12 Mei 2008

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA

Tahukah anda bahawa hari ini adalah hari jururawat sedunia? Mungkin tak ramai yang perasan.. Di negara kita,kalau dulu orang kata jururawat atau lebih mesra digelar misi, adalah satu profesyen yang sangat popular dikalangan anak gadis, Uniformnya cantik,menampakkan betis bunting padi. Hari ini,semuanya sudah berubah,jururawat kita lebih manis dan bersopan memakai uniform seluar panjang dan bertudung litup..menurut mak saya,itulah antara yang telah diperjuangkan oleh Wanita UMNO dalam tahun 70an dulu.

Hari ini,sewaktu saya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Jengka 2 di kawasan saya, ada 2 orang misi yang hadir kerana anak mereka bersekolah di situ. Saya mengucapkan Selamat Hari Misi Sedunia dan mereka berdua kelihatan terkejut dan menyatakan bahawa sayalah orang pertama yang memberi ucapan kepada mereka..saya hanya tertawa kecil dan menyatakan bahawa saya juga mengetahuinya daripada seorang rakan pagi tadi.Ye lah,ramai yang lupa peranan dan sumbangan jururawat kita yang kalau kita perhatikan adalah majoritinya wanita melayu.

Wanita Melayu yang lemah lembut,berbudi bahasa memang sesuai jadi Misi. Tapi ada juga misi yang garang..tapi tu bila mereka dah berumur sikit dan naik pangkat jadi Matron...he he he. Bila sebut dan cerita pasal misi,saya teringat pula kepada pasukan keselamatan kita. Kini,dah ramai kaum wanita yang menyertai pasukan keselamatan. Sabtu baru ni,saya menyertai latihan dan pertandingan menembak anjuran RELA di Lapang Sasar TLDM kuantan. Saya lihat ramai sekali gadis-gadis Melayu segak memakai uniform RELA begitu hebat menggunakan M16 dan pistol semi otomatik.

Walaupun mulanya saya agak gementar,tetapi melihatkan mereka yang jauh lebih muda boleh melakukannya,sayapun menjalani sesi latihan dan dengan musykilnya menjadi johan berpasukan pistol dalam kategori menjatuhkan piring. M16 pun saya terpaksa gunakan walaupun agak tertekan kerana terpaksa meniarap...he he...habis lebam siku tangan saya.Tapi apapun,pengalaman yang ditimba sangat menarik dan setelah berbincang dengan suami,kami sepakat untuk selepas ini mendaftar diri menjadi ahli Kelab Menembak..ye lah..kemahiran menembak ni perlu,manalah tahu...satu hari nanti terpaksa....

Kepada kawan-kawan yang baru tercari-cari hobi baru,cubalah menembak...really interesting dan boleh hilangkan stress beb.....

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

Lepas hari misi ni, kita cadangkan buat hari doktor pulak ek....doktor2 pun banyak jasa macam askar jugak kan....

Tanpa Nama berkata...

selamat hari jururawat.. pas ni YB Dato' bincanglah topik yang ummphhh skit..

Tanpa Nama berkata...

Bulan May memang penuh dengan hari memperingati..gamaknya lepas ni dari 1-31 May akan ditetapkan hari peristiwa tertentu..he..he

TONGEL berkata...

hari pesakit ade x?

Tanpa Nama berkata...

aku pon nak daftar masuk ahli kelab menembak..
ni asik kena tembak jek jiwa mana boleh tahan...
kacau,,,kacau,....setakat meniarap okeh apa..tetek pon kecik takdelah sakit..../ penyek...huahahhahahuahsuahuahuahuahuahuahuaha

Tanpa Nama berkata...

Bulan Mei memang banyak hari peringatan. Mei adalah bulan yang paling banyak tarikh untuk diraikan masyarakat dunia.

Terdapat 11 tarikh yang diraikan bulan ini bermula dengan Hari Buruh pada 1 May.

Bagimanapun, hari paling penting adalah 3 Mei iaitu World Freedom of Press Day.

Kalu takde peringatan untuk hari tu, kita pun tak dapat baca BLOG ni.

Betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Ada pulak hari press yang penting, Tentulah Hari Ibu.

Kalau tak, mana ada semua manusia yang nak jadik YB ke nak jadik blogger ke.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Jururawat @ Misi .....

qalamberbisa berkata...

salam,

selamat hari jururawat sedunia..

korang ingat senang ker nak jadi jururawat nih??

aku citer sikit karektor jururawat nih yer..based on pengalaman dan pengamatan diri aku laa..ni pandangan peribadi aku laaa takde minta pandangan orang lain..

pertama; jururawat tak boleh mabuk darah..korang bayangkan tiba2 ada accident yang mana darah melambak2 kuar..tiba2 jururawat pengsan sebab tak boleh tengok darah..tak ker haru jadinyer??

kedua; jadi jururawat hati mesti kena kuat..tak boleh nangis2 depan pesakit ataupun keluarga pesakit..bayangkan seorang pesakit kronik yg hanya tunggu masa..tup2 jururawat yang lebih2 meleleh airmata dari ahli keluarganyer..tak ker haru??

ketiga; jururawat tak boleh malu ketika menjalankan tugas..luar waktu bertugas boleh malu..sebab cuba korang bayangkan kalau ada pesakit lelaki yang luka di kawasan larangan..macammana jururawat tu nak bubuh ubat kalau dia malu..eiii malu nyer..siap tutup2 muka plak..hahaha..lainlah macam saida dia memang pemalu..'ok la tu'..heh heh..betul tak??

makna kata memang susah jadi jururawat ni..nak bagi pesakit makan ubatla..pakaikan baju pesakit la..kena sabar banyak2 jadi jururawat nih..

jadi korang tak yah la komplen banyak2 sangat sebab jururawat sama seperti kita juga..'manusia biasa' yang punya hati dan perasaan..selamat hari jururawat buat adik iparku..(dia selalu merawat anak2ku bila sakit)..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Nursing Degree Online berkata...

Here’s wishing all our nurses a Happy Nurses’ Day! Nurses - they make a difference and what will we do without our dedicated nurses!

Cheers,
>>Nursing Degree Online<<