27 September 2008

Keselamatan di jalan raya dan kesejahteraan di hari raya


Setiap kali tiba hari raya pastinya episod pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga merupakan saat-saat yang paling dinantikan setelah hampir sebulan melakukan ibadah puasa.

Saat ketika kita selamat sampai ke rumah orang tua sambil memeluk erat ibu bapa yang mungkin kita terlupa seketika tentang keadaan mereka sebelum ini akibat kesibukan tugas dan tuntutan kerja pastinya merupakan saat yang paling dirindui setiap kali tiba hari raya.

Dan pabila menjelang tibanya malam raya pastinya saat berkumpul bersama sanak saudara dan adik beradik yang mungkin telah lama tidak berjumpa dan bertanya khabar pastinya terlalu banyak kisah dan pengalaman yang kita ingin kongsikan bersama.

Itulah antara saat-saat indah yang sering kali mengimbau lamunan kita setiap kali tibanya hari satu syawal, hari yang begitu indah untuk seluruh umat Islam.

Namun sebelum kita berupaya untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju, satu perkara yang selalu bermain di fikiran kita iaitu soal keselamatan di jalan raya namun pastinya ia turut ditentukan oleh takdir.

Perjalanan pulang ke kampung untuk berhari raya sebenarnya turut dikongsi bersama lebih 1.3 juta pengguna jalan raya lain sesuatu yang pastinya membuatkan kita lebih berhati-hati sebelum melangkah lebih jauh menuju ke destinasi masing-masing kerana ia membabitkan jumlah yang ramai.

Dari semua jumlah pengguna yang saya sebutkan diatas pastinya semua mereka sememangnya mahu selamat tiba ke destinasi tanpa mahu terbabit dengan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun setiap tahun tragedi demi tragedi yang berlaku di jalan raya begitu menyayat hati dan lebih memilukan semua itu terjadi ketika menjelang hari raya, hari dimana kita semua sepatutnya bergembira bersama ahli keluarga.

Kita semua boleh mengubah semua ini dari berlaku jika kita menanamkan sifat berhemah dan tidak terburu-buru di jalan raya di samping tidak perlu bersikap panas baran dan bergopoh gapah terhadap pemandu lain kerana kita semua berkongsi jalan raya yang sememangnya dibuat untuk semua rakyat negara ini.

Jika rakyat Malaysia boleh mengadaptasikan sifat ini dalam etika pemanduan kita pastinya sekurang-kurangnya kadar kemalangan jalan raya dan jumlah mereka yang terbunuh dapat dikurangkan.

Kita sudah terlalu mual dan jelak dengan jumlah kemalangan yang berterusan berlaku bukan kerana tidak simpati tapi sampai bila kejadian sebegini harus berterusan kerana ia membabitkan ahli keluarga yang menanti mereka dengan penuh harapan untuk meraikan hari lebaran bersama.

Tiada apa yang dapat menggantikan nyawa mereka yang terkorban akibat kemalangan ini dan hakikatnya jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah perubahan sikap di kalangan pemandu sendiri dan bukannya ops sikap yang setiap tahun diadakan namun tiada sebarang signifikasi yang jelas ia mampu merungkai masalah yang telah menjadi barah dalam masyarakat setiap kali tiba musim perayaan.

Marilah kita bersama-sama menggerakkan kempen menjadikan golongan pemandu di negara ini sebagai pemandu yang lebih berhemah bagi menjadikan jalan raya di negara ini sebagai laluan selamat untuk semua rakyat Malaysia.

Cukuplah sudah setiap kali munculnya musim perayaan seperti hari raya, tajuk utama akhbar dan media elektronik pastinya akan dihidangkan dengan berita-berita kemalangan dan kematian yang terlalu menyayat hati.

Jadi saya melihat langkah ini adalah satu keperluan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk negara ini termasuklah anak-anak kita supaya sentiasa selamat dan terjamin di jalan raya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah benar apa yang ku lihat?
seperti sebuah kereta yang agak tinggi dari sebuah kereta biasa dinaiki YB!!!!!

Tanpa Nama berkata...

orang kampung... komen le pd artikel yg YB Sha tulis ni.. bukannya komen pd gambor. sape pakai kete apa tu kira rezeki masing2 le...!
tak kira apa pun kereta yg dinaiki, yg penting keselamatan di jalan raya di bulan raya perlu dijaga. jangan pulak jadi hantu raya, nanti sanak saudara hanya akan tabur bunga raya di pusara...

SELAMAT HARI RAYA!

Tanpa Nama berkata...

entah la orang kampung ni...memang orang kampung betul...bukan nak tengok pada mesej yang disampaikan, tetapi duk tengok benda bukan-bukan pulak. Mungkin kereta tu orng lain punya, itulah pasal YB sha bergambar dalam tu, kalau aku pun tak hinggin bergambar dalam kereta sendiri. Barulah aku faham kenapa kempen keselamatan jalan raya tidak berkesan setiap tahun....agak orang cam org kampung ni bukan tengok mesej dalam iklan kempen tu...tapi duk perhati kereta apa yg digunakan dalam iklan tu kot...iye ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam hari raya YB.
Semoga kedatangan Aidil Fitri akan lebih bermakna dan memberi keberkatan buat kita semua.

Dan..Penyokong2 YB ni punn..Jangan lah sensitif sangat..iye dok..Tak kisah lah..keta sapa, keta apa..yang YB dok posing tu..yang penting
"Kita mesti Vogue..Kelass..gituu!"
..hee.hee..Lupa nak tanya..No Keta tu apa? Mana tahu..kut terserempak kat tgh kota..boleh ..pon! pon!

Oklah..Semoga sejahtera dan gumbira selalu..

Tanpa Nama berkata...

Soalnya bukan sensitif lebih-lebih, tetapi membetulkan kejahilan orang...itu aje

Tanpa Nama berkata...

selamat hali laya kepada dato shahaniza sekeluarga....

Tanpa Nama berkata...

YB beli keta baru....bestnye.....tahniah la....
selamat hari raya maaf zahir dan batin

Pink Ants berkata...

ha ha ha..saya hanya tumpang posing kt kereta kawan je....

Tanpa Nama berkata...

ye la tu posing dalam kete kawan....saya rasakan YB kite ni tdo dalam kete sepanjng hari raya kot..mklum la dapat kete baru...kete kelise..hehehehe