18 Mei 2008

Puteri Kena Lebih Berani?

Petang tadi,dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas merasmikan Kem jati Diri di Felda Ulu Jempul,saya singgah sebentar di Pekan Temerloh minum petang dengan beberapa orang rakan lama. Topik berkisar kepada isu semasa dan akhirnya entah macamana topik Puteri turut menjadi topik perbualan.Salah seorang rakan menyatakan bahawa Puteri sekarang kurang menyerlah dan tidak berani mengatakan sesuatu pendirian.Saya terkejut dan cuba menafikan pandangan tersebut. Pada pendapat saya,program-program Puteri khususnya yang dihadiri oleh Ketua Puteri Malaysia sentiasa mendapat liputan meluas media.

Namun,rakan saya juga yang merupakan pemerhati politik menyangkal kenyataan saya. Menurut beliau,Puteri memang mendapat liputan tetapi lebih kepada angle glamor dan tidak dirasakan impaknya kepada perkembangan politik semasa. Merah juga telinga saya mendengarnya kerana sebagai salah seorang pemimpin Puteri,saya melihat dengan mata saya sendiri bagaimana disetiap pilihanraya kecil dan juga PRU 12,bagaimana ahli-ahli Puteri bekerja keras menjadi jentera parti.Sambil tertawa sinis,kawan saya itu menyatakan bahawa,mungkin saya berpendapat sedemikian kerana saya sebagai orang dalam.tetapi orang luar sepertinya merasakan kini Puteri lesu dan kurang menyerlah.Dia meminta saya supaya mengenepikan emosi sebaliknya memikirkan secara rasional pendapatnya sebagai pemerhati.Katanya lagi,kalau Puteri tidak segera melakukan transformasi,tidak mustahil Puteri akan terkubur dalam jangkamasa 4 atau 5 tahun lagi.Puteri mesti kembali vokal dalam memperjuangkan sesuatu isu. Puteri mesti menjadi idola kepada golongan wanita melayu muda.Puteri mesti dianggotai oleh pelbagai latarbelakang dan mesti dihormati oleh wanita muda profesional.Puteri mesti jelas dalam mengambil sesuatu pendirian dan ia mestilah difahami dan dijiwai oleh Puteri diperingkat akar umbi.Saya terdiam dan mula berfikir tentang kebenaran kata-kata rakan saya itu.

Walaupun agak pahit untuk ditelan dan agak sukar untuk saya menerima pendapat beliau tetapi saya terpaksa akur bahawa ada sebahagian dari yang diperkatakan itu benar.Puteri memang perlu lebih berani dan kembali kepada asas perjuangan penubuhan Puteri itu sendiri.Teringat saya SMS dari seorang ahli Puteri dari Selangor yang memberitahu saya tentang adanya ahli Puteri yang tidak tahu tentang Sejarah UMNO apatah lagi menjiwai penubuhan Puteri itu sendiri.Mereka ini sewaktu PRU12 yang lalu,senang terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang akhirnya menyaksikan Selangor jatuh ketangan parti yang kini terbukti gagal menunaikan janji-janjinya.

Kepada rakan-rakan Puteri sekalian,marilah kita bersatu,ketepikan perbezaan,kita cantumkan persamaan dan kekuatan,bersama melakukan transformasi agar Puteri terus dihormati dan menjadi wadah perjuangan wanita melayu muda yang melahirkan jenerasi penyambung warisan....Jangan tunggu lama-lama....Kalau bukan sekarang,bila lagi...kalau bukan kita,siapa lagi?

Walaubagaimanapun,sebelum saya mengundur diri,ingin saya berkongsi sebuah pepatah arab yang dikirimkan oleh seorang teman kpd saya melalui sms sebentar tadi yang berbunyi..'setiap sesuatu yang jatuh itu,pasti ada yang mengutipnya'....hmmm...maknanya?marilah kita renung-renungkan bersama...Wallahua'lam...

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB Sha, sad but true... Pu3 memang tak cukup menyerlah di zaman Datuk Noraini. Maaflah kalau ada yg marah. saya sendiri adalah ahli puteri sejak dari penubuhannya lagi. tetapi pu3 di era Noraini lebih banyak liputan dari segi aktiviti, kurang dari segi memberi pendapat mengenai sesuatu isu. intellectual impact tu macam tak banyak.. Tapi, saya tak setujulah kalau kata pu3 akan terkubur... saya pasti selepas ini puteri akan lebih dominan.. dengan syarat KPUM yang baru dan KPUN di setiap negeri memainkan peranan yg lebih mantap lagi. Saya harap bila YB SHa jadi KPUM nanti (insyaallah), YB boleh meletakkan pu3 ke tempat yg lebih dihormati. All the best!

Tanpa Nama berkata...

Salaam semua ,
Kata org Melayu "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
Kata org putih "Rome was not built in one day" ,
tekun dan sabar aje laaa YB , tapi kerja terus berjalan siang dan malam , celik dan pejam .... selagi nyawa dikandung badan .

Tanpa Nama berkata...

Saya memang setuju 200% pandangan kawan K Sha tu.....

Tanpa Nama berkata...

Halloo..PU3..wake up..

qalamberbisa berkata...

salam perjuangan,

"Puteri Kena Lebih Berani"...

bagi aku memang sekarang puteri tak berani..sebab apa aku kata puteri tak berani, sekarang kalau apa yang nak buat mesti ada sekatan..mesti ada bantahan..

seharusnya sebagai generasi muda Puteri mesti berani menyatakan pendapat ataupun pendirian..aku tahu kalau sekarang kita memandai2 berkata2 dah tentunya kita ni dicantas awal2..sebab apa? sebab apa yang kita nak cakap..sebab apa yang kita nak bantah..sebab apa pendirian dan pendapat kita dah tentunya menampakkan kelemahan pemimpin diatas yang mana mereka ni diantara golongan yang tak mahu menerima pendapat dan pandangan orang lain..padahal pandangan sesetengah daripada kita hanyalah demi kebaikkan bersama tapi SAYANG adakalanya kita dianggap sebagai satu 'ancaman' kepada mereka jadi sampai bila kita nak berterusan begini???

jadi aku harap jika selepas ini..selepas kepimpinan baru yang bakal diterajui oleh pemimpin2 Puteri yang seterusnya harap2lah boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain. Lebih berani memberikan idea demi kebaikkan kita bersama..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

Jentera Penerangan Puteri sangat berkesan dizaman Mastina Abdul Hamid, ada road tour seMalaya dan diberi penerangan yang jelas tentang asas kewujudan Puteri serta sejarah UMNO.Puteri di zaman tu sangat bersemangat kerana ada arah tujuan yg jelas.

qalamberbisa berkata...

salam,

wahai cengkadak ku sayang,

bukan saja di zaman mastina jer penerangan berkesan..tapi zaman la ni pun ok cuma ada dikalangan kita ni ambik remeh tentang sejarah UMNO..apa tidak nyer bila ada Majlis Penerangan tak nak hadir tapi cuba buat majlis makan malam pergh!! sampai bergaduh nak pergi sebab apa kuota untuk satu bahagian tak banyak mana..

dan aku juga amat yakin bahawa kepimpinan puteri yang akan datang ni akan lebih fokus ke mana hendak dibawa perjuangan puteri ni..maka menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang terbaik..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
IANYA MJADI TANGGUNGJAWAB KETUA PENERANGAN MSIA IAITU YB SHANIZA UTK MEMASTIKAN AHLI PUTERI MEMAHAMI HALA TUJU PUTERI UMNO,MANISFESTO DAN SEJARAH PENUBUHAN PUTERI.TURUN KE CAWANGAN-CAWANGAN,BUKAN TIME PERMILIHAN SHJ BEB...TAKKAN NAK HARAP DATO NORAINI SHJ TURUN KE PADANG.DATO NORAINI TELAH SEDAYA UPAYA MENJALANKAN TANGGUNGJWB BELIAU AS KPUM..MANA G5 YG BERGELAR YANG BERHORMAT DAN MANA PI EXCO-EXCO YG BERTANDING BAGI NAK GILER MASA PERTANDINGAN DULU..PLAY SAVE SEMUA EA...U ALL NI PATUT JADI 'YB; @ YG BEKERJA PATUTNYE.
TEPUK DADA TANYA SELERA..
Salam Perjuangan

-AZALINA DIE HARD FAN-

Tanpa Nama berkata...

Yes saya setuju...team work kena ada..

Pink Ants berkata...

Memang saya setuju sangat-sangat,teamwork kena ada.Namun,dalam setiap permainan,dalam setiap pasukan kita ada kapten yang mengatur strategi.Sebagai pemain,atau rakan sepasukan,arahan dan strategi kapten mesti dipatuhi.Ibarat main bola,kalau kapten kata kita main defend,kenalah main defend,kalau kena main midfield,kenalah jadi pemain midfield..begitulah adanya..

Saya setuju,tugas saya sebagai ketua penerangan untuk beri penerangan tentang halatuju.Namun,dalam organisasi kita ada protokol tertentu.Saya tidak boleh main redah sahaja turun ke negeri,bahagian ataupun cawangan.Saya sentiasa tawarkan diri untuk buat program penerangan dan setiap tahun akan kumpulkan ketua-ketua penerangan semalaysia untuk ditambah ilmu mereka melalui Program Wacana Percambahan Minda.Saya tidak pernah menolak untuk turun kemana-mana negeri,bahagian atau cawangan sekiranya dijemput dan Sejarah penubuhan UMNO dan Puteri UMNO sendiri adalah menjadi 'teras' kepada setiap ucapan saya.Kalau 'azalina die hard fan'jemput pun,saya akan hadir jika sesuai dengan masanya.Tetapi kenalah dimaklum kepada Ketua Puteri Bahagian dan Negeri masing-masing...sensitif kalau masuk tak ketuk pintu dan bagi salam ni....harap 'azalina die hard fan' faham kerana nilai ini telah ditanam pada zaman Datuk Aza jadi KPUM dulu lagi. Sewaktu Mastina jadi Ketua Penerangan dulu,dia x mungkin boleh jelajah satu Malaya jika tidak kerana arahan KPUM dan program itu x mungkin dapat dilaksanakan jika tidak kerana Ketua Puteri Bahagian dan Negeri pada ketika itu,menganjur dan menjayakannya.Wassalam.

Wan Salwati Hj Abdullah berkata...

Kak Sha...

Sememangnya Puteri berani dalam membawa apa jua pandangan dan tindakan. Biasala dengan orang yang sering memandang kekurangan puteri tetapi percayalah lagi banyak komen yang diberi pada puteri sebenarnya puteri telah banyak ke hadapan melaksanakan tanggungjawab. Bnayak kritikan bermakna orang melihat kita bekerja. Biasala...10 tugas tanggungjawab kita tampilkan dengan berani orang tak nak kata tetapi yang 1 kita tak buat yang akan orang katakan.

Salam Penyambung Warisan....

Tanpa Nama berkata...

Kak Sha....
Puteri sekarang klau x silap saya dh 8 tahun lebuh berlalu...masih x tahu sejarah UMNO...emmmm sungguh memalukan....sepatutnya setiap ahli UMNO khasnya Puteri UMNO mesti menagmbil tahu sejarah UMNO, penubuhan Puteri UMNO dgn sendiri.bukan nya mesti dibantu dgn memberi peneangan setiap masa...bila masa kita ahli Puteri nk perjuangkan hak hak orang meayu dan seterusnya menjalankan tnggungjawab sebagai ahli kalau asyik nk kena beri keterngan sejarah 24 jam...saya memang seorang yg x pandai dan x berpelajaran tinggi tapi sjarah UMNO, Sejarah Putri dan hala tuju Puteri dalam poket saya je...kerana menjadi kehendk saya sendiri menyertai UMNO dan menjadi tnggungjawab saya utk mengetahui semua itu...jgn lah dibezakan antara zaman mastina dan kak sha...zaman mastina adalah zaman pengenalan Puteri UMNO dan zaman kak Sha adalah zaman Puteri telah matang dan telah lebih jauh berilmu dan pastinya mereka ini tahu tentang Puteri UMNO...

donia_zs berkata...

assalamualaikum...
Kalau ada ahli pu3 yang masih tak tau sejarah UMNO n Pu3, itu silap mereka kerana tak nak mengambil tahu so janganlah salah Ketua penerangan skrg.Ilmu pengetahuan atidak akan dtg dgn sendirinya kalau kita tak berusaha utk mencarinya.Jangan menuding jari kpd org lain kalau kita alami kejatuhan....u cuma lihat pu3 selangor aje..cuba u lihat pu3 negeri2 yang menang..walaupun kami teruk di asak dlm PR12 dulu..namun kami masih boleh bertahan...yang penting niat ketika kita menjadi ahli pu3 tu..kalau niat utk berjuang dan membela nasib org melayu maka itulah yang akan kita lakukan dan insya allah akan dapat tapi kalau niat untuk cari glamour aje so itulah yang akan diperolehi.
cubalah buka sikit minda tu... jangan asyik nak menyalahkan org lain...tak kiralah Kak Sha ke, YB Dato' Noraini ke atau sesiapalah... muhasabah dan perbaikilah kelemahan diri tu sebelum mencari silap orang lain.
buat kak sha...teruskan perjuangan dan semoga berjaya..yang penting ikhlas..doa saya sentiasa mengiringi akak.

donia_zs berkata...

assalamualaikum...
Kalau ada ahli pu3 yang masih tak tau sejarah UMNO n Pu3, itu silap mereka kerana tak nak mengambil tahu so janganlah salah Ketua penerangan skrg.Ilmu pengetahuan atidak akan dtg dgn sendirinya kalau kita tak berusaha utk mencarinya.Jangan menuding jari kpd org lain kalau kita alami kejatuhan....u cuma lihat pu3 selangor aje..cuba u lihat pu3 negeri2 yang menang..walaupun kami teruk di asak dlm PR12 dulu..namun kami masih boleh bertahan...yang penting niat ketika kita menjadi ahli pu3 tu..kalau niat utk berjuang dan membela nasib org melayu maka itulah yang akan kita lakukan dan insya allah akan dapat tapi kalau niat untuk cari glamour aje so itulah yang akan diperolehi.
cubalah buka sikit minda tu... jangan asyik nak menyalahkan org lain...tak kiralah Kak Sha ke, YB Dato' Noraini ke atau sesiapalah... muhasabah dan perbaikilah kelemahan diri tu sebelum mencari silap orang lain.
buat kak sha...teruskan perjuangan dan semoga berjaya..yang penting ikhlas..doa saya sentiasa mengiringi akak.

Pink Ants berkata...

Tkasih atas pandangan mahupun kritikan.Betul seperti apa yang wati kata tu.Mb Phg pun pernah kata,kalau masih ada yang bercakap tentang kita tu,maknanya ok lah tu..kalau orang senyap je..cakap elok x,yang x elok pun x,maknanya ada smething wrong lah tu..he he

toknujum berkata...

salam,

memang hari ni tengok puteri macam penakut..sebab?? buat tu tak boleh..buat ni tak boleh..datang program tak boleh..kenapa mesti ada sekatan??? kenapa perlu bertanya kesana ke mari dan akhirnya jawapan yang kita dapat..satu jawapan yang menyakitkan..padahal kita ni nak bersama2 memperlihatkan kekuatan kita..

aku kengkadang tak faham la dengan kepimpinan atasan pergerakan puteri umno..ini tak boleh itu tak boleh bercakap lebih sikit kata kempen la nak tunjuk kita hebat laa..jadi?? apa yang boleh kita buat lagi??

puteri sekarang memang sebilangan antara mereka tak tahu sejarah..pemalas nak ambil tahu tentang sejarah...jangan dibanding2kan zaman azalina atau noraini..kengkadang tu sama jer..ada kalangan puteri yang dah hilang jati diri..tau hanya untuk kepentingan pribadi...mengkayakan diri sendiri..bercakap dengan manis mulut tapi di belakang menghancurkan bangsa sendiri...tapi yang paling hebat bila buat ucapan bercakap didalam pperhimpunan agung bukan main hebat...meluat pun ada jugak mendengarnya..

apa2 je lah...