10 September 2008

Bukan salah UMNO

(Terbit dalam akhbar Utusan Malaysia, 10 September)

Oleh arshad khan
(wartawan utusan)

Jika dahulu isu politik berdasarkan kaum berlaku dalam suasana terkawal dan kekerapannya tidak keterlaluan tetapi semenjak beberapa bulan kebelakangan ini ia menjadi aspek utama percaturan politik.

Banyak isu berkaitan politik yang berbangkit bukan sahaja melibatkan antara parti kerajaan dan pembangkang, tetapi semakin menyerlah antara parti dalam Barisan Nasional (BN) sendiri.

Perkara yang paling merunsingkan pula ialah wujud semacam satu kecenderungan untuk meletakkan semua kelemahan atau kesalahan dalam BN yang terbit sebelum, semasa dan selepas pilihan raya ke atas bahu UMNO semata-mata.

Ini agak pelik kerana prestasi keseluruhan wakil-wakil UMNO dalam pilihan raya lalu adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan calon-calon parti komponen. Kelemahan BN banyak berpunca daripada kekalahan calon-calon komponen yang lain sebenarnya.

Prestasi

Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin, senario semasa mencerminkan bahawa kekecewaan atas prestasi parti sendiri diubah lukanya melalui satu bentuk 'ketagihan' baru iaitu berjuang atas platform politik perkauman.

Katanya, kes Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memberikan pengajaran bahawa kita perlu sangat berhati-hati bila bercakap mengenai kaum lain dalam senario hari ini.

"Mungkin kalau kita tidak tersilap cakap pun, ada kemungkinan kita akan dilihat bersikap ekstrem juga," kata Shahaniza menzahirkan betapa rapuhnya situasi politik antara kaum di negara ini kini.

Bagi beliau langkah terbaik yang boleh diambil ialah semua pihak mengakui kelemahan masing-masing selepas pilihan raya lalu dan mencari penyelesaian.

Menurut Shahaniza, tidak ada satu pihak yang boleh mengatakan dia bukan punca kepada hakisan sokongan untuk BN dan bertindak lepas tangan.

Kerjasama

"Meletakkan semua kesalahan di bahu UMNO bukan penyelesaian," katanya.

Secara falsafahnya, BN adalah konsep kerjasama politik yang terbaik di Malaysia kerana ia mewakili kepentingan pelbagai kaum dan agama secara bersama sejak dari sebelum kemerdekaan lagi.

"Justeru, jika rakan-rakan BN berterusan bergaduh atau bertelingkah maka mereka sebenarnya mencabuli intipati mereka berkerjasama sejak dari mula," katanya.

Situasi itu menurut Shahaniza pasti akan mengecewakan pemimpin terdahulu yang telah bersetuju untuk bergabung dan berjuang bersama dalam satu perikatan untuk semua kaum dan bukannya untuk satu pihak tertentu.

Jelasnya, BN sedang menuju ke satu arah yang mana ia mungkin tidak dapat diselamatkan jika ahli-ahlinya bersikap curiga mencurigai antara satu sama lain.

"Pihak yang benar-benar mendapat faedah adalah pembangkang secara berterusan tampil dengan pelbagai retorik untuk membantu rakyat," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, perlu ada usaha mewujudkan BN baru yakni BN yang lebih gagah, lebih yakin dan mempunyai fokus baru pasca pilihan raya umum 2008.

"Mungkin tiba masanya kita juga perlu memberikan harapan baru kepada rakyat," jelas Shahaniza.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tetap kecewa dengan kepimpinan umno sekarang. masalah akan selesai bila pak lah letak jawatan dan saya sangat gembira TDM akhirnya kembali berjuang dalam UMNO....

Tanpa Nama berkata...

bila DRM masuk UMNO semula dia akan jadi macam ni:-

Dr M + Ku Li + Muhyiddin Yassin

akan Lawan

Pak Lah + Najib

2008 ialah jadual kehancuran UMNO, ia berlaku setiap 10 tahun...
1988- UMNO diharamkan -lahir S46
1998- Anwar di buang dari UMNO- PKR
2008- Dr M+Ku Li+ Muhyiddin Vs Pak Lah + Najib - Kita tunggu kelahiran baru

errrrr..Dato' Nak Masuk team mana?

Tanpa Nama berkata...

Apasal anwar dibuang dari UMNO dikira tahun kehancuran UMNO?

Encik anu emos kat atas ini pandai-pandai buat rangkuman sendiri apasal.....anwar berambus dari UMNO itu maknanya tahun perjuangan UMNO semakin kukuh dan suci lah beb....

Tanpa Nama berkata...

saya amat sokong dgn anu tak emos di atas tu.....ape la ada orang blh tanye npe anuar kne buang? soalan bodoh tu thu tak? x reti korang ni dalam polotik ....klu dah bengap sgt dok kat umah tu diam2 thu.....

Tanpa Nama berkata...

Dato', isu perkauman ini bukan UMNO yg bangkitkan dulu tetapi parti pembangkang terutamanya DAP. semasa kempen PRU12, secara terangan DAP melaungkan slogan '1vote for BN = 1 vote for UMNO'. secara berani mereka mengatakan dgn cara yg halus bahawa mereka benci UMNO dan benci Melayu kerana UMNO mewakili melayu! ahli UMNO terpaksa bersuara apabila desakan demi desakan dalam mempertikaikan kuasa melayu semakin menjadi2 baik dari bangsa cina, india mahupun melayu yg lupa diri.
tetapi yg memilukan hati saya (kalau tak silap saya)tidak satu parti komponen BN yg berani tampil dan mengatakan BN terutamanya UMNO berlaku adil kepada semua bangsa dan memberi peluang yg sewajarnya kepada semua baik dari segi pendidikan mahupun ekonomi. kalau tidak, takdelah senarai individu2 terkaya di m'sia kebanyakannnya cina dan india. kalau tidak takdelah senarai pelajar yg mendapat 1st class honour di ipta/ipts adalah bangsa2 tu juga! lagi mereka mengatakan umno racist dan tak menjaga kebajikan mereka? hairan saya... mereka memang tak sedar di untung! yg lebih menghairankan saya ialah ada pula melayu2 bengong yang menyokong bangsa2 ini dan mengatakan UMNO perkauman! patut mereka ini di hantar ke negara cina dan india, baru tahu langit tinggi rendah!

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni asyik orang Melayu aje racist....bangsa lain semua mulia belaka.....Jui Meng baru-baru ni kata kita ni bukan tuan dia bukan orang suruhan...Nak tanding presiden MCA mulalah nak buat kenyataan over-over untuk tarik sokongan kaum dia ....menyampah aku........anyway, pagi ini, 13/9/08 adalah antara hari terindah pasal aku bukak utusan malaysia pagi2 tengok teresa kok kena ISA...kah kah kah, bestnya

Tanpa Nama berkata...

la.. takkan tak ingat...bila Anwar di buang dari UMNO...ramai yang keluar ikut Anwar...sampai boleh tubuh parti lain....ni tak tahu ni mungkin Ibu pejabat UMNO tak update data keahlian ni..

Tanpa Nama berkata...

Anwar get lost!

Tanpa Nama berkata...

tak matang

Tanpa Nama berkata...

buat ape nak update anuar punye keahlian.....pengkianat bangsa mcm tu pun yang di agung2 kan...sedarla wahai melayu...