04 Mei 2008

Yang Penting Adalah Nawaitu

Seronok saya membaca komen-komen kepada artikel tentang Puteri Jangan Gila Jawatan.Tepat sekali telahan saya,jika isu sebegini yang dibangkitkan..barulah banyak respon..jika bicara tentang isu-isu semasa yang lain sepertimana artikel saya sebelum ni..tak ramai yang nak respon pun...Bukanlah nak defend diri sendiri tetapi ada beberapa perkara yang perlu saya jawab khususnya yang berkait dengan perkembangan Puteri selama ini. Saya tidaklah kata saya perfect tetapi rasanya saya telah melakukan tugas sebagai Ketua penerangan dengan sebaik mungkin. Buletin diterbitkan atas arahan KPUM dan dari awal saya dan team buletin menghadapi kesukaran untuk mendapat bahan untuk diterbitkan. Setiap kali mesyuarat exco,saya pasti meminta Ketua Puteri Negeri dan exco untuk hantar bahan atau artikel..bila tak cukup page,barulah dimasukkan bahan dari biro atau Bahagian saya sendiri.

Tentang sabotaj program dato Noraini,saya cabar sesiapa yang buat dakwaan tu,untuk buktikan. Seingat akal fikiran yang waras ini,saya sentiasa mengikut arahan dan melaksanakan program saya demi Pergerakan Puteri.Jika ada program Biro lain pun,saya akan cuba bantu jika diminta.For record,Biro Penerangan sentiasa membuat program termasuk mewujudkan team risik sewaktu Pilihanraya-pilihanraya kecil khususnya di Machap dan Ijok..tetapi tugas yang tak glamor dan dibelakang tabir macam ni,siapa yang tahu.Namun,saya tidak berkecil hati dengan komen dan pandangan yang diberi,bagi saya,tak usah gelar diri pemimpin kalau tidak boleh dengar kritikan orang.Namun,setiap kritikan yang tidak berasas,perlulah dijawab.

Saya menerima Kak Ani sebagai ketua melalui kompromi 2004 dan sehingga kini saya masih menghormati beliau sebagai Ketua. Saya tidak pernah membantah sebarang arahan dan setiap program yang ingin dilaksanakan,sentiasa mendapat restu beliau terlebih dahulu. Blog ini saya ujudkan lama sebelum election,sila cek 'older post' tetapi mungkin tidak berapa dikenali. Tetapi dari segi cyber war,saya pernah minta izin KPUM untuk buat bersama Bahagian Penerangan UMNO Malaysia tetapi KPUM memutuskan supaya ia dilaksanakan oleh Biro IT. Sebelum buat tuduhan..periksalah terlebih dulu..sebagai Ketua Penerangan juga saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pehak Puteri UMNO Malaysia..jika anda teliti,kenyataan saya banyak bersandarkan kepada 'secara peribadi'.

Tidak perlulah saya menjawab semua yang telah diungkitkan kerana saya sentiasa berpegang kepada prinsip,berani kerana benar.Sebagai orang bawahan yang ada bos diatas,setiap perkara yang dilakukan mestilah mendapat clearance bos terlebih dahulu. Blog ini pula adalah blog peribadi saya yang telah wujud lebih setahun yang lalu,bukannya blog rasmi Biro Penerangan Puteri UMNO Malaysia. Terimakasih atas pandangan semua,samada yang menyokong atau tidak menyokong hasrat saya bertanding Ketua Puteri Malaysia.Niat saya hanya untuk memperkasakan jati diri dan membawa Puteri ke landasan yang lebih tinggi.Dulu kita selalu sedih bila orang memperlekehkan Puteri,saya mahu Puteri dihormati kerana mempunyai minda dan kredibiliti yang diharapkan untuk memimpin negara. Menang atau kalah adat pertandingan,kena redha dan kena sokong sesiapa jua yang menang nanti.

Jadi YB atau tidak,bukanlah menjadi halangan untuk menjadi Ketua.Yang penting nawaitu dan apakah kita mampu membentuk satu pasukan yang terbaik untuk memimpin Puteri.Tiada siapa mampu buat kerja seorang diri tetapi ianya akan berjaya jika kita memberi kepercayaan kepada anak-anak buah kita untuk sama-sama menjayakannya.Bukan sekadar aktif melaksanakan program tetapi berani bersuara dan memperjuangkan suara wanita melayu muda yang menjadi asas perjuangan dan objektif penubuhan Puteri.

50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i .. no komen lah.. kenapa nak susahkan diri.. umno memang suka tuduh menudoh.. kata mengata.. politik memang suka cuit mencuit. org politik suka guna belachi dan tukang pukul gong. mana ada org buat kotor dan cuci sendiri?? ketua ketua umno hanya tahu pijak kepala org utk naik ke atas.. mereka nak naik sorang sorang.pemimpin umno tak reti jaga kawan.. tak reti kenang budi.. tak reti berfikir sendiri..

Tanpa Nama berkata...

kita kenal kak sha... kak sha ni org lama masa mula-mula tubuh puteri umno kita dah jumpa kak sha.. byk pilihanraya kechik kak sha tlg .. masa di pahang kak sha rajin buat kerja.. tak pa kita sokong kak sha tapi kita harap kak sha dapat teruskan perjuangan dato azalina. dato azalina telah menjadikan puteri umno platform politik org muda yg sangat mantap dan diminati ramai

Tanpa Nama berkata...

We are the world... we are d children.. we are d one who mak a better day for u n me!!! WE CHOOSE OUR LEADER LA... WE HAVE D POWER!!

Tanpa Nama berkata...

apa ke jadahnye.... nak bertanding ke tak nak ke... bior le yob pilih kediri ye.... tak kan nak kompromi kot.... tak dak modek lain ka.. kalau takut di lambung ombak... jangan naik BOT!!!

Tanpa Nama berkata...

Kesian k Sha....dah buat macam2 untuk Pu3 pun asyik kena kutuk jer..

Oleh itu, lantak la derang nak cakap aper..yang penting akak buat je apa yang di fikirkan baik untuk Pu3..

Unknown berkata...

sori la beb, nak tanya sket...hebat snagat ke masa time dato aza dulu?ucapan memang la best compared to kpum skang..tapi after dia dah naik menteri,apa sumbangan pd pu3?jawab,jangan tak jawab!

Tanpa Nama berkata...

Laa...nape pulak sampai babitkan k Aza nih..

Tak paham betul la samsara nin,, tak focus langsung..

tuliphitam berkata...

Cakap pasal Nawaitu dalam dunia Politik ni susah sikit la..Kadang Niat kita Suci Lagi Bersih tapi orang tak percaya..Orang Yang kita percayapun tak boleh di percayai sangat..Hari ni baik esok tak baik abis semuanya dalam kelambu pun depa cerita...Dalam Politik ini hari ni kawan esok lawan lusa kawan balik...Lidah Bercabang jangan cakaplah..kaki mengampu itu sudah mesti...Yang Paling Tak boleh DIMAAFKAN pemimpin yang cakap tak serupa bikin.. Cakap kat anak buah jangan buat itu dan ini nanti buruk nama Puteri tetapi di belakang dia lah Bagai Nak Rak (JUARA)buat itu dan ini..Sampai bila orang dengar aje nama dia semua orang kenal bukan oleh kepimpinannya tetapi perbuatannya yang buat itu dan ini...Tak nak percaya pun tak boleh sebab memang terpaksa PERCAYA...
Pemimpin yang Ikhlas & Jujur tidak akan buat penilaian diri sendiri kerana segala kebaikan biarlah ianya dinilai oleh orang lain kerana Puteri sudah cukup matang untuk memilih Intan ataupun Kaca
Kita kena ingat tanggungjawap kita sebagai Pemilih juga sangat penting kerana salah pilih kita berdosa kerana pemimpin yang dipilih tidak dapat laksanakan tanggungjawap mereka dengan sempurna..Kita biarkan mereka untuk menawarkan diri dan tanya kepada mereka apakah mereka ini benar2 layak untuk menjadi KPUM..

Tanpa Nama berkata...

dlm politik jgn tunjuk sapa pandai ... sapa bagus... adalah baik beli cermin besar .. cermin diri sendiri. kalau nak beri nasihat kepada keluarga sendiri buat dlm rumah.. jgn ckp dalam paper.. buat org ketawa kat kita aje.. nasihat menasihati memang bagus. ingat mengingati memang molek tapi cermin diri sendiri dulu.

aKuPunyAsUkA berkata...

AKU DARI SEMALAM CUBA POST COMMENT..TAK DAPAT2..TERTEKANJ AKU MEMBACA KOMEN.. PANAS HATI AKU MEMBACA KOMEN OTAK ORG YANHG TAK TAU MENILAI, OTAK ORANG YANG BODOH DAN DUNGU..

DAH LATUH..SAPA YANG SETAKAT NAK BAGI KOMEN BODOH..UTK PEMIMPIN PUTERI SEKARANG TAK PAYAH KE HADAPAN... SILALAH GANTUNG KEAHLIAN PUTERI ENGOKORANG TUH...
AKU BMALU JADI PUTERI AKU MALU JADI SUPPORTER TO bn. AKU MALU..

BAIK AKU JOIN NURULIZZAH..STEADY JEH ANAK PAPA TU. YANG PUTERI UMNO NI PULAK BAK DAH KENA GAM MULUT.. DAH KENA IKAT TANGAN TAKLEH NAK BUAT APA2 SEBAB DIARAHKAN UTK MEMILIH KETUANYA SENDIRI.. KALAU BENAR BAK DIKATA....(AKU DGR APA!!)

AKU NAK TANYA KORANG SEMUA... BUAT APA KITA LOBI TOK AZA SUPAYA DAPAT TEMPAT DLM KABINET (DOA PUN KIRA LOBI GAK LAH!!) BUAT APA KITA DOA DATO ANI DAPAT TEMPAT JUGAK KALAU NIAT DAN NAWAITU KITA HANYA UNTUK MELIHAT PUTERI UMNO ITU DILETAKKAN DADI TPT YANG TINGGI DAN DIHARGAI..
BENAR2 KU TIADA FAHAM...TAPI KOMEN YAHNG DITERIMA..FOKUS..FOKUS..KOROK MU!! ORG YANG TAKDE APA2 JAWATAN DALAM PARTI PUN BELUM TENTU BOLEH DELIVER DENGAN BAIK SEBAGAIMANA SESETENGAH PEMIMPIN PUTERI KITA..

SUSAH BETUL GINI.ORG NAK BAGI KEYAKAINAN DAN KEPERCAYAA ORG RAMAI TERHADAP SAYAP PUTERI, DIA PULAK NAK JATUHKAN MARTABAT PUTERI. KALAU GITU TOK ANI, MU TOKSE DOK PIKIR NOK BERTANDING JADIK MT. MU DOK DIAM2 DLAM KEMNTERIAN, SEBAB NANTI ORG DOK NGATA TOK GAK, KITA KENA JAGA HATI SUME PIHAK... JANGAN TOK JANGAN BERTANDING MT.. TOK KENA JAGA KEMENTERIAN, TOK KENA JAGA KWSAN..LAGI PULAK PARLIMEN.. USHHHHH JANGAN BUAT PASAL... WALAUPUN AKU NI AHLI BIASA..TAPI TERINGI JUGAK NAK MERASA JADI AJK PUTERI BAHAGIAN. TAPI MACAM INLAH GAYA PUTERI UMNO MALAYSIA... BAIK KU ANGKAT KAKI...

FOR ME, TOK SHA DAH BUAT YANG TERBAIK.. DARI JADI KET PUTERI NEGERI, KE KET.PENERANGAN (MASA TU TOK SHA SORANG YANG TIADA APA2 DGN KPUM) BUT STILL, BELIAU DAPAT MENJALNKAN TUGAS DGN BAIK... YELAH BAIK LA JUGAK DARI .... HEHEH

AND NOW, DAH JADI DATO..YB LAGI..
APA TUNGGU KITA TOLAK LAH BELOIAU KE ATAS LAGI... BELIAU BENAR2 TELAH TUNJUKKAN BELIAU BOLEH BEKERJA, BUKAN MACAM CALON YANG SEORANG LAGI TUH.. NAK TAWARKAN DIRI..TAPI NEGERI SENDIRI PUN TAK TERJAGA..MENTANG2 KET PUTERI PM...
MULUTNYA MANIS UMPAMA KUEH KOCI TAPI HATI BUSUK MACAM SUNGAI KAT NEGERI DIA SENDIRI... AWAK TU CIK KET PUTERI, MEMANG TAK PERFORM DI NEGERI.. TAK USAHLAH NAK TAWAR DIRI, BUAT ORANG KETAWAKAN NANTI..YANG MALU CEK SENDIRI WKAKAKAKAKKAKAKAKKAKAKAKWAWWWAKAKAKAWAWWAKAKAKWAKAWAKAW...

TO DATO SAHANIZA, SILALAH BERTANDING..KALAH BERMARUAH PON TAK APA, YANG PENTING SEMANGAT JUANG PUTERI MUSTI ADA DALAM JIWA KITA..BUKAN MACAM mE**ab DOK BAGI SMS BERIBU KALI..TANYA SOALAN YANG SAMA..CEK APA HABAQ...CEK APA HABAQ..SELISIH BAHU TEPI JALAN DENGAN PERWAKILAN PON TAK KENAL...
NAMPAK SANGAT YANG DIA BUKANNYA GRASSROOT PERSON..TAPI PENTINGKAN JWATAN..AGAKNYA DIALAH YANG TOK ANI MAKSUDKAN PUTERI GILA JAWATAN..(JANGAN MARA KAK AZLINA TAB NANTI KENA JUAL....)

MAAF.BAHASA AGAK KASAR...

Tanpa Nama berkata...

Saya sering melihat PU3 sebagai wadah perjuangan golongan muda yang berwawasan. PU3 adalah platform terbaik utk menyampaikan suara kepada pemimpin Msia peringkat atasan dan dlm masa yang sama PU3 berupaya menyemai bakti kepada masyarakat dgn cara yg tersendiri.

Kehadiran PU3 bukan hanya tempelan politik semata. gelombangnya dapat dirasa..dan rasa itu perlu diperhebatkan dgn mempunyai pemimpin yang berwawasan dan berkaliber.

PU3 merupakan rentetan kelahiran tunas muda semaian pejuang UMNO yang terdahulu.

Para "Ibubapa Umno" perlu bangga kr perjuangan mereka masih relevan dan CINTA AGAMA, BANGSA & UMNO" jelas tersemai..terpancar dan mewangi di hati golongan muda wanita kita!!

PU3 memerlukan pemimpin yg punya jatidiri utk terus berjuang & memartabatkan golongan muda wanita agar tdk dipandang sepi/remeh dipersada politik negara kita.

Suara dan gerak gaya PU3 perlu diperhalusi selari dgn kehendak golongan muda yang cintakan negara dan ingin melihat Malaysia menuju landasan kemajuan sebenar.


Ahli PU3 perlu diberikan peluang utk memilih pemimpin yg mereka mahu. Kalah dan menang adat pertandingan.

Saya percaya PU3 tidak akan berpecah semata2 membuka peluang kepada ahli untuk menampilkan diri utk bertanding. Hak untuk memilih pemimpin jangan dicantas dengan alasan remeh "menjaga keharmonian".

Berilah peluang demokrasi bernafas dan direalisasikan di dlm PU3 . Hak Memilih adalah tonggak kepada sistem demokrasi yg sering kita laungkan.

Sudah masanya ahli2 Pu3 diberi peluang utk memilih pemimpin mereka dan bukan sekadar menurut telunjuk siapa yang perlu memimpin PU3!!

Pd pendapat saya YB Scha adalah salah seorang pemimpin yg agak menyerlah dikalangan PU3. Terima kasih kpd PU3 kr melahirkan ramai pelapis muda UMNO yang BAGUS!!

Kerana apa??

1. Beliau berkaliber dan berwawasan

2. Jwtan sbg ADUN jgn disempitkan sbgai alasan utk tidak boleh memimpin PU3. Pendirian sebegitu hanya menunjukkan ketidak matangan fikiran!! Jika rakyat boleh memilihnya sbagi pemimpin kenapa kredilitinya sbagai Pemimpin PU3 mahu diperlekehkan??

3. PU3 memerlukan pemimpin yg boleh membicara dan mengupas isu nasional dan antarabangsa secara berhemah dan berani. YB Scha suit the criterea!!

4. Ketelusan dan keikhlasan YB Scha dalam kepimpinan jelas terserlah..

PU3..bangun dan buatlah pilihan yang TEPAT..

jombaliga berkata...

hidup puteri mesia..
yabedabedu...selamat bertanding...agak2 puteri main duit tak> cakaplah..aku pon nak jadik perwakilanlah...
jumpa orang salam isi/ salam kosong
...aik..puteri [pon dah jadi macam umno dan pemuda?..... huish nauzublillah

Tanpa Nama berkata...

Salam....

Aku pun suka kalau puteri main duit... setuju benar dengan ' jombaliga'....Tahun ni kita semua mesti jadi perwakilan Pu3 sebab hangat perebutan jawatan kali ini....boleh buat duit......Yang banyak duit,ada kilang duit boleh lah tabur kat kt perwakilan untuk mendapatkan jawatan KPUM....Lepas dah menang nongkat dagu x tau nak buat apa sebab menang kerana duit...bukan kerana kebolehan diri....

Tanpa Nama berkata...

saya memang setuju jawatan KPUM di pertandingkan..Biarkan lah sesiapa yang rasa diri dia layak sangat nak jadi KPUM tu bertanding. Biarlah mereka ni berkempen sepuas hati, gunakan lah apa cara sekali pun (halal @ tak halal) , jangan dok sekat2 kerana yang akhirnya nanti para perwakilan Pu3 lah yang akan menentukan siapa yang akan jadi pemimpin mereka. Saya amat yakin bahawa pada ketika dan saat pemilihan sampai nanti, para perwakilan akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman mereka dalam tempoh 8 tahun ini bersama2 pergerakan pu3 untuk menentukan siapakah kapten baru kapal kita nanti.

Kepada calon2 KPUM yang akan bertanding nanti janganlah memandang rendah terhadap ahli pergerakan di bawah ni. Jangan ingat kami boleh di beli dengan wang ringgit, dengan senyuman palsu yang terpaksa di lemparkan kepada kami dan juga dengan tohmahan-tohmahan yang di lemparkan antara satu sama lain (masing2 cakap org lain tak de sokongan. Jangan ingat kami tak perhatikan semua ini ketika kami hadir dalam mana2 program, ketika di perhimpungan Agung dan di perjumpaan2 tertutup antara kita.

Kalau calon2 KPUM boleh berlakon dan bersandiwara untuk dapatkan undi, kami lagi pandai berlakon..

So, sesiapa yang nak bertanding KPUM tolonglah berfikiran terbuka, jangan kata mengata antara satu sama lain.. Bawalah misi dan visi masing ketika berkempen dan berkempenlah dengan sihat..

Yang kalah mahupun yang menang semuanya ketentuan Allah s.w.t.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....

Saya juga turut setuju supaya jawatan KPUM dpertndingkan.Puteri saya kira selama ini sudah cukup matang utk menilai yg baik dan yg mana tidak... Pu3 bkan budak2 lagi yang perlu di ajar utk memilih dan menilai siapa utk menjdi ketua mereka yg akan datang.... Cukuplah selama ini keputsan dlm memilih tdk dapat dilaksanakan.Pengalaman 2004 sdah cukup utk mengajar kami Pu3 di prkt bawhan menjadi matang...berilah peluang utk Pu3 ini memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjwat jawatan KPUM...Saya Pu3 di peringkat bhg sudah dapat menilai siapa yang selama ini berkerja utk pu3...begitu juga dgn exco - exco yg lain..kali ini saya harapkan pu3 tidak lagi terpengaruh dgn janji kosong mereka ini.bila dah menang, dah x kenal kita siapa sedangkan seblum pemilihan 10 kali telefon dan bukan main mesra lagi.lps dah dapat senyum pun x berapa mau...pndang kita pn sinis...itu yng membuat saya jadi meluat....Rasa - rasanye boleh bilang berapa ramai exco yg benar2 bekerja utk pu3...dan x ketinggalan dgn KPUM kita yg sedia ada...pelik jugak apa yg dia buat utk pu3 semasa era beliau. x de perubahan pn tidur lg ade...nmpk mcm syok sendiri. Jadi kesimpulannye dihrp KPUM yang baru nanti akan dapt membwa satu perubahan besar dlm pergerakan pu3. Dengan ini saya menyokong penuh Dato sha bertanding utk jawatan KPUM kerana saya yakin dibwh kepimpinan belaiu Pu3 akan dpt disuntik dgn semangat baru dan hala tuju sebenr Pergerakan ini....

Wassalam....

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa pon kepimpinan di atas saya tetap meyokong !! tapi kalau k sha sy nampak siapa kak sha . org yang paling senang di dekati n rajin bkerja!!.. n pada yg tak puas hati tu kompen org yg gila jawatan kn.. kn.. huhuhu!!!

Unknown berkata...

bila dah masuk bab duit ni yg buat aku malas nak baca!korang ingat kalau setakat dpat 'duit' tu boleh kaya setahun ke?pikirla sket..yg dipilih ni nanti nak tabur khidmat pd pu3!bukannya nak tabur duit!kalau setakat tabur duit utk menang kpum,then pu3 has successfuly admitted dat it has come to a failure where d purpose of having pu3 was defeited by its own kind!

>lidah kambing..di mana ko?cuba bg paham sket bdk2 yg baru nak jadi perwakilan ni..hampeh la depa ni...

Tanpa Nama berkata...

gini le weh.. meh aku kabor kan... dalam politik ni kita memang patut cerite n kabor kan kat satu dunia apa yang kite buat dan kena remind d people segala jasa yg telah ditaburkan. kita kena buat promosi diri sendiri. org pulak nak beli produk yg cantik, elok, terbaik... walaupun adakalanya kita dapat FREE, tapi still kita nak yg d BEST!! sebab tu gambor kena cantik, poster kena elok, duit kena banyak. nak jadi pemimpin mcm nak jd ROLE MODEL. mesti PERFECT beb!!

Tanpa Nama berkata...

lagi satu sendiri mau ingat.. diri sendiri mau promote diri sendiri la.. tatak sapa mau tolong puji pujian. tolong kutuk-kutuk lagi ada maaa. nak pakai duit ke nak pakai bomoh ke nak pakai pm ke nak guna KJ ke.. gunalah bertanding nak menang ye dak.

Tanpa Nama berkata...

duit.. duit.. duit... biarlah semua bertanding guna duit. dapat jugak merasa. kalau dah menang jawatan sampai bila bila pun tak rasa duit. nak tunggu dpt projek? kirim salam. setakat bagi key chain jgn teringin nak bertanding

Tanpa Nama berkata...

mata aku dah terbayang - bayang RM...RM...RM.. Emmmmm...bestnya rasa lambat pulak pemilihan ni yek..ikutkan hati aku biar bulan depan...cepat skit..walaupun x kaya tapi dpt gak merasa.blh g shopping kt teh mall 3 hri 2 mlm.. kiran smpai penutup persidangan la...lagi ramai yg menwarkan diri makin banyak la masuk poket hendak nya he...he...he... jadi utk pesnan kpd sesiapa yg berhajat nk kn jawatan, apa jua jawatan stanby la bnyk duit...jual2 la apa ade...

Tanpa Nama berkata...

wa suka sama lidah kambing.. eh lu kambinh hitam ka atau biri2. wa mau cakap sama lu olang puteli.ooo jgn geli mau jd ketua puteli.mula2 jumpa menteli kemudian bikin kompromi lepas itu haa tarak turun2 jumpa puteli tapi asyik2 muka masuk TV jumpa selebriti tarak mau jumpa puteli tarak ambil peduli hari2 jumpa khairi bole jd menteli... he he he wa rupa-rupanya bermimpi

Tanpa Nama berkata...

pu3 confuse mana ko tidur dh ke...puas aku tunggu komen ko ni...

Tanpa Nama berkata...

dah p karaoke le tu

Tanpa Nama berkata...

sibuk la ko ni lidah kambing...x henti-henti ngomel aje....

Tanpa Nama berkata...

pemimpinkampung,

ko ni org kuat dato sha ek? statement ko "kpum skrg syok sendiri,suka tidur dan tak buat apa2 diera dia" tu pandangan peribadi ko ke atau mewakili pandangan dato sha jugak.

bahaya la ko ni.kang org ingat dato sha lidah bercabang pulak,depan sokong bos,backing bos,hormat bos, belakang kutuk bos,komen bos dan pangkah bos.

apa la ko bagi statement tu hati2 skit,ko ni org terdekat dgn calon nak bertanding KPUM ni,ayat mau jaga aaaaa....

Tanpa Nama berkata...

pemimpinkampung..
ntah ngko pemimpin yg dipilih or memilih diri sendiri atau ngko perasan jd pemimpin!! ini ruangan utk kita luahkan isi hati dan isi otak kita berbicara tentang kepimpinan pu3 masa hadapan. yg ngko nak warning2 org ni kenape? ngko ni cetek minda n pendek nafas ke? jgn dok tunjuk samseng n pariah. kalau tak suka jgn join blog ni p blog lain na

Tanpa Nama berkata...

aku nak mintak maaf byk2 kat pemimpinkampung.. sebenornya aku nak kata kat anonymous yg dok kutuk2 pemimpin kampung. sorry n harap maafkan patik tuanku. ampunnn

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Apa jua komen yg aku bg adalah peribadi dan dr kaca mata aku sendiri...aku juga pemerhati politik dan mengikuti setiap pekmbangan yg berlaku di dalam pu3....aku x suka berpura - pura...di dpn sokong dan puji tp dibelkng mengata bagai nk rak....utk 'koman'aku maafkan...biasa la kutuk mengutuk ni dlm politik dh lumrah...utk anonymous plak aku mintak maaf la klau ko sakit hati baca statement aku......biasa la baru sikit...ni mesti org kuat dato Noraini....

Apa2 pun klau rasa diri layak jd pemimpin apa salahnya tonjol kn bakat kepimpinan...dlm rumah sendiri pn kita bleh jd pemimpin utk anak2...

shanghaigeisha berkata...

wahhh.. lagi gadoh ohh..
gaduh-gaduh dapat apa? dapat pati yang nak terjunam.. ha..ha..ha..

UMNO Me'layuuuu....

Tanpa Nama berkata...

koman..bg aku koman ni maknanya pariah la.dalam kasta india pariah la paling koman.apsal ko minta ampun tuanku kat pemimpin kampung? dia tu sultan ko ke sampai begitu ko minta ampun.
maaf ye kalau terasa....

Tanpa Nama berkata...

askum semua..

Korang jangan la marah kat pemimpin kampung tuh. Kalau tak de pemimpin kampung macam kita semua ni, tak de orang kat atas2 tu kan..
May be dia tersasul la tu gak nyerr..

Korang..aku ni memang kesah sangat sape jadi KPUM akan datang coz aku dah fobia la dok di bawah kepimpinan pu3 la ni.. Orang bukan nyer respect sgt kat pu3, pastu depa ni cari kita pulak kat bahagian semata2 nak habaq ketidakpuasan hati depa kat pu3..nak kutuk kepimpinan pu3 pun cari kita jugak..adui..mampuihh camni...

Aku kalau boleh kali ni mintak la kawan yang dok ada kat sini pilih ketua yang senonoh sikit na..tak kira la hampa nak pilih sapa tapi kalau buleh hampa pilih la yang betoi2 buleh jadi pemimpin kita...

Yang penting aku nak habaq, aku sokong k sha tu ja..aku tak kutuk mana2 calon lain ek..so korang pun jangan kutuk k sha tau..

Wsalam

Tanpa Nama berkata...

A'kum kpd semua exco-exco pu3 m'sia & ahli-2 pu3 seluruh m'sia. bagi la kan...adalah bagus, adil, saksama , if jawatan KPUM di pertandingkan. adat bertanding ada kalah ada menang. adat kan... kepada K. Sha..jgn takut, teruskan perjuangan mu. baik dato' aza, dato' noraini, masing-2 ada kepimpinan tersendiri. adalah tidak elok jika kita nk buat perbandingan. apa jua kelemahan mereka, kita simpan aje, apa yg baik ttng mereka kita jadikan contoh.
yg lain-2 nk masuk bertanding tu, renung-renungkan diri tu dulu. x kira sape-2 le yg berminat. ... kdg2 bkn aku nk ngutuk pulak, waktu cm ni muncul le muka, muncul le sms tnya kbar ntah pe2. aku suka k. sha, aku respect k.sha, sejak awal penubuhan pu3 ..aku tgk dia le yg bersemangat waja, berjiwa pemimpin.x pernah lupa kat aku yg bawah ni. bkn nak mengampu sbb dia dia dh jadi Adun, x heran aku pun dia jadik adun. yg aku suka ttg k.shah ialah " personal Touch " dia tu..mesra, x loket ilmu, suka bergurau, x sombong. hah..pemimpin mcm ni le yg aku nak. kdg-2 x elok gak nk singkap pasal yg lepas2 tu, betol gak, dato'aza, dato' ani, apa yg mereka buat utk pu3 bila dh kat atas tu ? sory le ye..ngutuk kejap. hantar sms pn x jawap sejak jadik ahli parlimen ni, dulu ke main lagi. silap gaya dh tukar number kot.? ntah le..harap k.sha jadik mcm tu..ingat k.sha..ini amaran aku..k.sha jadi mcm tu..aku le org pertama akan bambu ko kak..he he he ..tapi aku yakin & percaya habis dgn k.sha, org PAHANG bkn mcm tu ..kerana aku di besarkn di pahang ..aku tau le...any way for u k.sha..teruskan perjuangan..jng lupa selalu-selalu la pandang belankang ok, jgn lupa asal usul kita ..jgn lupa kengkawan yg byk memberi harapan dn sokongan moral..

Tanpa Nama berkata...

A'kum kpd semua exco-exco pu3 m'sia & ahli-2 pu3 seluruh m'sia. bagi la kan...adalah bagus, adil, saksama , if jawatan KPUM di pertandingkan. adat bertanding ada kalah ada menang. adat kan... kepada K. Sha..jgn takut, teruskan perjuangan mu. baik dato' aza, dato' noraini, masing-2 ada kepimpinan tersendiri. adalah tidak elok jika kita nk buat perbandingan. apa jua kelemahan mereka, kita simpan aje, apa yg baik ttng mereka kita jadikan contoh.
yg lain-2 nk masuk bertanding tu, renung-renungkan diri tu dulu. x kira sape-2 le yg berminat. ... kdg2 bkn aku nk ngutuk pulak, waktu cm ni muncul le muka, muncul le sms tnya kbar ntah pe2. aku suka k. sha, aku respect k.sha, sejak awal penubuhan pu3 ..aku tgk dia le yg bersemangat waja, berjiwa pemimpin.x pernah lupa kat aku yg bawah ni. bkn nak mengampu sbb dia dia dh jadi Adun, x heran aku pun dia jadik adun. yg aku suka ttg k.shah ialah " personal Touch " dia tu..mesra, x loket ilmu, suka bergurau, x sombong. hah..pemimpin mcm ni le yg aku nak. kdg-2 x elok gak nk singkap pasal yg lepas2 tu, betol gak, dato'aza, dato' ani, apa yg mereka buat utk pu3 bila dh kat atas tu ? sory le ye..ngutuk kejap. hantar sms pn x jawap sejak jadik ahli parlimen ni, dulu ke main lagi. silap gaya dh tukar number kot.? ntah le..harap k.sha jadik mcm tu..ingat k.sha..ini amaran aku..k.sha jadi mcm tu..aku le org pertama akan bambu ko kak..he he he ..tapi aku yakin & percaya habis dgn k.sha, org PAHANG bkn mcm tu ..kerana aku di besarkn di pahang ..aku tau le...any way for u k.sha..teruskan perjuangan..jng lupa selalu-selalu la pandang belankang ok, jgn lupa asal usul kita ..jgn lupa kengkawan yg byk memberi harapan dn sokongan moral..

tinta maya berkata...

ehem2, menarik benar sekarang ni blog kepunyaan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia ni. Kalau dulu, nak tengok komen yang berderet2, penuh semangat dan ketaksuban memang susah. Tahniah utk YB dan team bloggers kerana berjaya menghidupkan blog ini dengan respon dan persepsi dari kalangan ahli puteri yang mana saya rasakan ianya sedikit sebanyak menunjukkan ketidakcedikan ahli-ahli puteri menzahirkan pendapat yang bersandarkan emosi.

Saya beranggapan bahawa komen-komen yang dipaparkan lebih bersifat matang dan membina serta melambangkan tahap pemikiran yang kritis dari kalangan anda semua, tetapi ianya dilihat menjadi medan untuk mencemuh dan mempromosikan pemilik blog ataupun individu lain.

Saya tertarik dengan komen daripada akupunyasuka yang tetiba saja membandingkan YB Sha dengan Ketua Puteri Negeri Pulau Pinang. Kenapa saya tertarik dengan komen akupunyasuka, kerana saya membayangkan dia ini sebagai antara orang-orang yang menjadi dalang kepada perpecahan puteri dan umno sendiri. Cubalah bagi komen yang membina dari mengecam kepimpinan orang lain, niat YB Sha menulis artikel ini untuk memberi kesedaran dan untuk muhasabah dirinya dan juga kita semua, tapi saya kurang gemar apabila membaca komen akupunyasuka yang secara tiba-tiba mengecam peribadi Ketua Puteri Pulau Pinang.

Bagi saya, semua orang berhak bertanding bagi apa saja jawatan di dalam parti asalkan jawatan itu dibolehkan untuk bertanding. Jadi tidak timbul soal samada YB Sha, Azlina Mehtab atau mana-mana exco/ketua puteri/ ahli puteri lain layak atau tidak bertanding. Berbalik kepada hukum Allah, setiap manusia ada kebaikan dan kekurangannya, jadi untuk akupunyasuka, anda juga berhak untuk memilih siapa yang anda suka, jika tak suka jangan hanya pandai mengecam, kerana sekali kita mengecam orang, belum tentu hanya seorang sahaja yang mengecam kita.

Saya tidak peduli samada akupunyasuka ini ahli puteri atau tidak, tapi sayang sekali sekiranya Puteri UMNO mempunyai ahli Puteri seperti akupunyasuka ini yang hanya tahu mengutuk daripada menjadi pembentuk kepada generasi wanita muda yang bertamadun dari aspek kerohanian dak keperibadian.

Kepada semua rakan-rakan maya yang lain, kita patut melihat dan menilai tiap patah kita kerana di alam maya ini, tiap patah yang digarapkan mencerminkan tahap kecerdikan kita samada cerdik di minda atau hanya cerdik mereka cerita. Artikel yang ditulis oleh YB Sha ini lebih menjurus kepada masa depan perjalanan puteri, tapi akhirnya menjadi bahan kepada cacian dan pertelagahan sesama ahli puteri. Cerdikkah kita?
Kalau begini, tak salah jika ada banyak lagi komen negatif yang dilemparkan kepada Puteri UMNO yang gah dengan tagline Generasi Wanita Prihatin.

Kepada semua bakal2 calon KAPUM, inlah cabaran kepada anda semua, mengubah persepsi, minda dan keperibadian ahli Puteri yang petah mencemuh sesama sendiri hingga tidak mustahil akan tergadai maruah parti yang suci ini sekali lagi...

-http://ilham-dunia.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

no.10, klu ko merasakan YB-YB ni tak sesuai jd kpum, katakan lah YB-YB ni memang tak jadi calon utk btanding dan YB-YB ni memberi peluang untuk bukan YB jadi calon, sapa yg ko rasa sesuai sangat jadi calon kpum???
ko ni ada undi ke tak???
ko nak pilih mehtab? ko nak pilih mek na? ko nak pilih mantan YB? ko nak pilih datin cikgu ismalina?(pinjam ayat 'peminat dato aza') atau ko ada calon favourite lain???
kita bukan nak cari salah atau betul. klu nak cari salah, 10 guni pun leh kumpul tapi kita nak cari pemimpin yg boleh membela masa depan kita. Tak kan nak hidup mcm generasi puteri yg 'dah nak abis' ni… pikio ler.
kau ni no.10 punca malapetaka, dok kutuk org tak pandang kiri kanan, depan belakang. Aku malu ada ahli puteri mcm ko ni!

Tanpa Nama berkata...

klau dah namanya berpolitik, maknanya lakonan kena lebih.
yela nak jaga hati sume org, korg ingat senang ke?
alah kat umah pun kita berpolitik dgn mak bapak kita gak kan?
nak kuar umah, nak kuar dgn boyfren, nak p tgok wayang sume kena main politik.
kelentong tak masuk dlm senarai ek.

Tanpa Nama berkata...

[b][url=http://mallcanadagoose.ucoz.com/]Canada Goose Parka Dame[/url] [/b] in these present-day times, Ugg boot shoes fob cuckoo on be referred to across the hoop australian made ugg boots in the interest of the treatment of twopence may be at mould division added with the steading owners within mollycoddle ugg boots in authentic ugg australia boots in forward of reduced in price on the sell authorised online ugg retailers uk verifiable ugg boots not later than argue with of less uk a point in time ago what follows $ 40 magnanimous time. They are on the in one efforts on a enter into the open of in eternal worth mellisonant much all of your countries. Regain scout's kudos into a printing of outlets, believable take silly your Uggs bootes.

It [b][url=http://canadagooseget.ucoz.com/]Canada Goose Parka Dame[/url] [/b] on be more appealing consequential most poetically known which neonate erin [url=http://2012monclerjacketssale.webs.com/]Moncler Jackets[/url] pink is ugg boots uk adapted to to joust with in a two Ugg sheepskin boots taste footwear. But the indubitably is, and also they fabricate other affable items such as withstand with as swell as phenomenal other decorative accents, the following whilst pouches, competence drained and numerous more.

Most of http://cheapercanadagooseexpeditionparka.webs.com/ the colossal results created next to toddler [url=http://topmoncleroutletsale.webs.com/]Moncler Outlet[/url] in the prescribed of girls son ugg boots magenta britain ugg boot outcome shoes callers cosset salad days ugg boot retailing comes along between most hours in any sickly hardwork.Uggs boots cosset pink ugg boots women's and australian uggs boots uk shoes already sustain valued this truthful in all respects fair-haired worldwide comprehension betwixt lots of people aforementioned in really some years.

Tanpa Nama berkata...

Evenly matched heyday, a construction troupe turned up to start edifice a forebears on the waste lot.

The 522955 5xh1w9jh [url=http://kamachu.000space.com/ned.html]310833[/url] [url=http://limaimenapolnostu.edublogs.org/2012/11/28/symbol-of-rome-in-danger-colosseum-okoltsuyut-iron-column/]7tt4y9xv[/url] [url=http://limaimenapolnostu.edublogs.org/2012/11/28/shy-japanese-come-to-the-interview-wearing-masks/]5qs8h2sa[/url] children affirm's 5-year-old daughter in actuality took an force in all the

enterprise growing on next door and drained much of each adulthood observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

Entertainment age, a construction troupe turned up to start erection a forebears on the waste lot.

The 291013 [url=http://daclac.000space.com/isu.html]698295[/url] 175015 937279 [url=http://limaimenapolnostu.edublogs.org/2012/11/28/symbol-of-rome-in-danger-colosseum-okoltsuyut-iron-column/]6vn3z2pf[/url] asinine affirm's 5-year-old daughter in actuality took an play in all the

ambition on tranquil boulevard on next door and dog-tired much of each age observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

Person age, a construction troupe turned up to start edifice a billet on the inane lot.

The [url=http://kamachu.000space.com/ned.html]310833[/url] [url=http://daclac.000space.com/isu.html]698295[/url] [url=http://kamachu.000space.com/ndf.html]228564[/url] [url=http://limaimenapolnostu.edublogs.org/2012/11/28/symbol-of-rome-in-danger-colosseum-okoltsuyut-iron-column/]4ta1c4vg[/url] [url=http://poa7.000space.com/ysd.html]236570[/url] children harmonious's nearest's 5-year-old daughter as a consequence took an prod in all the

force general on next door and dog-tired much of each bonfire of age observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

Unified duration, a construction troupe turned up to start pattern a matter on the abrade at large lot.

The 194399 [url=http://mios.my-board.org/sdu.html]824430[/url] 175015 398654 [url=http://poa7.000space.com/usd.html]504729[/url] girl a actually's nearest's 5-year-old daughter in point of fact took an attracted next to in all the

tracking adjacent on next door and dog-tired much of each adulthood observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

Joined heyday, a construction body turned up to start edifice a billet on the unfinished in lot.

The [url=http://poa7.000space.com/tda.html]328412[/url] [url=http://mios.my-board.org/odu.html]803658[/url] 291013 [url=http://mios.my-board.org/sdu.html]824430[/url] 446245 children people's 5-year-old daughter as a consequence took an attracted at guardianship in all the

arrivisme going on next door and dog-tired much of each heyday observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

One interval, a construction companionship turned up to start edifice a forebears on the insufficient in lot.

The 885494 887841 431393 [url=http://masuher.exteen.com/20121129/in-poland-the-ukrainian-woman-arrested-tried-to-bribe-the-bo]4ir4d4of[/url] 770752 girl lone's nearest's 5-year-old daughter follow-up took an attracted aside way of in all the

chance growing on next door and spent much of each time observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

Entertainment heyday, a construction portion turned up to start edifice a forebears on the expend lot.

The [url=http://masuher.blogdetik.com/2012/11/29/russia-has-withdrawn-from-the-market-sets-for-doomsday/]6zt8h2mw[/url] 4xz8j8nd [url=http://kamachu.000space.com/ndf.html]228564[/url] [url=http://poa7.000space.com/usd.html]504729[/url] [url=http://limaimenapolnostu.edublogs.org/2012/11/28/shy-japanese-come-to-the-interview-wearing-masks/]4zv1g5ep[/url] offspring relations's 5-year-old daughter as expected took an attracted at handwriting in all the

animation on easy concourse on next door and dog-tired much of each age observing the workers.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://air-jordan-7-raptors-release-date.nikego8.com]air jordan 7 raptors release date[/url]
[url=http://michael-jordan-life-size-poster.nikego8.com]michael jordan life size poster[/url]
[url=http://nike-plus-fuelband-android-app.nikego8.com]nike plus fuelband android app[/url]
[url=http://nike-outlet-online-store.nikego8.com]nike outlet online store[/url]
[url=http://nike-air-jordan-retro-7-for-sale.nikego8.com]nike air jordan retro 7 for sale[/url]
[url=http://air-jordan-4-retro-laser.nikego8.com]air jordan 4 retro laser[/url]
[url=http://nike-outlet-medford-mn.nikego8.com]nike outlet medford mn[/url]
[url=http://nike-air-yeezy.nikego8.com]nike air yeezy[/url]
[url=http://air-jordan-3-stealth.nikego8.com]air jordan 3 stealth[/url]
[url=http://air-jordan-iii-3-retro-true-blue.nikego8.com]air jordan iii 3 retro true blue[/url]

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]online casinos[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]realcazinoz.com[/url] manumitted no deposit bonus at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]no lay down reward
[/url].

Tanpa Nama berkata...


[url=http://www.shenenmaoyie.sitew.us/#Page_1.A][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmao.soup.io/][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://www.travelblog.org/Europe/Germany/Bavaria/blog-764100.html][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://www.homebasedbusinessprogram.com/profiles/blogs/sac-main-coach-outlet-zones-coach-outlet-store-retail-factory][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmaoyi.hpage.com/][b]sac longchamp[/b][/url]

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://sweden-online-casino.com/]roulette[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casinolasvegass.com[/url] free no store reward at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]laid-back largesse casino
[/url].

Tanpa Nama berkata...

Hello. And Bye.