan-rakan..

Daripada apa yang K Sha tulis tu pasal orang UMNO tak suka bercampur, orang UMNO kawan sesama sendiri, orang UMNO tak dengar pandangan orang luar (bukan orang luar, pandangan ahli parti pun kadang2 tak diambil kira), kita mesti memandang serius isu-isu ini jika kita mahu UMNO akan terus mendapat sokongan masyarakat umum di luar sana. Pokoknya, sesiapa yang dok dalam kepimpinan UMNO yang tertinggi tolonglah sampaikan perkara ini, dan tolong lah berubah.

Saya pasti kalau UMNO sanggup berubah, sudah tentu kita akan meraih kembali sokongan masyarakat di luar sana..

Umum semua tahu, PKR, DAP mahupun PAS semuanya parti pembangkang. Mereka sebenarnya tak tau buat apa selain membangkang sahaja. Sudah tentu mereka ini tak boleh nak memerintah dan mentadbir negeri. Kerana kita tahu menguruskan sesebuah negeri tak semudah menabur janji-janji manis ketika berkempen dulu dan tak semudah menguruskan kelab matematik di sekolah.

Oleh itu, biarkan je mereka tu memerintah negeri. kita tengok jer apa mereka nak buat dalam masa 4/5 tahun. Apa lagi yang akan mereka announce selepas ni, kita tunggu jer..kalau dah banyak sangat janji manis tak tunai, negeri jadi kucar kacir dan Raja pun mereka tak endah lagi.....lambat laun rakyat dengan sendirinya akan dapat menilai yang batu dan yang mana permata.

Wallahua'lam.....

Tanpa Nama berkata...

selangor, kedah, penang, kelantan n perak jatuh ke tgn pembangkang. adakah pembangkang kuat?? no no no actually UMNO yg lemah. kenapa UMNO lemah dan Lemau sebab org umno dok d takuk lama. ada org kata: ahli Politik umno ramai yg berjawatan GURU. cikgu2 adalah satu bidang pekerjaan yg tidak mencabar dan org yg menjadi cikgu adalah mereka yg takut mengambil risiko... renung renung kan. kita perlu mengubah cara bekerja dan cara berfikir.. kerana dunia sudah berubah. kalau pemimpin sudah tidak effisien maka pemimpin itu perlu diUBAH

Tanpa Nama berkata...

kita jgn melihat ke SEBERANG. kita patut renung ke DALAM.

Tanpa Nama berkata...

umno leaders must listen to what grassroot have to say... takut kalau asyik buat penyakit pekak n bisu... yg tinggal hanya pemimpin... pengikut dah lari... keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

waa cakap la kan.. olang umno suka syok sendili.. suka jaga kroni.. suka makan solang2.. tatak tau jaga jentera.. bila jentera sakit umno tatak sihat.. umno sudah lost d golden touch!! umno sudah tatak pofular

Tanpa Nama berkata...

Salaam semua ,

Kata orang putih " if you can you do , if you can't you teach " ...
mungkin itu lah yang sesuai dipraktikkan oleh pemimpin kerajaan hari ini untuk memulihkan semangat dan keyakinan semua pihak .

qalamberbisa berkata...

salam,

heheh statement PKR-Parti Kelentong Rakyat..memang kelakar sebab dah nyata lah orang kita ni memang senang kena kelentong..kan dah tergadai negeri..apa lagi meraung laaa..uwaaaaaaaa!!!

aku pun duduk kat negeri pembangkang ni..aku tengok depa orang ni dah mula buat sesuka hati jer..iskh..iskh namun inilah peringatan dari ALLAH agar menyedarkan umat islam yang berbangsa melayu agar bersatu..

tak sumer orang UMNO tak nak kawan dengan orang yang bukan orang UMNO..aku kawan dengan sumer orang..walaupun aku biasa gak kena tiau dengan geng2 pembangkang ni tapi aku dapat gak lah menepis dakwaan2 mereka walaupun kengkadang paneh telingo dibuek nyo..kenalah bersikap rasional..kalau tak sabar mau bertumbuk jadinyer..

PKR-pakar kelentong rakyat
PKR-pakat kena rasuk

mangsa yang kena rasuk??
depa dan keluarga depa..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

Salam....

Mengapa ramai org melayu muda lebih suka memilih PKR, Parti yng di katakan penipu....Mengapa saluran pengundi muda tidak banyk menyokong UMNO sebaliknya menyokong Parti yg dikatakan penipu tu....mengapa negeri selangor yg boleh di katakan ramai org muda yg berhijrah ke situ gagal utk kita org UMNO mendapat undi dan kemenangan dlm PRU 12 baru2 ini...

Marilah kita sama2 wahai Pu3 UMNO yg bijaksana mencari jln bgaimana utk mendapat kembali kepercayaan org2 muda utk bersama - sama dgn kita memperjuangkan UMNO dan org melayu...menjadi tnggungjawab kita utk memikirkan bagaimana caranya utk kita menarik minat generasi muda....Generasi muda sekarang lebih suka membangkang dan menyokong kerajaan...

Dari laporan yg di teliti kita UMNO dan Barisan Nasional gagal menarik minat pengundi muda utk bersama- sama dlm PRU 12 baru2 ini...kita juga gagal dlm meraih undi mereka...

PKR adalah satu Parti serpihan dari org2 yg bijak dlm UMNO dan yg kecewa dgn UMNO....yg gagal mendapatkan apa yg dihajati...golongan ini yg bijak memujuk dan bijak mencari undi....

Aku x dpt bayangkan bagaimana satu hari nanti kita semua ini duduk di bawah pemerintahan PKR...aku takut klau memikirkannya...marilah kita bersatu hati menguatkan kembali UMNO di mata masyarakat org melayu demi anak - anak cucu kita di masa akan datang.aku juga bimbang akan dpersalahkan oleh anak cucu kita nanti krn gagal mempertahankan kekuatan UMNO yg sebelum ini sebuah parti utk menjadi naungan org melayu.....

renungkan lah........

Tanpa Nama berkata...

Topik yg best..

UMNO selalu underestimate pembangkang.. dulu sebelum PRU12 UMNO kempen kata isu2 Pembangkang x relevan, now apa dah jadi.. sekarang pun masih nak kata pembangkang x pandai jadi pemerintah.. Tanya diri sendiri pandai sangat ke UMNO memerintah selama 50 tahun ni?? Kalau asyik kata orang tak bagus memang sampai bila2 pun umno takkan pulih..

Comparing is good but condemning is not..

Tanpa Nama berkata...

baru depa tue tau ker yg PKR tue camtue..x per laa hadiah buat pengundi yg undi depa..kalo marah sgt kat umno pon jgn laaa buat camtue...ada kepala otak tue guna laa..nie guna kepala lutut sbb tue jadik gni..

pastue kita yg dlm umno nie sedar laa sket..jgn dok asyek leka jer..hanyut dan syok sendiri..bangunlah wiehh dr mimpi2 indah..sedar laa..
TAK PERLU NAK DOK CAKAP JER BUAT LAA TINDAKAN, BERSATU..TUNJUKKAN PD RAKYAT YG KITA NIE BUKAN CAM YG DEPA DOK KATA...tak tau laa aku kalo x sedar gak???

qalamberbisa berkata...

salam,
marilah kita bersama menghayati lirik lagu ini...

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

bermakna kata, marilah kita memandang diri muhasabah diri bagaimana perjuangan kita yang seterusnya? bagaimana gerak langkah kita akan datang?

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

sy x mampu utk mengulas ttg isu UMNO tetapi apa yg sy ingin perkatakan bahawa keRAKYATan Karpal Singh harus di tarik balik kerana kianat kpd perlembagaan negara. adakah karpal itu terlupa bahawa kontrak sosial tanah ini adalah tanah melayu & raja adalah ketua negara dan agama islam agama rasmi..kalau Tun Sambanthan xsetuju dulu karpal pun merempat ntah di mana.. sedarlah rukun negara yg kedua..renung2kan..selamat beramal..

Tanpa Nama berkata...

umno goyah bukan sebab tak dengar kata grassroot, tapi grassroot sendiri yg bermuka2. bab mengipas org atas, huih marvellous.
klau bagi report, wow cantik belaka, sedap mata memandang.
bila tanya ada masalah ke, jawabnya ok no problem dato'.
habis tu camne?

tuding la jari kat sesapa, sebab yg pasti kita tak salah. MEREKA yang salah...